12 Februari 2012

Hahahampeh Taktik Iklan..

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Hai si penggoda dan si tergoda sekalian!!


(Komfem lepas ni syarikat-syarikat besar akan saman aku)


Semenjak dua menjak ni.. mulut aku memang tak berhenti menguyah.. sampaikan ada lahanat yang menyangka bahawa aku memelihara jin dan hantu bagai.. perut aku yang dulunya mengembang 6 pack, sekarang dah timbul 6 layer fat..*euuwww* .. memang sebuah penemuan ajaib yang boleh membuatkan para saintis seluruh dunia berasa kagum dan terkesima.. what.? korang kagum jugak.?! biadap!
Tahukah korang.? aku sebagai makhluk bumi yang memegang rekod " manusia paling rakus makan " dalam carta organisasi keluarga, aku terpaksa memikul satu tanggungjawab yang berat untuk terus mengekalkan gelaran yang diberi.. dengan berpandukan sunnah-sunnah dan mengamalkan aktiviti sihat seperti yang diajar oleh mata pelajaran PJK (perut jalan ke-depan) aku menjadi cukup peka pasal makanan..


Ok sambung ke topik.. kadang-kadang nak debat pasal ni pun nanti mesti ada yang cakap aku ni nafsu jin ke hape.. tapi korang tak pernah nak protes ke bila fikir balik..korang beli air coconut shake secawan dekat pasar malam..then korang sluurrp sluurrpp air dia dua tiga kali tengok-tengok dah kontang..


Ceh! sumpah kedekut..beli air sehengget, tapi kuantiti macam beli ais 80 sen..balance 20 sen tu korang minum air yang rasanya macam air paip sedikit..hmmm..dimanakah terletaknya keadilan di situ.?
Kadang-kadang..beli  mee goreng, tak nampak pulak ayam ngan daging, sayur dia pun puas korek sampaikan ke hirupan yang terakhir memang haramjadah nak jumpa..kadang-kadang..beli cucur udang, jenuh nak cari udang sampai jumpa..sah ke udang.! misai dia pun tak nampak..


Ahh!! itu semua marketing tactic je..nak untung je lebih..air bandung campur air paip..ciss.!!


Jom kita masuk ke kedai-kedai yang lebih besar macam fast food dekat bumi ini..
Bila korang duk usha iklan mekdi kat tv..mesti tap-tap air liur korang meleleh betul tak.? mesti dengan automatiknya terset dalam otak korang yang benda tu terpampang sedap and mengiurkan..dalam iklan nampak besar gedebak-gedebuk, tapi bila dah beli..hah! baru terkena atas batang hidung sendiri. rasa menyesal.? padan muka....
Sama jugak macam ayam kentaki.. dulu aku pernah tengok diorang keluarkan iklan pasal tortila apa entah..tengok dalam tv..PERGHHHH...kalah Nisa Kay beb..dengan mayonis tersembur..keju mencair..inti terkeluar..sayur melimpah bagai nak rak..


Tapiii..bila sekali beli, mesti mulut korang akan kutuk cakap, " Serius.?.awat kemetot sangat.?!! "
Sama jugak macam pizza..first korang tengok topping dia..memang gua cakap sama lu arr..tip-top..keju mozarelanya yang dengan rela hati mencair memekat macam hingus korang time korang tengah demam panas..


Tapi realiti.?? korang pasti ke yang keju dia macam hingus korang.?.erk!
...................


Entry ni ditulis bukannya nak tunjuk yang aku ni tak bersyukur..tapiii..kan diorang jugak cakap pelanggan boleh mengekomen.?..so salah siapa kalau bagi pelanggan bersuara.?


Lain kali kalau nak buat iklan or what sila tulis kat bawah macam ni


ILUTRASI SEMATA-MATA..
TAK PERCAYA MARI BELI.!!


Komfem takkan ada kes komplen bagai..


> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.? korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: Ini fakta bukan auta..so korang nak marah dekat aku ke.?

9 3 orang try hard:

faridah nazurah berkata... [Reply]

hahaha betul tu.. aku setuju sangat.. lagi2 yang tang pizza tu. klau dlm iklan punya la meleleh2 cheese, tp bila kita beli je mcm hampeh.. xde pung cheese boleh tarik2 cm dlm iklan..

natasyapink berkata... [Reply]

terbaekk.!~

naiemah_ramli berkata... [Reply]

betol2..

*tp pizza & hingus tu..erkkk...ok jgn bayang :P

Bluewendy berkata... [Reply]

perrgh..biasalah marketing..smua nak gah... alangkah indahnya hidup klu ape yg diiklankan benar2 btol.. sure ramai customer setia..hahaha.. marketing mesti kena baik,begitu juga dalam mencari cinta..haha

Lea Isnawi berkata... [Reply]

part fast food tu x kish sgt
tapi part peniaga biasa tu kisah
kot ye pun nk untung lebih, jgn la kedekut sgt nak letak udng dlm cucur udang, ikan bilis, ayam dlm nasi goreng kg kannnn

Aida Omar berkata... [Reply]

setuju dengan hanif.. paling terkena dulu dengan burger MCD dia kata burger XXL kot.. tapi saiz S..hampagas!!

NiaLidia. berkata... [Reply]

heheh setujuu, dlm iklan ceh kemainnn. tp dah lapar, balun jee :P

ShahzCudin berkata... [Reply]

mmg tu la tujuan iklan, utk menarik org walaupun sebenarnya indah kabar dr rupe...

Rapunzel Cikilolo berkata... [Reply]

emm, tengok boleh. percaya jangan kot. wahaha~!