24 Februari 2012

Selamat Tinggal Lisa Yusry Jangan Baca!

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~



Hehehe..dalam betul lirik lagu tu kan awak.??..awak ingat tak masa kita mula-mula berkenalan dulu.??..masa tu awak dan saya terserempak di Stadium Bukit Jalil..kalau tak silap saya..masa perlawanan Malaysia menentang Papua New Guinea..saya mula-mula yang menegur awak..awak cepat mesra dengan saya..kita macam dah lama kenal wak..memori manis saya dengan awak time tu ialah awak buat muka sengal plus cute sesangat..that time..saya dapat rasakan..awaklah cinta saya..awaklah penyeri hati saya..
Selepas pertemuan itu..hati saya selalu teringatkan awak..untuk melepaskan rindu..saya kerap menelefon awak pakai public coz takut kantoi dengan family..saya suka dengar gelak tawa awak..cute sangat wak..ada sekali tu awak tersedu dalam fon..OMAIGOAT..cutenyer bunyi sendu awak..komfem kalau awak bersin lagi cute bunyinye kan wak.?


One day..saya ingin bertemu dengan awak..kita berjanji nak berjumpa di kandang lembu kerana kebun bunga ros ditutup pada hari itu..that time awak pakai baju merah..cantik sangat wak..macam minachi India..and..pada masa itu jugaklah saya melamar awak sebagai peneman hidup saya..awak cakap yang saya sweet sangat coz lamar awak kat situ..macam takdek tempat yang lebih najis lagi nak romantikkan.?
Hubungan awak dan saya boleh diibaratkan bagai tandas dan pintu tandas..tanpa pintu tandas..pasti ummat manusia keresahan..begitu jugalah saya dengan awak..setelah lebih 3 tahun kita bersama..sudah tibanya masa saya melamar awak..tapi malang..pelamin anganku musnah setelah aku terbaca sebuah entri daripada seorang mamat poyo bajet hensem yang minat dengan Nisa Kay ni ~~ Lisa Surihani XXX Bukan Pagar ~~


Apakah maksud semua ini awak.??..siapakah gerangan duda yang berjeragat itu.??.sampai hati awak berpaling tadah disaat saya setia..adakah ini balasannya.?..at the first..saya memang tak percaya langsung..tapi..si duda jeragat tu bagi ini kepada saya..hatiku kini patah seribu..


Kau dan dia kini semakin mesra..sehinggalah si dia melamarmu hingga ke jingjang pelamin..aku selalu berharap agar pelaminmu runtuh ketika duda tu jejakkan kakinya..tetapi harapanku hanyalah harapan..aku juga selalu berharap agar malam tak akan menjelma kerana takut nafsu kuda kepangnya akan memuncak..
ada jugak yang makan belakang parang ni karang!
Walaupun awak dah bahgia..saya masih ingat lagi kata-kata terakhir awak untuk saya..


"Cinta saya kepada awak ibarat kabus..walaupun ia datang hanya seketika..tetapi..ia tetap ada menemani awak setiap hari.."


Awak..saya kini baru faham apa itu cinta..ianya ibarat pasir..digenggam terbang..dikaut jatuh..*ape aku merepek ni setaaannn..!!!!.semoga awak kekal bahgia..awak..pintu hati saya sudah tertutup buat awak.. SELAMAT TINGGAL SAYANG~~~
> Korang ada hati korang nilai...korang ada mata korang baca..korang ada otak.?? korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: Nisa Kay, Shila Amjah, Heliza Helmi..korang jangan kawin erk! tunggu I tau! 

21 Februari 2012

Rabu Tanpa Kata La Pulak

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~









> Korang ada mata korang tengok..korang ada hati korang nilai..korang ada otak.??..korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: aku terlebih tengok kartun =-=" korang.?

18 Februari 2012

Ragam Budak Kebulur Dan Asrama

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Hai si kreatif dan si origami sekalian!


Jam tepat menunjukkan pukul 2 pagi, perut aku mula mendendangkan lagu rap tradisional, joget Inul dan tidak ketinggalan lagu 1Malaysia dan lagu sekolah rendah Kubang Pasu yang kedengaran dengan rancak dan penuh dengan sifat petriotisme..dengan berlirikkan kriuk krak krek kkrrriiiiuuukkk yang aku pun tak seberapa nak faham bahasa daerah Mongolia manakah yang digunakan menunjukkan keadaan tuan punya perut berada di dalam keadaan yang amat kritikal..*sambil menepuk perut kelaparan*


Dengan penuh iktizam serta azam yang tinggi aku memberanikan diri untuk menggodek almari di dapur..manalaa tahu kut-kut terjumpa cheesy wedges ke, ayam hot and spicy ke, *nisa kay ke*..tetapi nasibku malang..harapkan cheesy wedges ditemui tetapi hanya mee segera cap ping-pong je yang berjaya aku godek..
Dah laa satu plastik je..mana cukup!.bentak hati aku..

