Geng Berus Gigi..

30 Mei 2012

Shisha ? Not So Bad Laa. Ada Kebaikan Apa

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Hyep geng hookah sekalian..dah berasap ke belum harini.?
Topik shisha makin berkembang pesat di negara Malaysia kini. Apakah ini yang dipupuk oleh bangsa dan negara? Apakah makna semua ini? Ecece..Intro macam Hasbullatif Awam mengacara program memasak pulak.


Lets continue. Tadi aku bukak mukabuku and perhati satu geng ni duk berborak pasal shisha. Memang dalam otak aku terbayang-bayang yang baik gilalah menatang ape tu shisha. Aku ingat sepisis tenuk terbaru tapi bila start diorang cakap pasal keluar asap bagai mulalaa aku fikir "Mak aih..tenuk jenis apa yang berasap bagai ni.". Bila di google-guli rupanya tenuk besi ni rupanya.
Then selepas beberapa reasearch baru aku tahu yang benda ni untuk dihisap bukan untuk dipelihara mahupun dibuat gulai. Rupa macam rokok zaman Lang Buana tapi yang ni lagi terer beb. Kalau yang dulu hisap satu perisa je yang dia keluar tapi yang ni pelbagai perisa dia ada. Korang cakap je nak perisa apa asalkan jangan korang mintak perisa yang mengarut macam gulai masak tempoyak, kari ayam, ayam masak merah and others. Tentang kebaikan mengshisha? Banyak beb!


1.Dapat Mengamalkan Sikap "Sharing Is Caring"


Benda ni jarang orang hisap sesorang coz kurang nikmat. Lebih baik hisap secara berjemaah bagi meningkatkan daya kardiovaskular untuk mengular hisap natang ni. Eh, kira bagus apa berkongsi pipe dari berkongsi jarumkan? Kalau sorang ada HIV semua pakat kena ye dak? Kan dapat memupuk sifat persahabatan antara korang. 


Lagi satu, time duk hembus-hembus asap depan muka kawan-kawan perghh, nikmat beb. Dia punya asap keluar macam jerebu. Dengan nikotin, tar merabak masuk dalam dada perghh, syok-syok. Tangkap gambar buat DP mukabuku komfem mak bapak korang bangga.

2.Dapat Mengeratkan Silaturahim


Kalau dah layan secara jemaah mana tak datang silaturahim. Mencurah kut jatuh dari langit silaturahim. Sambil-sambil layan, sambil-sambil usha awek meja sebelah lagi banyak silaturahim yang bergolek. Part yang paling best, time berebut nak hisap. Alaaa, korang bayangkanlah satu pipe nak kongsi 5 orang mana sempat. Dahla sesorang paru-paru besau gedebak. So terpaksalah menerajang antara satu sama lain. Kan banyak silaturahim yang terjalin tu. 

3.Tempah Seawal Yang Mungkin


Korang tahu kan yang shisha ni 450 kali ganda bahaya dari rokok? Bayangkan kalau la seminggu 3 kali korang layan. Hermm, dalam masa 7 tahun dah boleh kut tempah awal-awal. So, ambillah peluang yang masih ada untuk menempah inci kain kafan mahupun kubur anda samada mahu diletak lampu liplap disekeliling bagi nampak meriah mahupun pokok krismas sebagai hiasan. Die not so hard right? Lagipun, everybody will die anyway. Right? Kan?

4.Derma Duit Kepada Hospital

Well, dengan menshisha korang boleh mempercepatkan penghidupan sel-sel berbahaya like kanser or whatever and 70% senang dapat penyakit jantung. That`s cool right ? Weh, berbanggalah sebab korang merupakan bakal pesakit-pesakit jantung yang akan menderma duit setiap minggu untuk beli ubat dekat hospital. So hisaplah dengan gigih dan padu supaya cepat mendapat sakit jantung coz makin cepat dapat, makin cepat korang boleh menderma. Hep, mendermakan suatu amalan yang mulia. So what wrong?

5.Hukum Cakap Tak Boleh Rokok Je, Shisha Bukan Rokok!

Hukum-hakam? Eh, rokok je yang tak boleh, shisha boleh je. Kalau ye pun berdosa, matikan lambat lagi so masih sempat nak bertaubat. Bak kata pepatung "Tua-tua baru insap la woi!". So let`s menshisha!




> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang perhati, korang ada akai.? korang fikir la sendiri..Assalamualaikum <

notakakikechik :: Siapa makan kari dia yang terasa mamak..eh betul ke peribahasa aku tu.? macam lingkup je

28 Mei 2012

Eh, Bang Ben ? Oh Bukan Eh ?

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Hai geng berketak-katik. Macam mana tahap pencapaian bau kentut korang ? Masih berbau longkang ? Jangan Risau Sebab
Ok abaikan pasal kelongkangan bau itu buat sementara waktu..scroll down 
Tak percaya eden bila ada orang cakap yang muka ni
Ada iras muka ni
Pelis laa dik, badan abang tak berketak-ketak macam bro macho anak sorang kat atas tu..dah laa tak berketak-ketak dahtu muka abang macam kena seret dengan tar jalan je dik..pelis jangan puji abang se "ex-trem" begitu dik..eh kee ko nganjing gua ni dik..baik lu ngaku dik..


Papefun, gua dengan abang Ben takdak kena mengena begitu juga hubungan gua dengan Nisa Kay yang tak akan kemana-mana..


By the way, lets check it dout blog adik tu..
Err..serius ke muka gua ada rupa Bang Ben.? alaa..taknak bang Ben..aku nak Ramli Sarip!


