30 Disember 2011

Selamat Tinggal Kakitulis

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~



~~ SILA BACA SAMBIL MENDENGAR LAGU DIBAWAH ~~




~~ SILA BACA DENGAN PERLAHAN..DAN FAHAMI IA BETUL-BETUL..SESUNGGUHNYA..IA MUNGKIN ENTRY TERAKHIR AKU ~~

Aku rasa mungkin ramai yang taknak percaya yang aku akan berhenti berblogging..tapi tu laa hakikatnya..sebelum nie..aku pernah buat tajuk entry pasal nak berhenti blogging nie..tapi tu just sebagai penarik traffic je..kalau nak baca klik link dibawah..




Ini berkemungkinan entry yang terakhir daripada aku...aku just nak buat sedikit penghargaan kepada korang-korang kerana support blog yang tak seberapa nieh..dah la usang..BURUK pulak tu kan..??..tapiii..aku amat berpuas hati laaa..coz dapat merasai pengalaman berblogging dengan korang-korang..happy sangat tau..!!


Buat korang pulak..teruskan laaa berblogging..jangan berhenti separuh jalan macam aku erk..aku berhenti ada sebab..bagi yang rasa nak berhenti coz followers tak ramai ke komen tak banyak ke..lupakanlah hasrat korang tu..usaha lagi..




Korang mesti tengah nervous kan nak tahu sebab apa aku stop blogging..err..yang sebenarnya 3 bulan lepas..aku ada pergi check up kat sebuah hospital coz aku rasa macam tak sedap badan..muka aku pun sumpah lain macam je..


Doktor tu cakap yang aku ada penyakit..aku tak inform pun kat family aku tentang penyakit aku ni coz takut diorang risau..so..aku diam-diamkan je..aku rasa tak larat dah nak continue blogging..korang pun dapat tengok entry aku..makin lama makin kurangkan.??..memang-memang tak larat gua cakap sama luu..




So...sebelum aku akhiri entry aku niii...aku just nak mintak maaf kat korang kalau-kalau di dalam setiap entry aku ni ada yang terguris hati ke..terasa hati ke..and untuk kawan-kawan tak kira dalam facebook mahupun kat luar..aku mintak maaf sangat..aku tahu aku banyak sakitkan hati korang..aku tak pandai hargai korang..

SORRY ERK..AKU MANUSIA..AKU TAK SEMPURNA..BANYAK KESILAPAN YANG AKU LAKUKAN.. ^__^


Jangan risau..aku takkan lupakan jasa-jasa korang..kenangan berblogging ngan korang..kenangan menyengal dengan korang..aku hargai sangat..!!..


THANKS ERK.!!!


Seminggu lepas..aku pergi check up balik untuk mengetahui perkembangan penyakit aku..tapii..doktor cakap..penyakit aku makin teruk..dah sampai tahap ke-2..sekarang..aku hanya bergantung kepada ubat je..doktor tu ada cakap yang penyakit aku takdek cure..puas dia usahakan..tapii..ye arr..mungkin takdir aku kut..takpe..aku redha je..




Aku tahu..Tuhan sayangkan aku..sebabtu dia bagi aku penyakit ni..aku disyaki menghidap penyakit dangeulitisis atau singkatannya (NQ21)..dia bukan penyakit denggi ye..harap maklong..


So..aku rasa..dah sampai masa untuk aku berhenti blogging,contact ngan kawan-kawan..lepasni..sure aku akan deact semua FB aku..err..blog ni..entahlaaa..kalau ada pun bersawang jugakkan.??..aku delete jugak kut..




Tapi..takyah risau laaa..penyakit ni tak berjangkit..penyakit ni boleh dikira bahaya jugaklaaa..tak ramai yang menghidapi penyakit ni..just mungkin satu dalam sejuta kut..and aku mungkin orang yang ke sejuta tu...hehehe..pasrah je laa kan.. ^__^


UNTUK PENGETAHUAN KORANG..

