Geng Berus Gigi..

28 Januari 2012

Best Birthday On In At The World

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Hello si Jejaka Jambu dan si Dara Nangka sekalian..

Hek ermm..fistly aku nak buat pengumuman sikit..


Pada 27 Januari yang lepas..umur aku telah genap 31 tahun..yes genap 31 tahun..apsal, tak percaya.??..ok good kalau korang tak percaya..


Tepat je jam 12 tengah malam pada 27 Januari semalam
3 orang ni datang serbu ke dalam rumah aku tanpa menghiraukan aku yang sedang memakai boxer kaler pink gambar hello kitty kat bahagian punggung..diorang dengan baik hati dan cover comelnya menyanyikan lagu "Happy Birthday" dan lagu "Negaraku" dengan penuh harmoni dan mendayu-dayu kepada aku..
Makwe baru I..comei tak.? hiks =-='
nasib baik batman dia tak datang..fuuhhh..slamat..
Err..yang ni sesat kut..
Nak tengok hadiah yang diorang bawak.?..ni dia..!!
From Hanis Zalikha
From Nisa Kay
Aku tak tahula apa dosa aku dekat Saleh Yaakob sampaikan dia bagi aku ni..
Err..OK..aku pasti ada yang terkemut-kemut muka and tengah cari baldi untuk menampung isi perut yang bakal keluar..tapiii..tak salahkan jika seseorang ingin berimaginasi?

This is my speech untuk.....


Firstly, thanks to my family yang telah menyayangi dan menyuport diri ini walaupun mungkin ada dalam hati diorang rasa macam nak selam je muka aku dalam lubang jamban setiap kali aku buat silap..but nobody perfect right.?


Second, to all facebook members and friends yang telah bagi ucapan yang biasa aku baca like 


"HB.!!" 
"SEMOGA PANJANG UMUR!!"
"SAYANG AWAK.!!"


Err..yang last tu Hanis Zalikha yang bagi..entah macam mana boleh termasuk dalam entry ni pulak..


Last, thanks to ALLLLL bloggers yang akan wish 


"Happy birthday awak..!!!..semoga sukses selalu..awak cute laa.."

dekat ruangan komen nanti..
........................


psssstttttt... Nisa Kay komen dekat entry ni..ni nak nanis ni..sob-sob-sob *untunglaaaaaa


BTW!!!


NAK MINTAK KORANG TOLONG VOTE BOLEH TAK.? NANTI AKU POS CHOKI-CHOKI 3 RASA OK.? PLEASE-PLEASE...... VOTE ATAS BLOG AKU TAU.! BUKAN BLOG LAIN ERK.! ^^ *bajet menang..


:: http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=38 ::


> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak..?? korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <

notakakikechik : sori entry bosan and pendek..masa 24 jam tak cukup bagi aku.. >___<  mencik-mencik!!

25 Januari 2012

Rabu Membisu ## (G.I.L.A)

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~





V.S



:: Yang mana lagi gila.? ::


> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.?.korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik : err..gambar nombor satu tu macam perli aku je.

24 Januari 2012

Pabila Cinta Bertukar Bosan

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Hello akak minachi dan mamak jiwang sekalian.!!


Perghh..bapak lama tak menjenuhkan diri dengan blog..aku dari dulu sampai sekarang duk imagine dalam fantasi bila laa kampung aku nak pasang wireless..ceh angan-angan duniawi atuk aku cakap..bapak dalam makna ayat tu..


