Geng Berus Gigi..

18 Februari 2012

Ragam Budak Kebulur Dan Asrama

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Hai si kreatif dan si origami sekalian!


Jam tepat menunjukkan pukul 2 pagi, perut aku mula mendendangkan lagu rap tradisional, joget Inul dan tidak ketinggalan lagu 1Malaysia dan lagu sekolah rendah Kubang Pasu yang kedengaran dengan rancak dan penuh dengan sifat petriotisme..dengan berlirikkan kriuk krak krek kkrrriiiiuuukkk yang aku pun tak seberapa nak faham bahasa daerah Mongolia manakah yang digunakan menunjukkan keadaan tuan punya perut berada di dalam keadaan yang amat kritikal..*sambil menepuk perut kelaparan*


Dengan penuh iktizam serta azam yang tinggi aku memberanikan diri untuk menggodek almari di dapur..manalaa tahu kut-kut terjumpa cheesy wedges ke, ayam hot and spicy ke, *nisa kay ke*..tetapi nasibku malang..harapkan cheesy wedges ditemui tetapi hanya mee segera cap ping-pong je yang berjaya aku godek..
Dah laa satu plastik je..mana cukup!.bentak hati aku..

Okla tu Ik..bersyukur je apa yang ada..fikirlaa nasib manusia yang kurang bernasib baik dan bersusah payah untuk menjamah sebutir nasi..ok, aku malas tulis panjang-panjang sebab aku percaya yang korang mesti baca part yang last-last je.. hampagas!
Saat itu sambil tersengih-sengih memandang ke arah megi sambil kontrol air mata suci daripada meluncur..berputiklah kembali memori-memori indah dan luka terkena pisau cukur ketika di asrama..betapa nazaknya ketika ingin merebus megi..betapa seksanya ketika ingin menggoreng di dalam dorm..hah! nak baca cerita.? meh sini duduk rapat-rapat dengan skrin..kalau boleh ajak jiran semegi baca sekali..


################

Oryte! masa dekat asrama dulu aku ulang D.U.L.U, aku ni agak ketagih dengan megi..pantang tengok ahkak koperasi yang gebu-gebu tu bukak kedai komfem licin rak megi dia..aku rasa dia pun mesti hairan kenapalaaa dalam banyak-banyak ummat..aku je yang selalu bertapak depan kaunter sambil pegang seset megi then buat muka innocent mintak discount..apa, muka aku tak tahu malu.? kuajaq!
Bila nak masak megi..aku akan menjemaahkan ahli dengan bilangan 4-5 orang..senang cakap setengah dorm laa..kadang-kadang jiran dorm pun datang join, macam buat majlis tahlil pulak! tapi diorang join bukan makan free-free laa..nak join, bawak megi sendiri..kalau datang sambil buat muka menyampah mintak sikit, komfem muka ko yang berkedut tu jadi lempeng coz kena libas dengan seterika..*bukan kedekut..kegawatan ekonomi asrama*


Then, bila dah cukup ahli..kami pun memulakan proses amajariah..maksud amajariah disini ialah menyedekahkan sekeping henger dan baldi dengan ikhlas sebagai tempat memasak megi bagi mengelakkan kami membancuh megi di atas lantai..korang ingat iklan pembersih lantai.?


Cara untuk menyediakannya..firstly, masukkan air panas kedalam baldi..tapi sebelum itu,  pastikan baldi korang tu tidak tercemar daripada segala daki-daki mahupun bau-bau yang entah dari mana asal keturunannya dan paling penting tidak berlobang di bawah!.


Selepas itu, masukkan kesemua megi tadi mengikut turutan then dicampur dengan perencah..kalau megi tu berlainan perencah..combinekan aje kerana akan tercetusnya satu perisa baru..err..akibatnya mengerang sambil tarik batang paip sampai tercabut..*harap korang faham*
Biarkan megi untuk beberapa minit..then bila dah kembang kacaukan ia dengan henger yang telah dipatahkan..kemudian, boleh dijamah beramai-ramai di dalam baldi tersebut..kalau korang sopan, korang bergilir-gilir makan dengan henger patah tadi..tapi kalau dah pelahap sangat macam kami ni..korang kaut je megi tadi pakai tangan sambil berebut-rebut..kuah isi dalam botol buat minum time last sekali..ketika itu..terjalinnya silaturahim di antara kami..^^
Bhaha..sekali pandang macam orang peleolitik masak dalam gua..dua kali pandang macam bangsa kurang tamadun..oh noo..tiga kali pandang macam budak yang kurang kasih sayang..empat kali pandang..err..err..komfem Nisa Kay tak layan terus aku..sobs3x


Bagi menaikan selera..telur goreng jika dicampur ke dalam baldi tersebut akan amat memikat hati..silap langkah berkemungkinan warden pun akan naik join..tapiii..nak goreng camno tuh.? mana ada tong gas tersangkut dekat kipas..takkan nak biak api atas katil pulak..tak pasal-pasal masak member kat katil atas..