Penyakit aku boleh mengakibatkan penghidap menjadi cute dari semasa ke semasa..tapiiii...aku ulang sekali lagi..korang tak perlu laa risau coz penyakit ni tak berjangkit..


Aku nak berhenti blogging pun coz takut nanti korang jeles dengan rupa paras aku yang semakin mengiute nieh..nanti mula laaa ada kes simbah menyimbah asid kat aku..


SORRY YOU GUYS..!!!!
.................................

Errr...entry ni aku celop dari bro Afzal...yes aku tahu entry aku lagi menghayat hati dari entry dia..bhahaha..k diam..bagi yang baca terlalu cepat tuu..layanlaaa lagu tu sampai habis sambil berkata "sial punya entry..sia-sia hati aku berdebo..NATANG LAAAA.."


> Korang ada mata korang baca..korang ada hati korang nilai..korang ada otak.?..korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <


Notakakikechik : Bapak prasaan entry..aku pun rasa macam nak hantuk je kepala kat dinding..siapa nak tolong.??..bhahahha..

25 Disember 2011

Kau Nak Nikah? Habis Aku?

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers~~



Tak cukup ke kau bercinta dalam diam.??
Tak cukup ke kau menduakan aku.??
Setelah semua kredik dan duit yang aku habiskan untuk kau..
Ini rupanya balasan kau untuk aku..


Cisssss...macam tenuk kena togel je aku rasa harini bila dapat tahu yang ex aku nak kawin..sedih wokk..try bayangkan seseorang yang kita layan and sayang ibarat menatang minyak yang penuh last-last dia nak nikah..siap bagi kad jemputan lagi..



For you honey ~~

Takpe awak buat saya macam ni..awak seksa hati saya macam ni..awak dah lupa janji awak dekat saya..awak cakap awak rela kawin dengan saya..rela menunggu saya..tapi..sekarang..??..kenapa awak.??!!..KENAPA..!!!!!!



For ko PERAMPAS..!!!

Ko jaga hunny aku baik-baik..kalau ko ceraikan dia siaplaa ko aku kerat anu ko aku jual kat India..


Soooo..takdek guna lagi aku menyimpan perasaan dekat diakan..??..walaupun pahit..aku terima dengan redha..






.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.





 ~~Yusry, Lisa Surihani Nikah 23 Februari ini ~~




PUTRAJAYA – Pasangan pelakon yang sedang hangat bercinta, Yusry Abd. Halim dan Lisa Surihani mengesahkan akan bernikah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada tarikh 23 Februari tahun depan.Yusry yang juga anggota kumpulan KRU dan pengarah filem mengumumkan perkara tersebut kepada wakil-wakil media massa di sini hari ini.

“Diharap keputusan ini akan melenyapkan segala desas-desus tentang hubungan serta gosip kami selama ini,” katanya.Dalam majlis ‘Pengumuman Istimewa’ tersebut, pasangan itu turut mengumumkan tarikh majlis resepsi perkahwinan mereka yang akan diadalkan secara eksklusif pada 26 Februari tahun depan bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).Di dalam majlis tersebut, Yusri turut mengaku bahawa ibubapanya telah berkunjung ke rumah Lisa menghantar tanda dan sememangnya majlis yang diadakan di Marriott Hotel Resort & Spa ini adalah untuk mengumumkan tarikh pernikahan mereka.Selain itu, Yusri yang hadir bersama ibubapanya, Abdul Halim dan Zarina Fenner, tidak dapat mengulas secara jelas sama ada hak penyiaran majlis perkahwinan mereka itu telah diberikan kepada pihak Astro atau tidak.



Sumber : http://www.informasi.my/yusry-lisa-surihani-nikah-23-februari-ini/
.....................


Okkey fine..masok surat khabar siap...sampai hati awak..biarkan aku sendirian.. T_______T


> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.??..korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <


Notakakikechik : Setiap yang berlaku ada kebaikannya..harus pejam mata dan cuba apa saja..