Ok sambung cerita,
Korang jangan nak manipulasi aku laa dengan ayat korang yang tak pernah bosan dengan cinta..fakta dunia semua couple akan bergaduh bagai, akan bercerai berai and akan merasai rasa bosan dalam percintaan lantas mengeffectkan hubungan romantis tahap cipan korang..


kenapa sifat bosan dalam percintaan ini boleh wujud.?
Please laaa..come on laaa..takkan tak tahu kut..korang yang bercinta sampai tahap mata lebam coz kena pukul dengan tumit kasut bagai tanya aku kenapa.?.try korang mengingati semula saat-saat pandangan mata yang pertama.....~~~~


Kisah Diari Si Mamak Jiwang ~~

Week 1
My name is Dafi Jali..gua belajar di sekolah teeeet di tingkatan tooottt..harini, ada awek baru bertapak di kelas gua..cikgu buat perangai pulak harini suruh awek tu duduk belakang meja gua..gua pun buat muka terkemut-kemut je sebab cover macho..makwe tu boleh tahan gak..nama dia Nisa Kay..satu masa tu, gua buat-buat gatal tanya status dia, dia cakap single lagi..kalau gua dapatlaa makwe ni komfem gua pegang ketat-ketat sampaikan trakea dia tak merasa oksigen..tapi macam mana erk gua nak tackle dia.?.takkan laa nak buat muka mintak seterika pulak kat muka..ish..kacau-kacau..


Week 2
Harini ada aktiviti ko-kurikulum..gua masuk kelab PSS..gua tak tahula pulak yang si Nisa ni sekelab ngan gua..pergghh..kembang-kempis je rasa lubang hidung gua bila nampak dia dengan Samsiah bukan nama sebenar masuk dalam PSS..mata gua tak lekang dari usha dia..tapi nasib gua malang beb..dia boleh berpaling pulak time gua duk intai-intai muka dia yang mulus tuh..hasudah..kantoi-kantoi..malu beb..macam mana laa gua nak hadap hari esok yang kian mendatang ni.?!!


Week 3
Harini gua nekad nak try cakap slow-slow dengan dia..dan-dan pulak petang tu cikgu mintak sesiapa yang rajin datang hias kelas..gua dapat bau yang pasti si Nisa ngan Samsiah akan datang coz diorang memang rajin dalam bab-bab mengemas ni..nak jadi mama mithali lettew..gua pun dengan rela hati datang menolong sebab gua tahu yang kelas gua memang terkenal dengan pelajar yang kemalasannya tahap malas nak flush jamban selepas menajis so mungkin sikit yang akan datang, so gua boleh arr slow-slow tackle si Nisa ni..


Pergghhh..sangkaan gua betul..memang tak sampai 10 orang pun yang datang..petang tu, Nisa pakai baju kaler pink seluar hitam tudung polka dots kuning-kuning..memang cair hati gua time tu..kaki gua nak melangkah pun rasa kaku je..gua ternampak Nisa tengah pasang alas meja sorang-sorang..gua pun bawak arr langkah pertama..first gua buat-buat rajin sambil tanya pasal study..bila dah lemau pasal study gua ubah masuk pasal personal..


Nisa ni layan je apa yang gua tanya..kadang-kadang dia ketawa manja..alahai tergugat iman den..masa nak balik gua try usha no telefon dia atas alasan, kalau ada something urgent senang nak cari..dia bagi beb..alahaiii..indahnya dunia..kalaulaa nyawa gua ada 9 komfem tinggal 1 je time tu..


Week 4
Sejak seminggu lepas..kredik gua memang terjejas habis..dari pagi sampai ke siang nama dia je yang muncul dalam inbox..dari isu politik kiteorang masuk isu study..bila dah lemau kiteorang masuk sikit-sikit hal personal..dalam main-main texting tu gua ada laa selitkan ayat-ayat jiwang yang gua rasa Neelofa pun boleh berkenan kut..tak cukup dengan ayat jiwang gua masukkan pulak ayat-ayat caring-maring bagai..coz perempuankan suka lelaki yang caring..komfem nanti lama-lama dia terpikat dengan gua ni..


