Geng Berus Gigi..

29 April 2012

Jiwa Kami Kosong Sebab Kami Benci Politik !

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Haip si pencanang and pembakang sekalian..
Sejak-sejak ni komfem korang dah tahukan yang Malaysia tengah sibuk dengan masalah politik bagai..kejap menteri tu masuk bilik, kejap geng tu buat demotrasi, kejap geng lain pulak datang tak puas hati..ni timbul pulak Bersih 3.0 la kononya..puih-puih!


Seriusly aku nak tanya, korang tak bosan ke bergaduh, berdebat tak habis-habis.?.mungkin orang-orang politik yang kat luar tu boleh cakap yang


" Ko budak ape tahu.?.bawah tanggungan mak bapak..kencing pun tak pandai target lagi."

Tapi korang tak pernah terfikir ke yang korang pun masih kencing berdiri.?.sekarang, korang bukak paper kebanyakannya berita mengenai pembesar tu ada scandal, pembesar ni makan rasuah, geng tu buat demotrasi..mana pergi berita-berita anak luar nikah, kes bunuh diri, kes denda penjara bagai.?


Sekarang, korang cakap yang bersih adalah untuk keadilan..jadi, kejadah apanya korang buat sampah ngan lahanat kat tempat bersejarah.?.tu bukan bersih, tu kotor!
Tak boleh ke kalau korang bersatu and bina semula negara.?
Kalau benda ni terus macam ni aku komfem 2020 and Malaysia hanya sekadar tahun and tak ada apa-apa makna..so, korang pilihlaa..korang nak


or
Kalau korang nak teruskan dengan perbalahan politik, teruskanlah..tapi jangan menyesal and tanya kenapa anak bangsa akan datang punah and tak jadik manusia.. 


JIWA KAMI KOSONG BUKAN SEBAB TAKNAK AMBIL TAHU HAL SEMASA,
KAMI KOSONGKAN JIWA KAMI SEBAB TAKNAK TERLIBAT DENGAN JIJIK POLITIK !


> Korang ada mata korang tengok, korang ada hati korang nilai..korang ada akal.? korang fikir laa sendiri..Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Jangan salahkan golongan akan datang kalau korang tak boleh berfikiran matang !


28 April 2012

Guys, Angan-angan Kita Menjadi Kenyataan

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Hari ini telah tiba wahai sahabat..hari yang kita semua kaum Adam tunggu-tunggu..angan-angan yang dahulunya menjadi permainan minda, kini dapat dilihat melalui mata..hanya lelaki yang faham..


Ini bukannya ucapan sambutan persaraan guru besar tuan-tuan dan puan-puan..sudah menjadi lumrah lelaki dengan superheronya manakala gegirl dengan barbie dollnya..tapi barbie doll ada tak bergabung menjadi satu macam Avengers.? YES! itulah angan-angan lelaki normal macam aku..ingin melihat semua superhero bergabung mengalahkan orang jahat..DUSH-DUSH..


So guys, jom kita kenal hero-hero dan heroin kita..


General Nik Fury-fury
 (bukan nama kucing aku)
- Pengasas S.H.I.E.L.D
- Masih single
- Mata sebelah kanan injured kerana adik tolak masok longkang
- Sekarang sedang gigih berusaha menggunakan pelbagai produk Clorox untuk memutihkan kulitnya


Kapten Amir Reka 
- Memiliki kekuatan luar biasa
- Badan ketul-ketul dan muka yang hensem mengalahkan Aaron Ajis boleh mencairkan beribu hati wanita
- Sebelum menjadi superhero pernah bercita-cita untuk menjadi model baju kebaya


Iron Meng
- Sut yang cool and hebak yang membuatkan beribu-riban lelaki nakkan sut tersebut termasuk aku
- Kaya, bijak and Playboy
- Sedang berusaha mencipta ubat kentut wangi


Thor 
(bukan anak buah Harun Salim Bachik)
- Anak dewa kilat yang dibuang ke bumi
- Tukulnya mak aih..power bebeno..
- Masih mencari jalan bagaimana untuk bercinta dengan 3 orang dalam satu masa
- Pernah menjadi duta Rejoice


Hawkeye 
- Pemanah yang kalau target komfem kena
- Pernah masuk olimpik di dalam acara memanah tetapi diterminate kerana tertukar antara target dengan kepala pengadil


Black Widow
- Errr...yang ni aku tak khatam lagi power dia..aku rasa dia boleh kenyit-kenyit mata kut..


Hulk
- Nerd tapi kuat gila-gila bila marah..
- Jangan sesekali ajak dia main cop tiang kalau taknak kena pijak




Jom layan trailer diorang yang super awesome

Kompem gua orang pertama yang download movie ni nanti..so, korang..kalau korang diberi pilihan untuk jadi hero..korang nak jadi hero apa and kenapa.?
> Korang ada mata korang tengok, korang ada hati korang nilai..korang ada akal.? korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <


notakikechik :: Aku nak jadik Iron Meng kalau boleh tak mak tak kacik, dia cakap nanti kalau nak basuh baju kene renjatan eletrik..menchik!