23 Disember 2011

~~~ LOVE Is CINTA ~~~

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

WWEEEWWWIIITTT...



Harini aku nak buat entry jiwang boleh.??..aku dapat idea untuk entry ni setelah terbaca dua entry daripada budak sepet and abam romantik ni..






Kat situ..diORANG ada tulis macam-macam pasal cinta...errr..yang sebenarnya entry ni dah lama dah tersongsang dalam draft..sejak mula-mula aku blogging kut..jadi..harini dengan nawaitu yang tinggi aku akan publish terus entry berzaman ini..*gile ayat macam buku sejarah form 1*





Bagi aku..

cinta itu diibaratkan muzik..
kita yang menentukan alunan dan liriknya..

kalau pandai mengatur note dan chord..

sedaplaaa alunannya..
kalau pakai hentam..
komfem menangis Ramli Sarip..



Maaf kalau ayat sastera aku tak setinggi dan sedalam ayat Dato` Samad Said..
Ramai budak-budak zaman sekarang salah tafsirkan maksud cinta...sebab tu la kejadian :


~~ Cinta pada harta ~~
~~ Cinta pada rupa ~~
~~ Cinta kerana taruhan ~~



Boleh terjadi..


"Cinta kerana taruhan..??..apa tu.?"

Macam ni..


"Gua cabar lu ayat minah tudung tuh..kalau dia boleh terpikat dekat lu dalam masa sebulan..gua bagi lu 15 ribu ringgit..amacam..??..DEAL..??"




Sekarang payah nak cari cinta sejati coz semua orang dah pandai berlakon...kalau diikutkan..boleh tersenarai dalam Anugerah Pelakon Fofuler tau..*ko pun sama Ik..*


Dulu..aku selalu nak bercinta-cintun bagai..alasan..??..sebab nak rasa experience macam mana dikecewakan..macam mana rasa rindu..macam mana rasa sayang..macam mana rasa bunuh diri bila clash..OK-OK tu tolak jauh-jauh


Aku ada laa jugak beranikan diri tanya kawan-kawan aku apa itu cinta..ni jawapan yang diorang bagi dekat aku..


~~ "Cinta diibaratkan kentut..nak lepas malu..nak pendam seksa.." ~~

~~ " Cinta itu buang masa..buang duit..buang maruah..buang blablablablabla...." ~~

~~ " Ko takdek kerja lain ke..??..daripada bercinta lebih baik tolong ibu basoh baju..tolong basoh ibu..tolong ibu masak..tolong masak ibu..lagi bagus..  " ~~


ERK..??!!!..ok abaikan yang last tuh..




> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.??..korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <



notakakikechik :  Cinta payah diluahkan..tapi..payah jugak dipendam..sebab tu laa kena berhati-hati dengan cinta..


18 Disember 2011

Takkan Tu Pun Nak Cas!!

~~ Assalamualaikum To Blogger And Readers ~~

Waaaaa.....!!!!!




Mak aiihh..bapak lame tak update..

"APSAL TAK UPDATE.?..KITEORANG RINDU TAU TAK.?"

Errr..faktor malas tiada kene mengena di dalam kes ni,,aku just sibuk gila-gila kat dunia luar..nak berfacebook pun kadang-kadang je boleh..sah ke nak berblogging..tapiiiii..sekarang semua dah ok...kut...jadi aku akan teruskan usaha untuk menype entry..^^

............



Alahai...lepas satu-satu benda kena bayar..tak cukup ke jamban dicas 50 sen semata-mata nak membuang.?.tak cukup ke tambang van sekolah RM 1 seperjalanan.?.tak cukup ke kasih dan sayang..O ok tu dah lari topik..


"Apa benda laaa yang ko kecoh ni bro.??"

Shoutmix dah kena cas bermula Januari 2011..


WHAT..!!!!..BIA BETIK..!!


Mana ada betik..serius ni..




Aisshh..diorang ni tak fikir ke betapa pentingnya shoutbox kepada kita..??..betapa berharganya shoutbox kepada kita para blogger..betapa akrabnya hubungan silaturahim antara kami berdua..ermm..nampaknya kena la tukar ke chatbox lepas ni..




