10 Mac 2012

AWAS! Perempuan Period Di Hadapan

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Hyep si teruna idaman dan si dara pingitan sekalian.!!


Perghh..agak berminggu aku berhibernasi..almaklumla musim mengawan dah dekat..aku taknak terlepas nanti.!!.walaupun muka aku seiras ikan paus tapi aku bernafsu kuda kepang tau.!!.apa.?.muka aku memang seiras ikan paus.?.KURANG AJAR!!


Ok sambung ke topik..firstly aku tahu ramai kaum lelaki yang kat luar tu kadang-kadang agak frust tertonggeng dengan perangai gegirl diorang yang asal seminggu dalam sebulan je mesti garang and sensitif tak tentu pasal..kadang-kadang berebut cokelat Hudson pun boleh menyebabkan brake.!!


Dalam keadaan berbahaya ni, kita sebagai kaum lelaki haruslah memahami kaum wanita..korang janganlaa pulak time-time diorang tengah period korang mempersendakan diorang dengan cara menampal pad kat dahi, ketiak or dimana-mana..karang daripada korang yang memang tak pernah period tetibe period akibat disantau oleh si kekasih..*kejadian ni pernah terjadi.!! kut*


Sebelum ni aku pernah laa jugak menanyakan soalan yang agak berani mati dekat seorang kawan perempuan..

::Aku :: 

Err..kenapa korang selalu naik hangin tak tentu pasal macam pekena minyak mastika je time peyed.?


::Girl::
Ko pernah derma darah tak.??..lepas derma darah komfem-komfem ko akan letiiih saaaaaangat..tu baru satu packet..aku challenge ko try derma satu baldi then meh aku bergurau main cubit-cubit pipi,dahi,perut ko and tengok apa reaction ko..


::Aku::
Mungkin pusat ko akan tumbuh pokok salak kut.. -______-


From the conversation kita boleh tengok yang kalau nak dikira tahap kesabaran seorang Hawa sangat tinggi jika nak dibandingkan dengan lelaki pada zaman sekarang..so face the fact laa boys sekalian..aku berani bet kalaulaa lelaki yang peyed, komfem-komfem akan banyak kejadian bunuh-membunuh, tikam-menikam and sebagainya berlaku..komfem tak sampai seminggu habeh sebuah negara.!!.kalau setahun.??
So..apa yang boleh kita lakukan ketika girlfriend kita tengah period bagi mengelakkan perkara buruk berlaku..


Perkara buruk boleh berlaku.? like what.?
Clash, awek merajuk, kene tumbuk and kalau awek korang tu agak brutal aku rasa habeh lobang hidung korang tumbuh paku pakis !!


Bagi mengelakkan semua itu berlaku..this is the tips..


:: Emosi Tak Stabil ::


Aku tahu yang korang semua memang minat bebeno bergurau dengan awek korang..tapi kalau boleh cuba elakkan at that time kerana dalam keadaan emosi awek korang yang tak stabil tu kekadang boleh menyebabkan dia mudah marah walaupun niat korang hanya ingin bergurau..


" Hai dahi jendol..dah cukur bulu kening ke belum malam ni.? "


You think that just joke..but for she.. "ARRRGHHHH.!!" .. so beware lelaki!.!!
:: Choclate pengubat emosi ::

Choclate adalah hati wanita..try korang bagi awek korang cekelat like cadburry ke kit kat ke..tapi korang janganlaa kedekut sangat..contohnya kalau cadburry korang bagi separuh je..kalau kit kat pulak korang patah 2.. =__= ..Tapi kalau awek korang tu memang tak shukewkan choclate korang jangan buat lahanat pulak pi buat iklan cadburry depan dia..memang makan tapak kasut tumit tinggi laa..


:: Jika Ditanya ::


Jika awek korang mintak pendapat korang macam


" Awaaaak, badan kite macam mana.? slim macam mak dara tak.? "
" Yoouuuu...baju I ni chantek tak.? "


Jangan sesekali jawab yang badan dia tembam macam brownies or teletubies.!!..and walaupun baju yang dipakai amat menjelikkan like baju kuning-kuning polka dots oren yang dipakai pada waktu matahari di atas kepala..anggukan kepala anda.!!.jangan geleng kalau taknak ambik risiko..
:: Bagi Si Dia Hadiah ::

Tak salah aku rasa kalau sekali sekala korang bagi hadiah dekat makwe korang..tapi hadiah tu biarlaa yang sweet-sweet jangan pulak korang bagi selipar jepun masjid dekat dia..apa kata korang bagi hadiah macam kotex ke..febrees ke..JANGAN KORANG YANG PAKAI PULAK.!!.korang nak pakai dekat mana.? dahi.? ke korang nak buat topeng H1N1 pakai pad tu.?


................

Aku rasa cukup laa 4 je..kalau banyak-banyak korang bukannya nak baca..korang baca tajuk then scroll-scroll ke bawah..buat letih aku je menype.!! :p


> Korang ada mata korang tengok..korang ada hati korang nilai..korang ada otak.? korang pikiaq laa sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: Couple not easy..so get ready..