22 April 2012

Mak Suruh Kahwin !!

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Haip to all insan-insan yang kesunyian and despreated sangat nak carik jodoh..what`s up.?


Baru-baru ni aku ada lancarkan sebuah program realiti yang bertajuk " Mak Suruh Kawin "..program ni sesuai sangat untuk belia-belia yang bapak maknya udah membebel suruh kawin sebab maknya tak sabo-sabo nak menimang cucu manakala bapaknya pulak tak sabo-sabo nak buat lobang kat dinding bilik korang disertai oleh abang-abang and adik-adik lelaki korang..


So, jom kita tengok calon-calon yang terpilih melalui ujibakat yang sangat mencabar, ye..korang hingat senang-senang nak kawen.?.kalau senang sangat nak kawin kompem-kompem nenek janda yang melaram dekat belakang rumah aku ni dah kawin..ceh..monopos tak hingat!


Calon-calonnya (klik nama jika ingin pergi ke blog diorang)


Masih bercuka getah..memiliki hobi menggulung wire charger laptop menggunakan ibu jari kaki..antara kriteria yang dicari adalah memiliki bulu dada sekurang-kurangnya 4 cm panjang.

Baru akil baligh Selasa lepas..pernah mewakili sekolah di dalam acara katis bulu beruk dan berjaya mendapat nombor 3 di dalam acara lari di dalam kain kafan berjemaah..kriteria yang dicari haruslah pandai mengkafan..

Bekerja sebagai mak andam di sebuah pejabat pos..pernah diberhentikan bekerja kerana suka mengigit kertas A4 ketika menaip..kriteria yang dicari, mesti memiliki misai bercabang empat dan juga tokei kedai A4.

Menetap di Kelantan dan memiliki kemampuan untuk menulis menggunakan hidung..pernah 3 kali reject rombongan Doktor Rozmey dan sedang mencari insan yang pandai mengorek hidung menggunakan jari kaki.

Seorang yang masih lagi dibawah tanggungan ibu bapak..sangat suka mengulum biji sawit dan pernah mempunyai cita-cita untuk menjadi pokok sawit..kriteria yang dicari mestilah pandai memasak gulai lemak cili api..

bukan gambar sebenar
Pernah mengajar di tadika tetapi diberhentikan kerana cubaannya untuk mencuri sekotak lego..kerja sekarang ialah mentoncang ekor kuda di sebuah kandang kambing..kriteria yang dicari mestilah memiliki janggut supaya mudah ditoncang malam-malam..

Nama sebenar ialah Samak binti Sammaikel ketika di Bangladesh dan tukar namanya kepada Zafira Othman ketika kembali ke tanah air..sangat pandai bercakap dengan ikan sehingga pernah menangis ketika ibunya menggoreng ikan celup tepung..

Mempunyai tabiat suka mengepit kepalanya di celah laptop dan pernah dihantar ke hospital kerana kepalanya terlekat di celah kerusi..kriteria yang dicari mestilah seseorang yang pandai mengeluarkan kepalanya jika terlekat di celah peti ais pulak.

Seorang yang baligh secara paksa dan suka mengendap kucing mengawan..kadang-kadang merakam perbuatan kucing-kucing tersebut..pernah ditahan kerana mukanya seiras-iras Osama bin Ladin..kriteria yang dicari mestilah memiliki bulu pusat yang beropol dan berbulu lengan..

bukan gambar sebenar
Mempunyai hobi menfosilkan tulang-tulang ikan kerpapu,ikan keli dan segala jenis ikan lagi di dalam frame..pernah diminta bekerja di TV 3 sebagai cleaner tetapi beliau menolak jawatan tersebut dengan alasan tak pandai membezakan penyapu dan kamera..kriteria yang dicari mestilah seorang yang hensem dan mempunyai ukur badan 45-30-60

Seorang model tudung cap gajah menonggeng..suka memakai tudung dengan pelbagai gaya termasuk tudung saji..kriteria yang dicari mestilah pandai menolong beliau memakai, mensterika dan melilit tudung.

LELAKI yang memiliki wajah yang menggoda..pencapaian terbesar beliau setakat ini ialah berjaya menggoda beberapa orang blogger hot untuk menjadi skandalnya..pernah memenangi acara cium pokok getah bertubi-tubi dan mendapat tempat ke-2 di dalam acara tersebut..kriteria yang dicari ialah tahan maki, tiada sakit jantung dan rela dibuat bini.!

######
Amacam.? semua calon-calon hot-hot and hensem-hensem belaka kan.?..puih-puih..so, ada tak yang nak hantar rombongan meminang.?


Try korang komen dekat bawah ni yang mana satu yang korang berkenan..mana laa tahu kut-kut aku boleh tulun ushakan..YANG PENTING DIORANG SEMUA LONELY..kut


> Korang ada mata korang lihat, korang ada hati korang nilai, korang ada otak.? korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: Entri ni hanya gurauan semata-mata bagi mempromote blog diorang..so don`t take serius OK.. ^^

17 April 2012

Pemalas !! Menyusahkan Mak Bapak, Puih-puih


~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Hyep geng !