Apsal laa semua barang mahal sekarang..??..sampaikan nak masuk jamban pun diorang cas RM 1 dekat Cyber Jaya..kalau orang tengah pokai memang membuang dalam longkang belakang kedai laa jawabnya..silap haribulan nak buang sampah pun kena bubuh coin..mana laa tahu kan..memang komfem arr aku tak buang dalam tong sampah..


Pernah tak korang bayangkan kalau suatu hari kita boleh bina mesin masa..??..kembali ke zaman Jepun VS Malaya..


"Jepun telah mendarat di Kota Bharu..JENG-JENG-JENG.."


Time tu..semua barang murah..telur 2 sen sebijik..nasi lemak 5 sen sebungkus..basikal RM 20 satu..agak-agakkan..kalaula Mercedes wujud time tu ada tak harga dia dalam RM 50..??..memang komfem jamban tak kena cas time tuh..waaaa..syoknya diorang..barang murah..jamban tak kena cas..  =.="

BANG-BANG.......

PIIIIIUUUUUUUUUUUUUUUUUUU













KEBBBAAAABBBOOOMMMMMM


UTUSAN MALAYA:


  Seramai 43 orang ditemui mati akibat letupan bom dan beberapa serangan hendap yang dilakukan oleh tentera Jepun..mangsa terdiri daripada 22 dipercayai lelaki, 22 orang wanita dan termasuk 2 orang kanak-kanak..Jepun masih lagi melancarkan beberapa serangan di beberapa buah negeri sebelah timur..laporan keadaan akan diberitahu dari semasa ke semasa...


....................

Kalau macam tu ko cakap syok memang tak arrr...


> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak..??..korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <


Notakakikechik: Class baru seminggu start..homework da blambak..cikgu ooo cikgu..cuti tak habis lagi cikgu ooiiiiii...

12 Disember 2011

Aku Tak Gay!

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~


Dia tu GAY..!!..dia tu BAJET RETIS..!!..dia BAJET HENSEM..!!..dia tu BAJET HOT..!!..senang cerita


DIA TU MAMAT BAJET..!!!


Apsal aku cakap dia tu gay..??..dia tu bajet retis..??..dia tu hensem..??..dia tu bajet hot..??..sebab aku kenal dengan mamat kepala senget ni..dah la tak hensem..kalau nak dibandingkan dengan pantat periuk..jauh beza cool pantat periuk..sila percaya..




Lagi satu..apsal aku tulis dia gay..??..coz dia ni minat bermesra-mesraan dengan lelaki..pantang jumpa lelaki mesti nak peluk..mesti nak salam..mesti nak cium..tak gay ke kalau macam tuh.??..silap-silap tak suci dah kut mamat senget tuh




Just aku nak tulis..baik korang pergi buat benda-benda yang lebih berfaedah daripada layan blog ni..takdek makna korang hadap laptop demi manusia yang sejenis dengan mamat ni..


Aku nak tanya..apa sebab korang follow blog ni.??..korang mengharapkan agar laki ni follow korang semula..??..korang minat dengan penulisan dia..??..takyah percaya la..coz kebanyakan entry di dalam blog mamat ni semuanya copypaste..


Pandai-pandai la korang nilai..daripada korang layan blog yang macam ni..lebih baik korang baca buku ke tengok Upin Ipin ke..lagi banyak faedah..


.........................


PEERGGHHHH...agak-agak ada tak haters yang sanggup nak bersusah payah buat entry macam tuh kat aku..??..agak-agak tersenarai tak blog aku di dalam 10 cerita terhangat masa kini..?? =-='


Tujuan aku buat entry ni ialah just aku nak bagi semangat yang juang dan jitu kepada mangsa-mangsa haters-haters ni..semakin hari semakin menjadi-jadi kes haters ni..
