Geng Berus Gigi..

15 Jun 2012

Ini Tidak Adil, Ini Tidak Adil !

~~ Assalamualaikaum To Bloggers And Readers ~~
What`s up future gellfrend sekalian. How your life going?


Twisties, Super ring, Green peace, dll ataupun nama saitifiknya JAJANISTRIOBAPAKKAU ataupun cekedis yang kini kian populer di kalangan remaja-remaja pokai yang mengalami masalah kegawatan kekempisan dompet ataupun kecelaruan PTPTN.


 Bukan topik bapak aku mahupun bapak kau yang ingin aku bincangkan pada hari ini, tetapi topik yang kian menggesel and mengular sekarang iaitu kekurangan jajan di dalam sepaket.
Dulu masa aku muda-muda ditambah muka suci takdak jerawat batu aku ingat lagi betapa murahnya jajan ni. Sampaikan aku boleh buat origami pelbagai jenis minatang mahupun minachi dengan menggunakan plastik jajan. Aku Kayo dengan duit mak bapak time tu bukan macam sekarang, nak beli makanan pun puas berfikir 2-3 kali samada nak beli air kelapa mak dara ataupun nasi lemak ikan kering.


Yang aku peliknya antara dulu dan sekarang adalah isi jajan. Apsal dulu bukan main penuh sampaikan nak terbukak paket tetapi sekarang just diisi dengan angin disertai dengan secikit jajan? 


Adakah ini salah satu propaganda Israel untuk melihat anak-anak Malaysia mati kebuluran? Ataupun permainan Anwar? Mungkin Freemason punya kerja. Puih!


Maybe perkara ni remeh and tak perlu diperbesarkan tetapi aku selaku pengguna haruslah bersuara melaui keyboard X131. Ini sudah serius. Mungkin suatu hari nanti kita hanya mampu menelan angin jajan sahaja. 


Dengan ini aku menyuarakan hak supaya kita pakat ramai-ramai boikot jajan demi masa depan anak-anak kita. Bayangkan kalau seluruh rakyat Malaysia boikot jajan. Komfem ekonomi akan jatuh merudum, Chealsea akan terkeluar liga and berkemungkinan Manchester United akan menjual Wayne Rooney bagi mengatasi masalah ekonomi tersebut.


Try cakap siapa kat Malaysia ni yang tak pernah cekik jajan? PM Najib pun makan time kecik-kecik dulu, tapi time dia kempunan la.
Sebelum kejadian yang lebih parah dan barah berlaku, aku menyeru semua rakyat Malaysia agar mengadakan demostasi jalanan JAJAN 2.0 bagi memenuhkan semula paket jajan kita supaya anak didik kita dapat merasai nikmat jajan.


Tuntutan JAJAN 2.0

1. Menuntut agar isi jajan ditambah
2. Mengurangkan harga jajan kepada harga asal
3. Terus memperjuangkan hak penjajangan
4. Kurangkan kontroversi lebihkan jajan 


Hal ini akan aku try faxkan kepada YB Kampung Gual Pasir dan parlimen and akan mengugut jika beliau tidak bersetuju dengan tuntutan ini tok mudim kampung akan menyunat tanpa syarak dan had. Kita harus bangkit demi jajan! Hidup Jajan! Hidup!


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada akal? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Bangkitlah wahai rakyat Malaysia! Bersatu demi JAJAN 2.0

29 3 orang nak menyampuk:

CikMunBlogger berkata... [Reply]

betul jugak . makin lama makin kurang , bukan setakat jajan . air milo kotak tuu pun makin mahal makin sikit. hoho . maju lah makanan ringan untuk dunia . ehhh !

Muhamad Azam berkata... [Reply]

<---- jajam masih banyak!!

Cik Penguin_Solehah berkata... [Reply]

haha,ya betul setuju,hidup jajan ^_^..#ayat deboom je =P

Zul De Alexis berkata... [Reply]

Hidup jajan....hidup jajan..hidup jajan....

Guwa igt lagi masa kecik2 isi dalam dulu byk. tapi sekarang..hara....

shedameor berkata... [Reply]

haha. sheda akan join kalau ade demo macam tu. hidup jajan !