Sesungguhnya..kami budak-budak asrama telah dianugerahkan otak yang kreatif dan inovatif untuk berfikir.


Caranya!..firstly, curi seterika bercop SIRIM hak member yang tengah tidur..hak budak junior lebih digalakkan jika anda takut diternak biji sawi kedalam pusat anda..then, kasi pecah itu telur atas seterika, golek-golek kasi rata annddd siap!.lepas tu pandai-pandai laa korang gaulkan telur tu ke dalam megi tadi..
........................

Kadang-kadang rasa bangang pun ada time tu..tapi orang tua cakap hirup kuah megi biar sampai ke pantat baldi..sebenarnya megi ni tak baik untuk kesihatan korang..ia akan mengurangkan perkembangan DHA dan DNA korang..waaah! dah macam promote Enfagrow pulak..


Okla..lagu Ziana Zain yang high note tu dah berkumandang ni..err..rasa macam nak masak megi dalam baldi laa.. erk!


> Korang ada mata korang baca..korang ada hati korang nilai..korang ada otak.? korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: korang pun mesti pernah try kan.? ke lagi teruk.?

17 3 orang nak menyampuk:

Cik Apa Saja berkata... [Reply]

baru lepas mkn megi kari letup tu td kat tempat keje....sedap ~~~~

Nornabila berkata... [Reply]

best kan ostel life?
:D

syira syah berkata... [Reply]

erkk...
aku dulu kat hostel selalu gak makan berjemaah.

tapi xdela smpai dalam baldi pun tibai kan.

HAHA!

CekbOlat-bOlat berkata... [Reply]

ahahahhaha.. kekurangan kasih dan syg! pehhhh..

aku tak pernah ase.. nnt ajrkan

budakampung berkata... [Reply]

gua tak rela makan megi berjemaah pakai tangan! hahahaha!

ipa faiza~ berkata... [Reply]

penah wat jugak. tp xde la dlm baldi.

pinjam tray dewan makan asrama.

ape2 pon. ostel mmg syiok!

Teesaz berkata... [Reply]

kahkah cool gila kot, guna seterika jer.. koghang mehmang superb... superb sokmo..keke

cik Kartun berkata... [Reply]

owh selalu dengar budak asrama lelaki mkn mgeggi dlm baldi..
tak pernah tngok.. tak dpt nk byg kn.
da tngok dlm pic ko nie kn, aku takde slera kot hahaha

aimie berkata... [Reply]

LOL seriously korang masa pakai baldi ? hahaahaha XD nak try lah nnti bila masuk hostel :p lol

http://dalilamimi-mimiepotpet.blogspot.com/2012/02/cinta-remaja-part-5.html

fyna berkata... [Reply]

sah...memang sah nih..boleh jadi promoter gitu..
:)

nice betul cara2 ko bgtahu tue..hehe..

Noor Adibah Binti A.Latif berkata... [Reply]

aish.. tergelak sakit perut baca post nie.. giler awesome lahh.. budak2 asrama especially budak laki2 memang camni ke??

# yang paling best tu, nak makan megi siap ajak geng2 tuu.. huhu.. ingatkan hanif yang sponser megi. upenyer masing2 bawak megi sendiri ehh?? hahaha :D

Cikgu Jaja™ berkata... [Reply]

hahahhahahaha..

k.jaja rasa kau ni kn ikmal hanif, mcm adik beradik afzal. haha

xila riston berkata... [Reply]

alahh beselah life kt ostel, ktorg pmpn mcm sweet sket, msk dlm piyok nasik, then mkn rmai2 dlm piyok tuh... nmpk sgt mls bebenor~

ieyza afieyna berkata... [Reply]

same ar.. mlm2..kalo lapar.. mesti melantak meggi.. haha

ShahzCudin berkata... [Reply]

masa kt hostel dulu bab nak makanan sampingan ni mmg x kurang..klo sndri xde, pow kt bdk2 junior

aWinMelloW berkata... [Reply]

yekk...mkn dlm baldi yg dh gune ke? pastu msk telur kt iron, mcm kotor je, erk.. :3

teyn teyn berkata... [Reply]

geli lah tgk cara goreng telur tu .. hahaha