Week 5
Semalam ada senior bikin hati gua panas..boleh ke dia minat dekat Nisa Kay gua.?.perghh..memang tak arr..gua rasa macam nak tanam biji sawi je dalam pusat dia biar menderita tujuh keturunan..memang gua rasa misi gua dalam keadaan berbahaya, so untuk menstabilkan keadaan gua gatalkan mulut pi tanya Samsiah apa taste si Nisa ni..gua sanggup berubah jadi apa-apa pun demi dapatkan dia..kalau taste dia dekat lelaki yang macam Salleh Yaacob gua lagi sanggup..


Week 6
Perghh..apa kes ni sampaikan satu sekolah asyik sebut pasal Nisa depan gua ni.?.mungkin ke si Samsiah ni dah bocorkan rahsia.?.seriusly, gua suka bila orang gossip pasal gua ngan Nisa tapi gua takut Nisa je yang akan anti dengan gua nanti..gua takut kalau dia semakin menjauhkan diri dari gua je sebab takutkan gossip..please laaa jangan..gua mohon sangat-sangat..mencik-mencik!


Week 7
This is the day..the day that i will luahkan all of my cinta untuk dia..rasa di awang-awangan je bila dia terima aku time aku melamar dia bawah pokok mangga tepi surau, belakang padang sekolah..akhirnya..top up dan usaha keras aku berhasil..nak nanis! sob-sob-sob
 :')


Week 9
Hermm..2 minggu couple dengan dia..makin lama makin jemu..makin muak pulak bila dia sentiasa call aku sayang-mayang, baby-bubu bagai..hari-hari hadap muka dia je..nafsu nak pandang pun dah berkurangan..mesej pun hari-hari dengan dia je pagi petang siang malam..bosan weii..adakah ini cinta.??.rupanya cinta itu membosankan..come on laaa..err..boleh tak awak buat plastic surgery ubah muka awak ke muka Heliza Helmi.?.please-please........


Week 9/2
Weewiit..try teka!!..gua terlanggar budak form 1 masa ondeway ke dewan makan tadi wei.!!..serius muka dia macam Heliza Helmi beb..waa..gua tergoda..iman gua tak kuat beb..waaa..I.L.O.V.E.Y.O.U


.............................


SEE.????
This is my oppinion bagi side lelaki laa..side perempuan aku tak tahu pulak macam mana..tapi seriusly payah nak cari lelaki/perempuan yang tak mudah bosan dengan cinta ni, lagi-lagi yang sejenis dengan aku..aku mengaku yang aku pun mudah bosan dengan cinta..kenapa.?


Korang tak bosan ke bila hari-hari :


-> hadap muka GF/BF tu jee..
-> dia je yang mesej/call kita..
-> dia je yang panggil kita sayang, bubu, baba, bibi, bagai..ish..srabut seyh!!
-> bukak FB muka dia, bukak buku gambar dia, bukak laptop gambar dia..seriusly..tak muak       ke kalau macam tu hari-hari.?




Cara mengatasi :


:: Try korang lost contact selama beberapa hari then korang contact laa balik..dengan cara itu perasaan rindu akan terbit dalam hati korang..believe me!!


:: Jangan terlalu main sayang-sayang, kanda-dinda bagai coz korang akan mudah muak..


:: Bagi gegurls, kalau boboyots ajak dating try laa reject skali-sekala..dengan cara ini boboyots akan terasa tercabar and berusaha lebih lagi menunjukkan rasa sayang mereka..tapi agak-agak arr nak reject tu pun..jangan selalu..karang tak pasal-pasal Tsunami melanda..


:: Kawin je abis cerita


TUUUU DIAAAA...!!!..Doktor Pakar sakit hati/jiwa/cinta bagai siap bagi tips..aish..tak habis-habis entri pasal jiwang je aku ni..BAWAK-BAWAK LAAA CIPTA AZAM BARU IK WOIIII..!!
> Korang ada mata korang baca..korang ada hati korang nilai..korang ada otak.?.korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <

notakakikechik :: err..kalau pakwe Nisa Kay baca ni agak-agak sampai tak penumbuk dia kat bibir aku.?