Bagi aku..sebab haters buat entry macam tuh just kerana diorang rasa kedudukan blog diorang tergugat dengan blog korang..diorang tengok blog korang cantik..awesome..ramai readers..so mesti la diorang jeles..dah bila jeles mula menguasai diri..bunuh orang pun rasa macam bunuh semut..




Just aku nak cakap..korang jangan nak takut sangat dengan haters ni..diorang semua penakut..kalau diorang berani kenapa diorang taknak face to face dengan kita..??..kenapa mesti dorang shout dekat shoutbox pakai ayat-ayat kuajak tanpa disertakan dengan link..??..kenapa mereka bersusah payah buat entry untuk kita tanpa meletakkan gambar diorang di bawah entry..??..and kenapa mereka mesti komen benda-benda negative di entry kita pakai username Anom..??
~~ Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak..??.korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum ~~


Notakakikechik: WEITTT..!!!..AKU TAK GAY..!!..AKU NORMAL..!!..SIAP KO HATERSS.!!!..KALAU AKU DAPAT TAHU KO SAPE AKU CABAI TANGAN..

10 Disember 2011

Aku Nak Sunat Dah. Korang?

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~


~~ Bagi feel ~~




Yang aku pi promotekan P1 wimax nie apekes..??..diorang bukannye nak bayar aku pun.. =,="


"Errrrr..ko baru nak sunat..??..bia betol bro..jangan buat malu..errr.errr...aku tak kenal ko..dah-dah pi main jauh-jauh..jatuh standard aku kawan dengan orang yang sejenis ngan ko."


Hina sangatkah orang yang tak bersunat ni sampaikan ada yang sanggup menyisihkan mereka..??..weii..mentang-mentang arr korang dah sunat korang nak sisihkan golongan yang masih berkulit ni..?? *hanya lelaki yang faham*


Sori jika entry ini agak mencarut..tetapi tujuan aku baik..bukannya aku nak malukan kaum lelaki ke hape..aku just nak bagi sokongan dekat adik-adik and abang-abang yang bakal bersunat..




Korang wanita ingat seronok ke sunat..??..seksa weii..walaupun dah 6 tahun aku sunat..aku still fobia sampai sekarang and tak pernah terlintas di hatiku untuk bersunat buat kali kedua mahupun ketiga dan keempat kalinya... =,='


Aku masih dapat terbayang-bayang jarum yang amat tajam dan ngeri..masih dapatku teringat bau di dalam klinik tersebut yang meluruhkan seluruh hatiku..masih dapat ku bayang wajah doktor dajal yang telah menyunatkanku tanpa rela..masih dapat ku dengar lalakan dan teriakan..erk..amboih..hina nampak..ok abaikan pasal doktor tuh..kalau aku dapat ko, aku sunat ko pulak baru aci kan..??




Untuk adik-adik yang bakal bersunat tu tak payah la nak gemuruh jiwa sangat..tak sakit pun..alaaa..macam orang tua selalu cakap arr..rasa macam kene gigit semut je..


"Boley cayye ke.?"


Betol dik..memang rasa macam kena gigit semut......semut merah yang besar dan mempunyai bisa yang pabila ia mula menyengat hanya Allah yang faham perasaan kita ketika itu..


sakittt dikkk..

SAKKIIITT SANGATTT..!!!

baik ko lari panjat pokok rambutan cepat..macam arr bapak korang takleh tambat korang depan rumah tok mudimkan..




Tapi..seriusly aku cakap..korang amat beruntung coz zaman sekarang sunat pakai gunting...kalau zaman dulu sunat pakai gergaji tau..!!..takdek bius pun..kalau tak percaya try tanya abang Aaron Aziz..dia mungkin sempat dengan gergaji tuh..*cari nahas ke apa aku ni..??*


Lagi satu..sebelum bersunat tuh baik korang kencing plus buang puas-puas..kesian dekat doktor dik..dahla nak menyunatkan korang pun separuh mati duk bergelut mana nak layan korang menangis lagi mana nak layan kaki korang yang duk hayun tak tentu pasal tu lagi..