Okla tu Ik..bersyukur je apa yang ada..fikirlaa nasib manusia yang kurang bernasib baik dan bersusah payah untuk menjamah sebutir nasi..ok, aku malas tulis panjang-panjang sebab aku percaya yang korang mesti baca part yang last-last je.. hampagas!
Saat itu sambil tersengih-sengih memandang ke arah megi sambil kontrol air mata suci daripada meluncur..berputiklah kembali memori-memori indah dan luka terkena pisau cukur ketika di asrama..betapa nazaknya ketika ingin merebus megi..betapa seksanya ketika ingin menggoreng di dalam dorm..hah! nak baca cerita.? meh sini duduk rapat-rapat dengan skrin..kalau boleh ajak jiran semegi baca sekali..


################

Oryte! masa dekat asrama dulu aku ulang D.U.L.U, aku ni agak ketagih dengan megi..pantang tengok ahkak koperasi yang gebu-gebu tu bukak kedai komfem licin rak megi dia..aku rasa dia pun mesti hairan kenapalaaa dalam banyak-banyak ummat..aku je yang selalu bertapak depan kaunter sambil pegang seset megi then buat muka innocent mintak discount..apa, muka aku tak tahu malu.? kuajaq!
Bila nak masak megi..aku akan menjemaahkan ahli dengan bilangan 4-5 orang..senang cakap setengah dorm laa..kadang-kadang jiran dorm pun datang join, macam buat majlis tahlil pulak! tapi diorang join bukan makan free-free laa..nak join, bawak megi sendiri..kalau datang sambil buat muka menyampah mintak sikit, komfem muka ko yang berkedut tu jadi lempeng coz kena libas dengan seterika..*bukan kedekut..kegawatan ekonomi asrama*


Then, bila dah cukup ahli..kami pun memulakan proses amajariah..maksud amajariah disini ialah menyedekahkan sekeping henger dan baldi dengan ikhlas sebagai tempat memasak megi bagi mengelakkan kami membancuh megi di atas lantai..korang ingat iklan pembersih lantai.?


Cara untuk menyediakannya..firstly, masukkan air panas kedalam baldi..tapi sebelum itu,  pastikan baldi korang tu tidak tercemar daripada segala daki-daki mahupun bau-bau yang entah dari mana asal keturunannya dan paling penting tidak berlobang di bawah!.


Selepas itu, masukkan kesemua megi tadi mengikut turutan then dicampur dengan perencah..kalau megi tu berlainan perencah..combinekan aje kerana akan tercetusnya satu perisa baru..err..akibatnya mengerang sambil tarik batang paip sampai tercabut..*harap korang faham*
Biarkan megi untuk beberapa minit..then bila dah kembang kacaukan ia dengan henger yang telah dipatahkan..kemudian, boleh dijamah beramai-ramai di dalam baldi tersebut..kalau korang sopan, korang bergilir-gilir makan dengan henger patah tadi..tapi kalau dah pelahap sangat macam kami ni..korang kaut je megi tadi pakai tangan sambil berebut-rebut..kuah isi dalam botol buat minum time last sekali..ketika itu..terjalinnya silaturahim di antara kami..^^
Bhaha..sekali pandang macam orang peleolitik masak dalam gua..dua kali pandang macam bangsa kurang tamadun..oh noo..tiga kali pandang macam budak yang kurang kasih sayang..empat kali pandang..err..err..komfem Nisa Kay tak layan terus aku..sobs3x


Bagi menaikan selera..telur goreng jika dicampur ke dalam baldi tersebut akan amat memikat hati..silap langkah berkemungkinan warden pun akan naik join..tapiii..nak goreng camno tuh.? mana ada tong gas tersangkut dekat kipas..takkan nak biak api atas katil pulak..tak pasal-pasal masak member kat katil atas..


Sesungguhnya..kami budak-budak asrama telah dianugerahkan otak yang kreatif dan inovatif untuk berfikir.


