Geng Berus Gigi..

28 April 2012

Guys, Angan-angan Kita Menjadi Kenyataan

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Hari ini telah tiba wahai sahabat..hari yang kita semua kaum Adam tunggu-tunggu..angan-angan yang dahulunya menjadi permainan minda, kini dapat dilihat melalui mata..hanya lelaki yang faham..


Ini bukannya ucapan sambutan persaraan guru besar tuan-tuan dan puan-puan..sudah menjadi lumrah lelaki dengan superheronya manakala gegirl dengan barbie dollnya..tapi barbie doll ada tak bergabung menjadi satu macam Avengers.? YES! itulah angan-angan lelaki normal macam aku..ingin melihat semua superhero bergabung mengalahkan orang jahat..DUSH-DUSH..


So guys, jom kita kenal hero-hero dan heroin kita..


General Nik Fury-fury
 (bukan nama kucing aku)
- Pengasas S.H.I.E.L.D
- Masih single
- Mata sebelah kanan injured kerana adik tolak masok longkang
- Sekarang sedang gigih berusaha menggunakan pelbagai produk Clorox untuk memutihkan kulitnya


Kapten Amir Reka 
- Memiliki kekuatan luar biasa
- Badan ketul-ketul dan muka yang hensem mengalahkan Aaron Ajis boleh mencairkan beribu hati wanita
- Sebelum menjadi superhero pernah bercita-cita untuk menjadi model baju kebaya


Iron Meng
- Sut yang cool and hebak yang membuatkan beribu-riban lelaki nakkan sut tersebut termasuk aku
- Kaya, bijak and Playboy
- Sedang berusaha mencipta ubat kentut wangi


Thor 
(bukan anak buah Harun Salim Bachik)
- Anak dewa kilat yang dibuang ke bumi
- Tukulnya mak aih..power bebeno..
- Masih mencari jalan bagaimana untuk bercinta dengan 3 orang dalam satu masa
- Pernah menjadi duta Rejoice


Hawkeye 
- Pemanah yang kalau target komfem kena
- Pernah masuk olimpik di dalam acara memanah tetapi diterminate kerana tertukar antara target dengan kepala pengadil


Black Widow
- Errr...yang ni aku tak khatam lagi power dia..aku rasa dia boleh kenyit-kenyit mata kut..


Hulk
- Nerd tapi kuat gila-gila bila marah..
- Jangan sesekali ajak dia main cop tiang kalau taknak kena pijak




Jom layan trailer diorang yang super awesome

Kompem gua orang pertama yang download movie ni nanti..so, korang..kalau korang diberi pilihan untuk jadi hero..korang nak jadi hero apa and kenapa.?
> Korang ada mata korang tengok, korang ada hati korang nilai..korang ada akal.? korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <


notakikechik :: Aku nak jadik Iron Meng kalau boleh tak mak tak kacik, dia cakap nanti kalau nak basuh baju kene renjatan eletrik..menchik!

9 3 orang nak menyampuk:

ezyra daniel berkata... [Reply]

tak pernah t'pk nak jd super hero haha

LaLa mhdnor berkata... [Reply]

nak pi tgk esok, jom !

FREE MOVIES berkata... [Reply]

You can see this movie on down2load

Cik tikah berkata... [Reply]

serius nk tgok cite ni! :)

Muhamad Azam berkata... [Reply]

Thor sebab rambut panjang

Ninaaa berkata... [Reply]

Best ke best ke? Esok aku nak pergi tgk ah!

Syakir Rahman berkata... [Reply]

terbaek r...nnt jgn lupa wat review psal citer ni...huhuhu

ikaa sharin berkata... [Reply]

jom sy belanja tengok movie ni :p

#hai tuan tanah , jemput singgah blog saya . ada makan makan sikit :D

aswadz berkata... [Reply]

aku nak jadi diri sendiri je.