18 Januari 2012

Rabu Membisu ## Peerrggghhhhh..

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~



> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.??..korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik : perghhh..sumpah readers aku lari kan.?? 

14 Januari 2012

Cinta Dulu And Sekarang Dah Tak Sama

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Dulu..apak ekkau sanggup mengorbankan 1sen untuk beli sebutir cekelat HACKS coz nak bagi kepada omak ekkau time dating kat tepi tasik Titiwangsa..apak ekkau dengan berpakain baju polka dots selua pink jalur-jalur bukan main gedik lagi time tuh. Macam ulat bulu merayap dalam seluar dalam pun ado hah..
Mulolaa bermain ayat bagai..berpuji-pujian bagai..puji cokap rombut omak ekkau macam sanggul tebuan la..badan omak ekkau 20-30-25 laa..macam gita pun hado..sambil apak ekkau mengedik-ngedik makin lamo makin rapat ngan omak ekkau nak pegang tangan laaa kononnyo..last-last dihulurkan jugak cekelat HACKS tadi sombil berkata "Hanya Aku Cinta Kepadamu Sayang"..perghhh..teruih tak sempat nak nikah berguling-guling atas rumput..nasib baik tak terjun dalam tasik..


WAAAAAA.....TAK KE ROMANTIK TUH.???.TAK KE HANCUR BAHASA NOGORI BILA AKU YANG TULIS.??
*abaikan bahasa negeri yang sumpah hancur di atas*


Tetapi itu semua dulu beb..sekarang nak jumpa pakwe bagi bunga kat awek pun payah beb..macam makin lama makin pupus golongan-golongan yang menceburui bidang perkaplelan sesweetan ni..*amboih bahasa..kamus dewan pun tak terbit lagi bahsa camni*


Dulu mungkin korang ingat laa kalau korang lahir pada tahun 90-an..time sekolah..korang berkenan dekat sorang makwe/pakwe ni..korang nak try pancing mana tahu kut-kut dapat anak ikan..


Perghh..bukan main tulis surat ayat cinta-cintun bagai..


Aku cinta kepadamu sayang..aku sanggup mencukur janggutmu seminggu sekali sayang..i love you, you labi air sayang..


Lepas siap tulis surat diletakkan pulak dalam sampul yang korang telah semburkan perfume cap Kinder Joy bagai, satu botol korang sembur coz nak suruh aura pengasih tu datang..then suruh pulak kawan tolong paskan..and paling tak boleh blah ayat ni..


Pecah kaca pecah gelas..
Siap baca harap balas..


Komfem or kewajiban pasti akan ada sebagai penutup..kalau takdek aku rasa berkemungkinan cirit kut si pemberi surat tuh..tapi tu dulu laaa..sekarang apa barang pakai surat bagai..tak ikut peredaran zaman kut kalau hantar ayat cinta melalui surat..


SHEKARRANG KITER ADE TWITTERRRRR..FASSEBOKKK..SEKEAIPPP..

Perghhhhhh...hangpa bercinta melalui Facebook..??..ni aku nak tanya..partner yang korang duk main sayang-sayang bagai dalam Facebook tuh korang kenai ka.??..korang pernah jumpa ka.??..aku risau takut jadi macam dalam gambaq ni jah..
Kalau kena macam tuh baru menyesai tak cukup tisu hangpa nangis..ni satu lagi aku nak habaq mai..cinta dekat FB ni just fake..mungkin hangpa habaq kat aku yang ada ja orang temu jodoh dalam FB..
WEEII.!!!.perkara tu satu dalam sejuta kut akan berlaku..korang jangan nak berharap sangatlaa akan jumpa jodoh dalam FB bagai..ni tak..baru berkenalan tak kenal asal-usul tetiba ajak couple..mana tahu kut-kut dia tu orang jahat ke..pencabut bulu hidung terkejam ke..dunia ni macam-macam weii..
And..last one..hangpa dengaq ja lah lagu ni..