Caranya!..firstly, curi seterika bercop SIRIM hak member yang tengah tidur..hak budak junior lebih digalakkan jika anda takut diternak biji sawi kedalam pusat anda..then, kasi pecah itu telur atas seterika, golek-golek kasi rata annddd siap!.lepas tu pandai-pandai laa korang gaulkan telur tu ke dalam megi tadi..
........................

Kadang-kadang rasa bangang pun ada time tu..tapi orang tua cakap hirup kuah megi biar sampai ke pantat baldi..sebenarnya megi ni tak baik untuk kesihatan korang..ia akan mengurangkan perkembangan DHA dan DNA korang..waaah! dah macam promote Enfagrow pulak..


Okla..lagu Ziana Zain yang high note tu dah berkumandang ni..err..rasa macam nak masak megi dalam baldi laa.. erk!


> Korang ada mata korang baca..korang ada hati korang nilai..korang ada otak.? korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: korang pun mesti pernah try kan.? ke lagi teruk.?

12 Februari 2012

Hahahampeh Taktik Iklan..

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Hai si penggoda dan si tergoda sekalian!!


(Komfem lepas ni syarikat-syarikat besar akan saman aku)


Semenjak dua menjak ni.. mulut aku memang tak berhenti menguyah.. sampaikan ada lahanat yang menyangka bahawa aku memelihara jin dan hantu bagai.. perut aku yang dulunya mengembang 6 pack, sekarang dah timbul 6 layer fat..*euuwww* .. memang sebuah penemuan ajaib yang boleh membuatkan para saintis seluruh dunia berasa kagum dan terkesima.. what.? korang kagum jugak.?! biadap!
Tahukah korang.? aku sebagai makhluk bumi yang memegang rekod " manusia paling rakus makan " dalam carta organisasi keluarga, aku terpaksa memikul satu tanggungjawab yang berat untuk terus mengekalkan gelaran yang diberi.. dengan berpandukan sunnah-sunnah dan mengamalkan aktiviti sihat seperti yang diajar oleh mata pelajaran PJK (perut jalan ke-depan) aku menjadi cukup peka pasal makanan..


Ok sambung ke topik.. kadang-kadang nak debat pasal ni pun nanti mesti ada yang cakap aku ni nafsu jin ke hape.. tapi korang tak pernah nak protes ke bila fikir balik..korang beli air coconut shake secawan dekat pasar malam..then korang sluurrp sluurrpp air dia dua tiga kali tengok-tengok dah kontang..


Ceh! sumpah kedekut..beli air sehengget, tapi kuantiti macam beli ais 80 sen..balance 20 sen tu korang minum air yang rasanya macam air paip sedikit..hmmm..dimanakah terletaknya keadilan di situ.?
Kadang-kadang..beli  mee goreng, tak nampak pulak ayam ngan daging, sayur dia pun puas korek sampaikan ke hirupan yang terakhir memang haramjadah nak jumpa..kadang-kadang..beli cucur udang, jenuh nak cari udang sampai jumpa..sah ke udang.! misai dia pun tak nampak..


Ahh!! itu semua marketing tactic je..nak untung je lebih..air bandung campur air paip..ciss.!!


Jom kita masuk ke kedai-kedai yang lebih besar macam fast food dekat bumi ini..
Bila korang duk usha iklan mekdi kat tv..mesti tap-tap air liur korang meleleh betul tak.? mesti dengan automatiknya terset dalam otak korang yang benda tu terpampang sedap and mengiurkan..dalam iklan nampak besar gedebak-gedebuk, tapi bila dah beli..hah! baru terkena atas batang hidung sendiri. rasa menyesal.? padan muka....
Sama jugak macam ayam kentaki.. dulu aku pernah tengok diorang keluarkan iklan pasal tortila apa entah..tengok dalam tv..PERGHHHH...kalah Nisa Kay beb..dengan mayonis tersembur..keju mencair..inti terkeluar..sayur melimpah bagai nak rak..


Tapiii..bila sekali beli, mesti mulut korang akan kutuk cakap, " Serius.?.awat kemetot sangat.?!! "
Sama jugak macam pizza..first korang tengok topping dia..memang gua cakap sama lu arr..tip-top..keju mozarelanya yang dengan rela hati mencair memekat macam hingus korang time korang tengah demam panas..


Tapi realiti.?? korang pasti ke yang keju dia macam hingus korang.?.erk!
...................


