4 Februari 2012

Kejadian Suatu Malam..

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Hello si kuntilanak serabai dan si toyol ketot sekalian.!!



KORANG PENAKUT SEBABTU KORANG BACA TIME SIANG KAN.??.ELEH BAJET BERANI KONON..

Sambil korang duk menyelubung kepala dengan bantal bajet dapat menahan sejuk dek hujan renyai-renyai kat luar rumah meh aku nak kongsikan sikit cerita yang aku pernah dengar tanpa mengetahui kesahihannya..hope korang cukup tabah untuk membacanya..just want to say..


Perhatikan sekeliling anda..
kerana..
ia mungkin berada di sebelah anda..
..Cerita 1..


Nama kawan aku Fitri..disebabkan jarak diantara rumah dengan sekolah bapak punya jauh boleh diibaratkan 2 jam menunggang tenggiling, so dia dengan rela hati menawarkan diri untuk tinggal di asrama..


Katanya..kejadian misteri lagi menyeramkan itu berlaku semasa study week..so menjadi kebiasaanlaa bila study week sampai je mula laa gelabah duk buang tebiat tido lewat..time tu dalam pukul 3.30..satu dorm menempatkan 8 orang pelajar..dia bersama dengan 3 orang pelajar lain masih kusyuk mengulangkaji pelajaran di meja tepi tingkap tanpa langsir..berhadapan dengan tingkap ialah bukit yang dipenuhi dengan hutan..
Keadaan ketika itu agak hujan renyai-renyai dan sunyi..yang kedengaran hanyalah dengkuran beberapa badak laut dan bunyi goresan pen dan pensil mereka ber-4..hujan di luar makin lebat dan kini mula disertai oleh guruh berdentum..Fitri pada ketika itu terasa ingin ketandas mula membuat muka comel meminta sahabatnya menemaninya..


Jarak diantara tandas dengan dorm mereka agak jauh..disebabkan sahabatnya semua kecut perut ingin keluar dorm kerana banyak kisah seram yang telah didengar oleh mereka..mereka membiarkan Fitri terkemut-kemut menahan kencing seorang diri..


Setelah menahan kencing selama 30 minit disertai dengan angin yang dibawa oleh hujan..pundi kencing Fitri tak dapat bertahan lagi..mungkin jika dia menahan ia lagi pundi kencing Fitri berkemungkinan akan meletup berkecai..didorong oleh nafsu untuk melepas yang kuat, Fitri pun segera berlari keluar dorm dan menuju ke tandas..laluan sepanjang ke tandas itu agak gelap kerana lampu agak malap..
Pintu bilik berdentum dua kali..hati Fitri terdetik lega kerana ada sahabat yang sanggup menemaninya..disebabkan terlampau tidak tahan, Fitri terus berjalan tanpa menoleh ke belakang..Setibanya di tandas..Fitri terus masuk..sesudah selesai melepas semua yang tertahan Fitri terus keluar mendapatkan sahabatnya yang sedang menunggunya di luar pintu tandas dan bersama-sama kembali ke dorm..
Pabila Fitri melangkah masuk ke dalam dorm bagi mendapatkan rakan-rakannya..dia melihat semua rakan-rakannya telah nyenyak tido..tiada satu pun katil yang koeong kecuali katilnya yang berada di bahagian tengah dorm..Fitri melihat ke arah orang yang disangkakan kawannya itu tadi..
10.30..Fitri dihantar ke hospital kerana tidak sedarkan diri..dia disyaki telah terkena demam panas..setelah ditanya berkali-kali..dia menerangkan apa yang telah terjadi..setelah dia berpaling..baru dia sedari yang sahabatnya itu tidak berkaki..then dia terus pengsan..
..Cerita 2..



..............................
next entry.....

(jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...)
> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.? korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <



notakakikechik : clue untuk next entry..korang betul korang bijak..

10 3 orang try hard:

Aida Omar berkata... [Reply]

amber court yang last tu :) weyh menakutkan betul malam2 nie wat entry ginie cait..

OrsoNero berkata... [Reply]

pergh...kalau kena teman ni la yang membawa kepada demam teruk2 ni....

e-lyana berkata... [Reply]

>.<
yg last 2 mcm real gmbrnya, btol ker???

darah meyh??

aswadz berkata... [Reply]

amber court ek. interesting. aku tggu entri yg seterus nyer.

gadiskucing berkata... [Reply]

seram la,,, bce entry antu kol 2 pagi,,, xley tido la mlam ni nmpaknye,,,

naiemah_ramli berkata... [Reply]

aku berjaya baca...haha :P

seram wei wlaupon baca pg2,dgn gambar yg ko letak sngt mnakutkan (T_T)

cik Kartun berkata... [Reply]

scroll ke bwh trus..
maaf x berani nk bace =.='

aqmalazmi berkata... [Reply]

bukan takut baca disiang hari..cuma baru jumpa ini entry ^^
haahahah

Saddila berkata... [Reply]

aku sokong ayat aqmal yang berkurun lama tak hupdate blog dia tu!!!!

SHAHIDA SHIDA berkata... [Reply]

kasi seram lagi...