Geng Berus Gigi..

30 Mei 2012

Shisha ? Not So Bad Laa. Ada Kebaikan Apa

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Hyep geng hookah sekalian..dah berasap ke belum harini.?
Topik shisha makin berkembang pesat di negara Malaysia kini. Apakah ini yang dipupuk oleh bangsa dan negara? Apakah makna semua ini? Ecece..Intro macam Hasbullatif Awam mengacara program memasak pulak.


Lets continue. Tadi aku bukak mukabuku and perhati satu geng ni duk berborak pasal shisha. Memang dalam otak aku terbayang-bayang yang baik gilalah menatang ape tu shisha. Aku ingat sepisis tenuk terbaru tapi bila start diorang cakap pasal keluar asap bagai mulalaa aku fikir "Mak aih..tenuk jenis apa yang berasap bagai ni.". Bila di google-guli rupanya tenuk besi ni rupanya.
Then selepas beberapa reasearch baru aku tahu yang benda ni untuk dihisap bukan untuk dipelihara mahupun dibuat gulai. Rupa macam rokok zaman Lang Buana tapi yang ni lagi terer beb. Kalau yang dulu hisap satu perisa je yang dia keluar tapi yang ni pelbagai perisa dia ada. Korang cakap je nak perisa apa asalkan jangan korang mintak perisa yang mengarut macam gulai masak tempoyak, kari ayam, ayam masak merah and others. Tentang kebaikan mengshisha? Banyak beb!


1.Dapat Mengamalkan Sikap "Sharing Is Caring"


Benda ni jarang orang hisap sesorang coz kurang nikmat. Lebih baik hisap secara berjemaah bagi meningkatkan daya kardiovaskular untuk mengular hisap natang ni. Eh, kira bagus apa berkongsi pipe dari berkongsi jarumkan? Kalau sorang ada HIV semua pakat kena ye dak? Kan dapat memupuk sifat persahabatan antara korang. 


Lagi satu, time duk hembus-hembus asap depan muka kawan-kawan perghh, nikmat beb. Dia punya asap keluar macam jerebu. Dengan nikotin, tar merabak masuk dalam dada perghh, syok-syok. Tangkap gambar buat DP mukabuku komfem mak bapak korang bangga.

2.Dapat Mengeratkan Silaturahim


Kalau dah layan secara jemaah mana tak datang silaturahim. Mencurah kut jatuh dari langit silaturahim. Sambil-sambil layan, sambil-sambil usha awek meja sebelah lagi banyak silaturahim yang bergolek. Part yang paling best, time berebut nak hisap. Alaaa, korang bayangkanlah satu pipe nak kongsi 5 orang mana sempat. Dahla sesorang paru-paru besau gedebak. So terpaksalah menerajang antara satu sama lain. Kan banyak silaturahim yang terjalin tu. 

3.Tempah Seawal Yang Mungkin


Korang tahu kan yang shisha ni 450 kali ganda bahaya dari rokok? Bayangkan kalau la seminggu 3 kali korang layan. Hermm, dalam masa 7 tahun dah boleh kut tempah awal-awal. So, ambillah peluang yang masih ada untuk menempah inci kain kafan mahupun kubur anda samada mahu diletak lampu liplap disekeliling bagi nampak meriah mahupun pokok krismas sebagai hiasan. Die not so hard right? Lagipun, everybody will die anyway. Right? Kan?

4.Derma Duit Kepada Hospital

Well, dengan menshisha korang boleh mempercepatkan penghidupan sel-sel berbahaya like kanser or whatever and 70% senang dapat penyakit jantung. That`s cool right ? Weh, berbanggalah sebab korang merupakan bakal pesakit-pesakit jantung yang akan menderma duit setiap minggu untuk beli ubat dekat hospital. So hisaplah dengan gigih dan padu supaya cepat mendapat sakit jantung coz makin cepat dapat, makin cepat korang boleh menderma. Hep, mendermakan suatu amalan yang mulia. So what wrong?

5.Hukum Cakap Tak Boleh Rokok Je, Shisha Bukan Rokok!

Hukum-hakam? Eh, rokok je yang tak boleh, shisha boleh je. Kalau ye pun berdosa, matikan lambat lagi so masih sempat nak bertaubat. Bak kata pepatung "Tua-tua baru insap la woi!". So let`s menshisha!




> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang perhati, korang ada akai.? korang fikir la sendiri..Assalamualaikum <

notakakikechik :: Siapa makan kari dia yang terasa mamak..eh betul ke peribahasa aku tu.? macam lingkup je

37 3 orang nak menyampuk:

hairy berkata... [Reply]

nsb aku dh bhti weh...hahaha

Cik Lyeen berkata... [Reply]

Time aku makan dgn family ari tu, adalah lalu kat restoran sebelah restoran yang aku nk pegi..Then, time tu 3 orang manusia tu tgh bangga isap shisya ni..nama power cun..Tapi..eee...menyampah mcm nak panggg je muka bila main2 sembur2 asap..WEKKKK..