Entry ni ditulis bukannya nak tunjuk yang aku ni tak bersyukur..tapiii..kan diorang jugak cakap pelanggan boleh mengekomen.?..so salah siapa kalau bagi pelanggan bersuara.?


Lain kali kalau nak buat iklan or what sila tulis kat bawah macam ni


ILUTRASI SEMATA-MATA..
TAK PERCAYA MARI BELI.!!


Komfem takkan ada kes komplen bagai..


> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.? korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: Ini fakta bukan auta..so korang nak marah dekat aku ke.?

10 Februari 2012

Genting Ada Han.........

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Bapuk lama aku tak mengupdate entry..mesti ada yang kat luar tu duk terkemut-kemut basah ketiak tunggu aku update..ok perasan..aku tak update coz asyik sibuk dengan dunia luar..faktor Lisa Surihani nak kawin tiada kena mengena dengan ini cerita harap maknyah!..kalau aku tulis panjang-panjang korang bukannya nak baca luahan hati aku pun  korang baca yang last-last je betul tak.?..hahahahampeh korang..
Entri hantu ini bersambung dengan hantu ini --> Kisah Suatu Malam <--


Ok..firstly korang pernah jejak kaki dekat Genting Highlands tak.?.kalau korang cakap yang Genting Highlands tu ialah sejenis mozek seramik polka dots pinky-pinky tajaan Tan Chong Moto korang memang nak kena beli spender yang lebih besar laa..coz kekadang faktor kesendatan spender boleh mempengaruhi oxigen untuk sampai ke otak..
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel, Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan terpanjang di Asia Tenggara.
Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting ini Menang award World’s Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s Leading Casino Resort dan World Travel Awards 2005/2006/2007/2008/2009/2010..apsal banyak sangat nombor niii.!!

Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib” bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini? Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.

Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa “Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting. Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta, sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di Genting.


1. Amber Court
Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau. Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan jin-jin mereka di Amber Court . Menurut sumber, management selalu bagitau untuk jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya? Biliknya seperti di bawah ini :
Macam mana mereka yang dikacau :
-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan


Ini kata seorang penghuni di sana :


“amber court ngan billion court mmg berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu. Kitorg mmg cadang nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt nape xjadi stay.”
“aku tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut…mula2 malu nak kecoh2, malu dgn roomate aku..lama2 hilang malu, takut punya pasal, aku nangis sampai member aku terjaga..bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan ko..”..aku dah stop jerit.
member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal, bantai tingkap tuh cukup2…
pastu baru diam…”

“aku nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2 dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”


Read this kalau korang still curiga jom baca komen-komen --> Amber Court


Geng Wujudparanormal pun pernah buat survey dekat tempat ni and terbukti memang lahanat gila hantu-hantu kat situ..ikuti video mereka semasa di Amber court 


--> Paranormal Amber Court <--


2. Apartment Ria
Ini cerita apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya berhantu :
“kononnya dalam bilik tuh ada seorang lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah.. memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. '

Ini yang berlaku di sini :


-Bunyi orang pindah rumah,bunyi ‘ting’ seperti oven dah panas,bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak bukak pon)
- Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat tertentu,sampai tutup pun dia akan terbukak balik..(Kalau nasib tak baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
- Ada ‘orang’ lain dalam apartmen


Ini cerita mereka di Apartment Ria :


“hishh apartment RIA mmg ade sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik) before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilikl tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’.mcm bunyi bile oven dah panas.”


3. First World Hotel
Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di sini.
Ini kesnya :

- Ada orang berjalan dari atas katil,memang terasa tilam korang penyek time ‘benda’ tu berjalan,serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas,berbaju merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai,dalam bilik
-Tv terbuka sendiri,takde siaran
Ini cerita dari orang yang mengalaminya :

kat 1st world pun seram aku dgr cita membe aku ada pompuan rmbut panjang mengurai dok tunggu tepi katil..tu yg diorg cita la..tapi aku ada pegi stay kt 1st world last 2yrs tak ingat tower brapa..dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk balik stay sana mlm tu..mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok usha je aku baring..pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko//aku rs aku tido pn still bukak mata smpai pagi..sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm
Cradle Rock
Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini ceritanya:
budak genting panggey tempat tu BATU BERAYUN…sbab kedudukan batu macam tergantung…alah korang misti perasan punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat situ slalu gak ade budak kene sakat sebab merendek kat situ depa kata kat situ ade kes suicide tapi da lame la…membe aku kene kat situ…dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..nampak la bende tu…nampak cam pompuan nangis2…ingat nak tolong la..pegi tanya…..makin lama makin kuat nangisnya..dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik membe aku ni kire kuat gak la..die blah slow2besok demam gak la 2 hari
..............
Dari segi permerhatian and penulisan aku rasa korang boleh agak yang story-mory kat atas ni bukan aku yang tulis..yang sebenarnya aku just copypaste..alaa..macam tak pernah copypaste homework kawan pagi-pagi time dekat sekolah..


> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.?? korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: kalu kito ingat kak onghe..onghe ake ingak kito..sebabtu dio manghi jupo kito..

4 Februari 2012

Kejadian Suatu Malam..

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Hello si kuntilanak serabai dan si toyol ketot sekalian.!!



KORANG PENAKUT SEBABTU KORANG BACA TIME SIANG KAN.??.ELEH BAJET BERANI KONON..

Sambil korang duk menyelubung kepala dengan bantal bajet dapat menahan sejuk dek hujan renyai-renyai kat luar rumah meh aku nak kongsikan sikit cerita yang aku pernah dengar tanpa mengetahui kesahihannya..hope korang cukup tabah untuk membacanya..just want to say..


Perhatikan sekeliling anda..
kerana..
ia mungkin berada di sebelah anda..
..Cerita 1..


Nama kawan aku Fitri..disebabkan jarak diantara rumah dengan sekolah bapak punya jauh boleh diibaratkan 2 jam menunggang tenggiling, so dia dengan rela hati menawarkan diri untuk tinggal di asrama..


Katanya..kejadian misteri lagi menyeramkan itu berlaku semasa study week..so menjadi kebiasaanlaa bila study week sampai je mula laa gelabah duk buang tebiat tido lewat..time tu dalam pukul 3.30..satu dorm menempatkan 8 orang pelajar..dia bersama dengan 3 orang pelajar lain masih kusyuk mengulangkaji pelajaran di meja tepi tingkap tanpa langsir..berhadapan dengan tingkap ialah bukit yang dipenuhi dengan hutan..
Keadaan ketika itu agak hujan renyai-renyai dan sunyi..yang kedengaran hanyalah dengkuran beberapa badak laut dan bunyi goresan pen dan pensil mereka ber-4..hujan di luar makin lebat dan kini mula disertai oleh guruh berdentum..Fitri pada ketika itu terasa ingin ketandas mula membuat muka comel meminta sahabatnya menemaninya..


Jarak diantara tandas dengan dorm mereka agak jauh..disebabkan sahabatnya semua kecut perut ingin keluar dorm kerana banyak kisah seram yang telah didengar oleh mereka..mereka membiarkan Fitri terkemut-kemut menahan kencing seorang diri..


Setelah menahan kencing selama 30 minit disertai dengan angin yang dibawa oleh hujan..pundi kencing Fitri tak dapat bertahan lagi..mungkin jika dia menahan ia lagi pundi kencing Fitri berkemungkinan akan meletup berkecai..didorong oleh nafsu untuk melepas yang kuat, Fitri pun segera berlari keluar dorm dan menuju ke tandas..laluan sepanjang ke tandas itu agak gelap kerana lampu agak malap..
Pintu bilik berdentum dua kali..hati Fitri terdetik lega kerana ada sahabat yang sanggup menemaninya..disebabkan terlampau tidak tahan, Fitri terus berjalan tanpa menoleh ke belakang..Setibanya di tandas..Fitri terus masuk..sesudah selesai melepas semua yang tertahan Fitri terus keluar mendapatkan sahabatnya yang sedang menunggunya di luar pintu tandas dan bersama-sama kembali ke dorm..
Pabila Fitri melangkah masuk ke dalam dorm bagi mendapatkan rakan-rakannya..dia melihat semua rakan-rakannya telah nyenyak tido..tiada satu pun katil yang koeong kecuali katilnya yang berada di bahagian tengah dorm..Fitri melihat ke arah orang yang disangkakan kawannya itu tadi..
10.30..Fitri dihantar ke hospital kerana tidak sedarkan diri..dia disyaki telah terkena demam panas..setelah ditanya berkali-kali..dia menerangkan apa yang telah terjadi..setelah dia berpaling..baru dia sedari yang sahabatnya itu tidak berkaki..then dia terus pengsan..
..Cerita 2..



..............................
next entry.....

(jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...)
> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.? korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <



notakakikechik : clue untuk next entry..korang betul korang bijak..