Mk Syahir berkata... [Reply]

Wa mkn pringles dalam balang je kecik2 dulu..hahahahahaa

hairy berkata... [Reply]

aku hari2 makan weh super ring tuh mcm ada dadah..haha

faridah nazurah berkata... [Reply]

haha isi jajan zaman sekarang memang dah kurang.. yang lebihnya tu angin je. hampeh!

zanairin berkata... [Reply]

berkobar betul perbahasan kali nie..

bai baizura berkata... [Reply]

haha. kau kenape? yeah hidup lah dgn jajan :P

iEDZz HaR berkata... [Reply]

jom sama2 boikot !!!

ctk berkata... [Reply]

betul tu...skrg banyak isi dengan angin jaaa...membazir betul nk beli..hukhukhuk...

Muhamad Asyraaf berkata... [Reply]

btol3.. skrang punya jajan 2 hengget isinya sama mcm jajan 2 posen dulu.. hidup jajan!

Aida Omar berkata... [Reply]

haha.. lawak le pulak.. tapi memang betul ape jajan sekarang mahal tapi sikit.. memang tak guna betul. huhu..

Kotak Mancis berkata... [Reply]

hidup!!! hidup!!!.... hidup!!! hidup!!!...
makin lama makin berkurang isinya.... harga tak kurang2 pulak... haishhh... macam2... hahahhaaa... jajan oh jajan

Cik Lyeen berkata... [Reply]

Bila YB bersuara..hak jajan kau akan dipertahankan..nanti kita suarakan dkt parlimen..ok? set...hahaha..kita buat promosi beli jajan 1 percuma 5..:D konpiom kau suka..HAHHAHHHAHAHAH

Paradise Gal berkata... [Reply]

lawak betol lah. kerana jajan negara punah ranah.. ranap!!

Yumida berkata... [Reply]

yeah!! jgn lupa packaging jajan jg harus ditukar ke bentuk yg asal...xmo yg design baru..x syok..xde nostalgia..tgk packaging jajan yg lama baru bez..tringat main tampar2 ngn teman...main lastik getah...

Cik tikah berkata... [Reply]

agaklah. skrg ni beli jajan , tak smpai separuh pun bekas jajan dia. sikit sgt. x puas makan

inche hlovate berkata... [Reply]

ish memg betul la..isi jajan sekrang ni ciput je..nak makn sorg pun tak puas ni kan pula ade adik dok ngendeng minta sikit..

hidup jajan!!! erk?!

nia marlissa berkata... [Reply]

sya boikottt blog politik ini HARHARHARR

Aien Alien berkata... [Reply]

jajan makin kurang atau mulut kita makin membesar selaras dengan usia. HAHA....jajan banyak tapi murah siapa yg tak nak kan kan kan....

Ardini Izzati berkata... [Reply]

Haha. Semangat kau Ik pasal jajan ni. Tu lahh sikit sangat. Harga pulak mahal. Haihh --"

kinara kinatara berkata... [Reply]

wahaha..isu yang sangat serius nyh..dulu kandungan jajan 100 tampa angin..tapi sekarang 40 jajan 60 angin..bak kata yuna..ini tidak adil..haha

JaNnaH berkata... [Reply]

ha msok kn dlm dewan parlimen je terus.. hi3

MyMy berkata... [Reply]

jom kita kemukakan isu ini ke dewan parlimen heheh PRU da nk start kn hehhee

PotiaCasaDelarossa berkata... [Reply]

wa x mkn jajan.. wa mkn cekedis jek ekekekk

Boni JLL3 berkata... [Reply]

start je snek HERO tu makin kecik, aku terus stop beli segala2 macam jajan. aku dah tau dah. isi semua makin sikit dan kecik tapi harga makin naik. haram jadah dorang ni kaut untung berlipat ganda

cik kiwi's berkata... [Reply]

hahahahahaha. menggedik la ik. tak payah makan jajan. banyak buruk dari baik. MSG punyalahhhhhh banyak wooo