........................................

Kapel itu tak haram jika kena pada tempatnya..and kalau tengah kapel tuh takyah laaa nak heboh satu FB..mungkin sekarang korang kapel..esok lusa.??


> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.??..korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik : bilalaaaa Nisa Kay nak "In relationship with" Ik Hanif erk.?? =___="

............................

12 Januari 2012

1988. This Is Real Story

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

~~ KORANG BUKAN MANUSIA KALAU KORANG TIADA RASA KESIAN, SAKIT HATI, AND SEDIH BILA BACA ENTRI NI ~~
..THIS IS HISTORY AND HORROR ENTRY..


Okkey..!!..entry ini bukan entri Jepun Attack Malaya ataupun isu Anwar Ibrahim yang tak habis-habis..bukan juga entri kisah cinta diantara Ik Hanif dan Nisa Kay yang haramjadah takkan terjadi di alam fana ini..


Firtsly..korang pernah baca tak blog yang bernama" Dunia Junko" .?.aku seriusly tertanya-tanya apa maksud Junko..kenapa mesti Junko.??..kenapa bukan Dunia Pusat Berbulu or something else.??


Once upon a time..ceeewaah..nak jugak speaking..aku tanya tuan blog tu apa maksud Junko..aku ingatkan Junko ni adik beradik Joker, Batman bagai rupa-rupanya sangkaan aku terbabas salah..Junko not something, but someone..someone who died slowly and very painful...


For more effect..lets click play.!!!

..THIS IS HER STORY..


..Junko Furuta..
..44 Hari Di Dalam Neraka Dunia..


Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka.
Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’
Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.



Seksaan-seksaan yang Junko deritai:

HARI PERTAMA:

-Diculik.
-Dirogol (lebih daripada 400 kali)
-Kebuluran dan kekurangan nutrisi
-Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
-Dipaksa onani
-Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
-Dicucuh dengan pemetik api
-Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI KE -11 :

-Dipukul berulang-ulang kali.
-Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya.
-Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag.
-Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
-Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
-Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
-Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
-Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
-Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI KE-20 :

-Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
-Dipukul dengan buluh
-Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
-Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
-Dipukul dengan kayu golf
-Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
-Dipukul dengan batang besi berulang kali.
-Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
-Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan.

HARI KE-30 :

-Lilin panas dititiskan ke muka
-Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
-Dicucuk jarum di bahagian dada
-Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
-Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
-Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
-Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
-Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
-Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk, saiz otak mengecut

HARI KE 40 :

- Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”

I JANUARI 1989 :

-Menyambut tahun baru bersendirian.
-Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
-Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI KE-44 (HARI KEMATIAN) :

-Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya.
-Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.
-Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam.
-Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.

Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.

Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka hanya didakwa atas sebab ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah.
Mungkin bukti itu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (perghh..kalau aku tahu dia kat mana sekarang aku naaakkkk sangat cabut seluruh bulu kat badan dia selai-selai..)


::Sumber Google::
..................................
Amacam..?? Baca pun dah meremang segala jenis bulu yang adakan.?? Aku percaya yang setengah daripada readers aku ni tak sanggup tengok gambar yang aku letak..and mungkin juga ada yang baca separuh je..


Try korang bayangkan perkara di atas terjadi dekat korang..agak-agak korang nak jadi pocong tak kejar diorang.??


INI MUNGKIN CERITA LAMA..TAPI..CERITA INI JUGAKLAH YANG MENJUARAI REKOD KES PEMBUNUHAN PALING KEJAM DI DUNIA..

> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.??..korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik : Walaawehh..skolah dah start..blogging pun kene kuranglaaa.. T__T

7 Januari 2012

Caye Dajah Catu!