Tajuk dah macam memperli korang kan.? ye aku tahu kerana aku pun turut terasa..entri ni bukan entri tak puas hati tetapi sebuah entri kesedaran kepada ibu bapak korang yang selalu mentioned korang sebagai pemalas, pentido tegar, pengongline tegar dan segala benda yang melibatkan kemalasan..so, try bagi mak bapak korang baca entri ni bagi menyedarkan diorang betapa beruntungnya diorang coz dapat anak yang pemalas macam korang..disebabkan korang pun dah malas nak baca mukaddimah ni so korang scroll je la.


~~ THIS ENTRY SPECIAL UNTUK EMAK BAPAK YANG TAK MENGHARGAI ANAK MEREKA YANG PEMALAS SEPERTI AKU ~~

Ada ramai kanak-kanak dan remaja yang dekat luar tu yang tengah
Mendadah !
Merempit !
Merokok !
Mendajal !
Mengawan !
And ketika diorang tengah buat kerja yang terkutuk tu, aku tengah

Memproses mimpi yang pasti bukan basah
Apa kegunaan perut yang besar selain dari tempat meletakkan makanan.?
Ibu and ayah tak pernah terfikir ke betapa beruntungnya ibu dan ayah.?.terimalah kami seadanya..siapa yang cakap pemalas ni tak berguna.?.So geng ! let's be lazy.!!!


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang lihat, korang ada akal.? korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Nak jadi pemalas boleh, tapi biarlah pada tempatnya..jangan ko ikut macam aku.. 

14 April 2012

Gambar Dan Feeling [1]

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Entry ini ialah entry bergambar..di sebalik gambar yang akan korang tengok akan ada maksud tertentu..so layan je lah...errr..gambar Neelofa pakai baju paras pusat, seluar paras lutut kat blog lain harap makyah!
..............................
...........................................
..............................
:: Gambar 1 :: 
Fakta!

 :: Gambar 2 :: 
Kalau boleh aku nak buat dekat bakal makwe aku..err..ok tarak sesiapa yang nak aku.. T_T

:: Gambar 3 ::
 Lot`s of meaning..

:: Gambar 4 ::
KEEP SURVIVE.!!


> Korang ada mata korang lihat, korang ada hati korang nilai..korang ada akal.? korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Gambar juga ada maksud yang tersendiri ^^ 

11 April 2012

Aku Tak Cacat !!

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Hai awok-awok sekalian..


Pernah tak korang digelar cacat.?
Korang rasa orang yang buta, takdek mulut, takdek telinga ni jijik and menggelikan ke.?
Apa yang korang akan rasa bila orang lain yang gelar korang cacat.?


Actually tujuan entry ni ialah aku tengok ramai orang zaman sekarang yang selalu "euuuw" dan "uwwweek" bila tengok orang cacat..korang hingat mentang-mentang orang cacat ni kurang kemampuan korang target diorang alien.??


Pernah tak korang digelar cacat.?


Kalau pernah, macam mana perasaan korang.?.kalau korang spesis macam harimau period, memang bertembung laa dinding dengan kepala kawan korang tuh..kalau orang gelar korang cacat walaupun realiti korang cukup sempurna fizikal dah naik hangin ni sahkan pulak member kita yang kurang upaya tuh..


Korang rasa orang yang buta, takdek mulut, takdek telinga ni jijik and menggelikan ke.?


Aku tahu komfem akan ada yang terkemut-kemut tutup mata bila tertengok orang cacat yang takdek mulut ke..hidung takdek lobang ke..hidung tak mancung ke..ok yang last tu korang..tapi perlu ke korang "eeuuuww" and "uuweeekk"kan diorang.?


Bagi test keprihatinan korang meh nak try test sikit..


Suatu hari korang ternampak ada seorang macha sedang jual aiskrim..
Abaikan nama kedai tu.. =-=
Tiba-tiba seorang budak yang mengalami penyakit sindrom down datang untuk membeli aiskrim tersebut..
Lepas bayar, dia pun menjilat aiskrim tersebut..tiba-tiba aiskrim yang dipegang oleh budak itu terjatuh..
Dia mengambil semula aiskrim tersebut sambil membuat muka innocent, dia ingin menjilatnya semula..apakah reaksi yang korang akan buat.?.adakah korang akan tengok and ketawa je.? or doing something else.?
........................


Aku pernah layan sorang budak yang ada penyakit sindrom..dia ceria and happening gila aku tengok sampaikan aku pun jeles..tapi percayalah..kalau dia mengangis..kita akan turut menangis..
MEREKA TAK CACAT.! MEREKA HANYA KURANG UPAYA. BUKAN DIORANG YANG MINTAK..TUHAN NAK TRY DUGA..
> Korang ada hati korang korang nilai..korang ada mata korang lihat..korang ada akal.? korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: Back to persoalan yang kat atas tadi..apa yang korang akan lakukan kalau korang terlihat kejadian tu.?