Selendang Merah berkata... [Reply]

KAH KAH KAH..tak sangka aku ada kebaikan tu woitt..

Nur Shuhada berkata... [Reply]

ritu ada singgah uptown.ada 1 kdai ni jual bnda shisha ni la.agak kesian bila trnmpk ada adik kecik lelaki isap bnda alah ni.adoi..mcm nk penampo je bdk tu.nasib ank owg.kecik2 dh pndai isap bnda2 cm g ni.x suke toi orang2 yg isap rokok or shisha ni..semua x baguih utk kesihtn..sapa rasa nak mati awal dipersilakan .kih3:)

Ardini Izzati berkata... [Reply]

Banyak gilaa kebaikan dia. Sebabtu laa ramai orang hisap shisha kan kan. Haihh. Baguslaa entri lu ni, ik :D

Mr.She berkata... [Reply]

shisha? lek ahh. pompuan2 KL relax je isap mende nih. dh x mcm pompuan aku tgk. opss. haha dh la lg bhya dr rokok. mmg x syg nyawa r sape yg isap 'animal' nih -__-

ade yg marah ke? kehkeh. kbye :D

Boni JLL3 berkata... [Reply]

seb baiklah aku hisap 4 tahun sekali. lambat sikit.hahaha

Mk Syahir berkata... [Reply]

she shi aku kenai la xD

Joel Leslie berkata... [Reply]

eh tak terpikir pulak ada kebaikan benda ni. haha.

mohamad shazni berkata... [Reply]

hahaha...shisha dan kebaikan nye..rugi pulop benti rasanya..hahaha

Muhamad Azam berkata... [Reply]

Gua ada semput boleh gak ker UEEKK UEEKKK

CikMunBlogger berkata... [Reply]

saya tak pernah kenal itu shisha . huhu .
fasha sandha saya kenal . :D

NAL berkata... [Reply]

NAL memang tak pernah sentuh, apakan lagi isap.. :)

cik tenggiling berkata... [Reply]

wahaha...bnyk betul kebaikkannya.. haha..

Phat berkata... [Reply]

layan asap layan

♥ Cik EylaDiLLa ♥ berkata... [Reply]

amboii ade jugak kebaikan nye ahaha
xreti shisa2 nie >_<

Encik Atan berkata... [Reply]

eeuuuu..gelinyer.....




(sambil pegang pipe shisha)

♥ NurShamira ♥ berkata... [Reply]

ooo , entri menyindir rupenye ,, keep it up bro ,, hewhew ..

♥ Nana BamBam ♥ berkata... [Reply]

sengal! :P

bai baizura berkata... [Reply]

huh~ wa hisap asap jek biase nye-,-

teratai berkata... [Reply]

Patut kena haramkan juga shisha ni...lebih teruk dr rokok ni....sbb ni candu! Kerana benda inilah Melaka ditawan penjajah!!

Aesya Zealous berkata... [Reply]

rasa nk lempang je org isap shisha ni kt kedai makan

CintaKhadijah berkata... [Reply]

bahaya tapi wangi dr rokok.. :p

LaLa mhdnor berkata... [Reply]

cantik dia punya bentuk tu, buat hiasan kat rumah oke gak tu :P

Yana Libra berkata... [Reply]

jauhi asap2 yang merbahaya~~~ :p

Sally Yatiey berkata... [Reply]

Banyaknya kebaikan shisha ni. hehe ^_^

Nelly The Strange berkata... [Reply]

er , pernah try .. tapi , tak rety ! hahaha

NIA SI DRUMSTICK berkata... [Reply]

penat btol nk ckp benda2 cmni bahaya..
alasannya : "org ckp senang la..tp bila dh jadi perokok baru tau..xmudah nk buang..huuu"
last2..sukati korang la.haha

ikaa sharin berkata... [Reply]

buang duit jee isap binatang tuu -.-

BCJ berkata... [Reply]

rokok lagi selamat dr shisha..
tapi dua-dua still bahaya..kbai

inche hlovate berkata... [Reply]

betul la tu..rokok je haram shiha boleh..diharuskan

*haha nak mati cepat la tu*

ctk berkata... [Reply]

kawan ct bangga ltk gamba isap shisha kt dp FB...NTAHLAH DEN...xmint bende asap2 masuk badan ni...semua bahaya..huhu

Liyana Izzati berkata... [Reply]

Hhaha. Tak pernah terfikir nak hisap rokok, shisha atau apa apa yang sejenis dengannya. Oh pleaseee.

BlueiceButterfly berkata... [Reply]

~eh ingat rokok lagi bahaya..selalu tengok orang isap pelbagai perisa anggur,strawberry semua ada..haha

aswadz berkata... [Reply]

aku pun ingat shisha tu sejenis tenuk. sama la kita ik. hahaha...

Jia A berkata... [Reply]

Haha . Memang terbaik lahh kebaikan nyer. Berdekak lahaii aku dengan member2 aku bace.

Jia A berkata... [Reply]

Haha . Memang terbaik lahh kebaikan nyer. Berdekak lahaii aku dengan member2 aku bace.