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~


WUUUAAAAAAAAA...!!!
HIKS HIKS HIKS HOKS..!
DUPDUPDUP....DAPDAPDAP ~~~
Errr...kat atas tu bukan reaksi kucing mengawannya harap makakubukanmakkau...*suka sangat mendajjalkan bahasa negara..ish*
~~ INI ENTRY "BACK TO THE PAST" ~~


Okkey.!!..firstly..gua nak tanya..siapa readers gua kat sini tak masuk darjah satu tapi terus lompat masuk form 6.??..komfemlaa harambedah takdak kan..


SO...


Korang still ingat tak macam mana reaksi ataupun emosi korang ketika first time melangkah ke kelas..??
Time tu, aku komfem ada yang diiringi oleh ibubapa macam tuan puteri Bukit Bakar..ada yang control hensem masuk ke kelas bajet akan ada makcik cleaner tergoda..ada yang teriak menangis sambil pegang pintu kereta sampai tercabut coz taknak masok kelas..ada yang kunci pintu jamban sampaikan ibu ugut nak pecahkan pintu jamban kalau tak bukak dalam masa 5 minit..*ok yang last tu aku..*


Korang ingat tak ayat ni :


CikguUuuUUuuu....nak gi tandas..nak terkeluar dah nii..tikit je lagi niii...
*sila baca dengan intonasi dan nada yang betul*
Aku amat confident yang ramai rela tahan pundi kencing walaupun najis tu dah sampai kat hulu daripada pergi depan jumpa cikgu cakap nak pi tandas..muka komfem terkumak-kamit menahan aura yang akan keluar..
On the first day laa..lepas first day tuh aku rasa setiap kali masa pertukaran matapelajaran akan pi masuk tandas, memang tak sempurna kut pundi kencing dia haritu kalau tak pergi..


On masa rehat..nak beli makanan kena tengok member..kalau member taknak beli kita ikut jugak taknak beli..bajet sehidup semati la kononnyer..rela tak dapat makan makanan yang kita nak demi ikut kawan..*fact.!!*


Lepas siap menyentap pi main batu seremban, main cop tiang, main berlari berganti-ganti sekeliling sekolah sambil makan keropok lekor..alaaa..macamlaa korang tak pernah buatkan dulu-dulu..aku dulu lepas siap menyentap biasanya akan join kawan-kawan aku main nyorok-nyorok..macam bangang je rasa nak cari kawan-kawan yang menyorok kat sekeliling bangunan sekolah..dah laa asyik aku je yang jadi hantu..ish
Tak cukup main masa rehat sambung pulak dalam kelas..beli pemadam banyak-banyak nak lawan pemadam..siapa kalah pemadam dirampas..beli buku petak-petak buat main bingo..beli buku mewarna bajet colour cantik padahal perghhhhh...
Time cikgu start mengajar 














...............................
...........................................
.............................................
.................................................
















Korang dengar tak bunyi cengkerik tuh.??..macamtuh laa bunyi kelas time cikgu duk bagi ceramah bagai kat depan..tabah sungguh hati guru..walaupun beliau sedar yang beliau sedang memberi syarahan kepada meja-meja, dinding bangunan tapi beliau tetap bersuara..


Time balik sekolah...dengan baki duit yang ada..beli pulak ais-krim pop 10sen sebatang..patah 2 dengan kawan kerana kawan buat muka bajet cute mintak kentut dimukanya dekat sebelah kita..
Sambil makan ais-krim pop sambung main cop tiang..main bola pakai penutup botol bagai sampai ayah or ibu mai ambik dengan keadaan baju kita yang basah berpeluh mengalahkan Safee Sali training menyelam berirama..ok abaikan..


...........................................

...WE CREATE A VERY WONDERFULL MEMORIES, MISS THE MEMORIES AND HOPE IT WILL REPEATED SOMEDAY...


> Korang ada hati korang nilai..korang ada mata korang baca..korang ada otak.??..korang pikiaq arr sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik : Aku rindukan time tuh..rasa jeles je bila tengok adik-adik aku main lari-lari pakai skirt pusing satu skolah.. T_____T..

LETS BUILD A TIME MACHINE..!!!!!