Mungkin ramai perempuan kat luar tu cakap..

"Ek elleehh..sunat sekali je..ni kami nieh..kene beranak berkali-kali..lagi sakit tau..separuh mati"



Weiii..sunat pun banyak risiko dia...try bayangkan..tengah-tengah doktor nak kerat angry bird adik..tetibe lori biskut cap ping-pong terlanggar tiang elektrik maka terpadamlah lampu kat klinik tersebut..boleh bayang tak apa yang akan terjadi seterusnya..??

:: Mungkin doktor akan terpotong semua..?? ::

:: Mungkin doktor akan tersalah jahit..?? ::

:: Ataupun doktor biarkan operation tersebut terbengkalai and balik minum kopi tinggalkan adik seorang diri merana memikirkan masa depan yang semakin gelap ::

.............

Aku tahu ramai yang akan serang aku termasuk para doktor dan abang Aaron Aziz..jadi sebelum President Obama join baik aku brenti dulu..


Just nasihat aku..sunat just skali..bukan berkali-kali..jadi nikmatilah ia selagi terdaya..keep smilling.. ^_^ ..aku akhiri entry ini dengan lagu daripada kumpulan BOBOI bertajuk Sori-sori Boboi Lari..jom karok ramai-ramai..lalalallalalallala..ok tak sedap..sadisss..




>Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.??..korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum<


notakakikechik: lepas korang sunat..turn korang arr pulak nak kenakan junior-junior yang bakal disunatkan.. ^_^ ..selamat dipotong...!!!

7 Disember 2011

Ombak Rindu? Cam Tak Best Je

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Pergghh...gila tajuk macam nak cari pasal dengan abang Osman Ali je enn..


Bila la mamat nie nak ambik aku jadi hero dia..?? =-=


Seriusly..!!..aku tak faham dimana keunikan cerita Ombak Rindu nieh..mungkin tiada aksi fighting-fighting..mungkin tiada aksi kereta terbalik kuang






Dushh..KEBABBBOMMMMMmMmmmmMmMmM....








ERK..??


"WEII..!!..KALAU NAK TENGOK BENDA TU LAYAN ARR CERITA RAMBO KE TRANSFORMERS KE..TAK PERLU ARR NAK HINA FILEM ORANG..MACAM ARR ANG TUH PERNAH TERBITKAN FILEM"


Okkey aku mengaku yang aku memang tak minat cerita jiwang-jiwang camnih..tetapi aku sedia mengaku yang aku dah 14 kali khatam cerita Lagenda Budak Setan.. *apekah..??..cakap tak minat layan jugak..*


Aku tahu yang korang mesti tengah panas tuh..ada ke patut aku pi perli filem yang berjaya mendapat kutipan sebanyak beriban ringgit dan berjaya mengalahkan filem box office Twilight..kalau aku buat filem memang komfem-komfem takdek orang nak masuk panggung...


Tapiiii..ini just pendapat aku..seriusly..aku tak tengok lagi cerita tu..aku just tengok preview dia je..aku malas letak preview Ombak Rindu kat sini coz memang komfem korang tak tekan butang play punya..




Aku ada jugak terbaca status-status kat mukabuku yang tulis


"Ombak rindu hanya untuk orang yang berombak-ombak je..aku tak layan"

"Kutipan beriban..tapi cerita tak best pun"

"Gila nangis aku tengok ombak rindu..terbaik arr uncle buat filem"

"Aku takleh terima langsung cerita tuh coz minah kat depan aku asyik tunjuk-tunjuk kat screen panggung when Aaron Aziz klua..perluke..??"

"Saya minat Ik hanif <3<3"

Eh eh..salah copy..ehehehe..tapi seriusly aku nak sangat tengok cerita tuh..nak sangat tengok hensem sangat ke Aaron Aziz..??..cute sangat ke Maya Karin..??..annnnddd yang paling penting..aku nak jugak tengok ex girlfriend aku berlakon..dengar cerita dia ada buat aksi....errr..abaikan..*Lisa Surihani lettew..*


Nak gi panggung manade panggung kat sini..terpaksa laa tunggu keluar TV...sobsob..sape nak bawak aku..??*bajet save duit la konon..*


>Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak..??..korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum<


notakakikechik: kalau cerita kat bawah nie keluar aku comfem orang first yang beratur kat panggung..


5 Disember 2011

Aku WANITA Aku LEMAH!

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

"Aku WANITA..!!!..aku LEMAH..!!!"



Okkey..firstly..aku rasa kita semua tahu bahawa semua kaum Hawa dicipta daripada tulang rusuk kaum Adam..takdek dalam kitab mana-mana tertulis yang wanita tercipta daripada tulang rusuk lembu ke rusa ke..okkey-okkey gurau..


Lemah kat sini aku tak bermaksud cubit sikit melalak satu kampung..lemah kaum perempuan berada di hati..mereka mudah tersentuh..mereka mudah mengangis..mereka mudah menyayangi..mereka jugak mudah..errr..mudah...errrr..errrrrr


Aku tahu mesti ada yang terfikir


"Ek elleh..Maimum bukan nama sebenar tu bapak punyer keras orangnya..hari-hari panjat pokok kelapa bagai tu ko cakap lemah..??..lemah semangat aku tengok dia ada arr.."


Perempuan ada pelbagai jenis..ada yang OPEN MINDED..ada yang terrrlalu SENSITIF..ada yang KASAR..ada yang LEMBUT..sama jugak macam lelaki...ada yang LEMBUT..ada yang KASAR..ada yang bapak GEDIK..ade yang.........ok abaikan..




Aku bukannye nak cakap yang wanita nie hebat bagai..tujuan entry ni just nak cakap berlemah-lembut laa dengan wanita..


"Tapiii...kenapa laaaa...perempuan nie SENSITIF sangat..??..nak bergurau sikit pun anggap serius..gile stress..!!!"


Kadang-kadang..tanpa kita sedari..dalam bergurau tu ada something yang tak patut kita mentioned..ceeewwaahh..jadi rojak bahasa aku..contoh :


"PEWWWW...bapak gemok ko sekarang..bhahah..gurau je..gurau je.."

"Saya komfem..kalau kita clash..takdek orang yang nak kat awak..untung saya terpikat je..ehehhe..mlawak je.."


Ayat-ayat kat atas..memang arr nawaitu kita just nak bergurau..tapi try bayangkan..time kita cakap macamtuh perempuan tu tengah dalam keadaan bulan mengambang..aku rasa yang mana tengah couple boleh putus kut time tuh..


Last one..kadang-kadang mood wanita tak stabil..kejap bak pantai yang tenang..pasir yang mengemas di persisiran pantai...and dalam masa beberapa saat je..pantai yang tenang tu boleh bertukar jadi tsunami and pasir yang mengemas tu boleh bertransform jadi sandman...percaya laa...




Errr...aku bukan perempuan erk..aku just nak inform yang perempuan nie mudah tersinggung..annndd..aku tengok ramai dah sekarang yang tak pandai jaga hati kaum wanita nieh..aku pun sama..erk..!!




Sedangkan wonderwoman pun menangis..inikan pula wanita biasa..kan..??..jangan fikir wanita lemah, kita kaum Adam boleh sesuka hati buli, pukul diorang..kalau diorang report padan muka..bhahaha..okey-okey tak lucu..tapiii..sekarang..diorang pun branie pukul kita..siap kerat teeeeettttttt...




>Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak..??..korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum<


notakakikechik: jangan sesekali kacau perempuan time diorang tengah bulan mengambang..