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang perhati, korang ada akal.? korang fikir la sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: Dalam dunia ni ada 7 orang muka serupa.. ^^ kut


27 Mei 2012

Lu Berani Lu Masok!

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~


Hai geng kaki berkutu..whats up.?
Kenapa bulu itu ada pelbagai jenis.?
Kenapa perempuan mesti berambut panjang and lelaki mesti berbulu dada.?


Entri aku pada hari ni takdak kena mengena dengan persoalan di atas..tu just soalan test paper Mathematik yang aku failed nak jawab..cikgu ajar nombor yang masuk soal pasal bulu ni pehal woi! berbulu mata aku nak menjawab..tak pernah pulak aku kira bulu-bulu yang duk mengovulasi atas badan ni..lain kali tanya laa soalan macam mana nak lipat kepala kawan bagi muat dalam refrigerator ka, cara-cara mandi junub dengan tatatertib ka, baru boleh aku jawab.


Zaman sekarang memasing nak meng"genster"kan diri right.? mungkin diorang fikir dengan memukul orang lain akan kelihatan cool di mata para wanita, or dengan memakai tatoo, rantai beruk berbagai dapat menyenangkan mereka untuk memasuki syurga..tapi hakikatnya masing-masing penakut..
Kalau mereka berani kenapa setiap kali nak pukul orang mesti ajak geng.?.kenapa mesti mereka lari time polis datang.? diorang ingat kejadah apa polis nak main polis anti ngan diorang.?


Memang laa korang takut..aku kalau terserempak dengan diorang pun berkemungkinan mencacai najis aku terabur tapi just nak cakap dekat geng-geng yang berlagak gangster kat luar tu.


Korang raja kat dunia, 
akhirat belum tentu bro..

Korang mencanai orang kat sana-sini..
belum tentu orang lain tak dapat canai lu balik bro..

Gua percaya lu kuat time lu ramai geng ja..kalau lu sorang-sorang, kena lenyek jugak..lu pun manusia macam gua, sekali kena bom mati jugak..jangan berlagak please..
kalau setakat gengster camni takyah laa..buat malu je
Gua paling takleh bla bila tengok budak-budak sekolah dah pandai buat ta`ik kat dunia..damn macam menganjin nama sendiri je..papepun


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang baca, korang ada akal.? Korang fikir laa sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: Gengster akan lemah kalau berseorangan.so agak-agak ada yang nak bunuh gua tak.? err..Inspector Sahab Bombay mali cari gua bodyguard please..

23 Mei 2012

Bulu Dada Itu Suuwwweet !

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Whats up geng.? still gigih membajak bulu dada.?
Sejak dua menjak ni duk bising dekat home pesbuk aku menyatakan bahawa lelaki yang berbulu dada amat sweet..aku pun tak nampak di mana sweetnya bila seorang lelaki berbulu satu badan..nak cakap macam mawas rasa macam menghina diri sendiri pulak ! 


So, dengan ketabahan hati aku yang berbulu-bulu memikirkan faktor kenapa perempuan sukakan lelaki berbulu tiba-tiba terbit satu formula dalam otak aku


Perempuan = bulu kucing  X Comel
                       gentel


Mungkin ini merupakan faktor kenapa perempuan sukakan bulu..ceh tak dapat gentel bulu kucing bulu manusia pun korang hadam.?.tu nasib baik bulu dada yang korang gentel kalau bulu lain.? tak kuasa eden nak melayan.


Please laa jangan bermain dengan bulu, korang tahu tak kerana sehelai bulu boleh menghilangkan nafsu makan seseorang.? just like korang pergi makan dekat sebuah kedai mamak, punya laa korang order nak makan mee goreng celup tepung bagai tapi bila sampai je makanan korang, tiba-tiba ada sehelai bulu yang melekat dalam pinggan..


Kalau straight and lurus je korang boleh buat spekulasi sebagai bulu rambut tapi kalau bulu tu pendek and kerinting adakah korang akan terus berada di kedai itu tanpa sebarang syak wasangka bahawa korang telah termakan nasi kangkang Mamak tersebut.?
Azabnya beso kalau korang cakap jenis macam ni sweet
Jadi, aku tak nampak di mana sweetnya ada bulu ni..tapi kalau korang gigih jugak nak ada bulu dada tapi hormon pertumbuhan tak kuat so korang bolehlah blander baja organik and minum air tersebut bagi mempercepatkan pertumbuhan bulu..tapi kalau pusat korang tumbuh lobak korang jangan saman aku !


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, Korang ada akal.? korang pikiaw laa sendiri, Assalamualaikum <


notakakikechik :: Nanti aku nak buat entri pasal "Wanita bermisai and berbulu dada itu sweet gilos" boleh.?
ERK!

22 Mei 2012

Oh Imaginasi

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Hai si pencipta imaginasi sekalian..whats up.?
Kalau aku tengok dari bentuk muka and posisi jerawat sorang-sorang kompem korang kuat berangan betul dak.?.so, pernah tak korang terfikir apabila angan-angan korang menjadi kenyataan.?


Aku dulu pernah berimaginasi tahap hujan makanan jatuh dari langit..alaa macam dalam cerita kartun "Cloudy With A Chance Of Meatballs" tuuu..sekali cheesburger jatuh dari langit daaa..agak-agak kalau durian yang jatuh ada arwah tak kawan tu.?
Try korang bayangkan kalau korang boleh cipta mesin tu dekat belakang rumah korang and setiap kali korang nak melahap korang just perlu masukkan kod makanan je..tak perlu lagi dail 96008 tupai-tupai..tak perlu lagi korang meraung-raung mintak mak korang masak..


genius right.?


Jadi, dengan adanya mesin ni aku boleh mintak apa sahaja yang aku nak lahap..firstly aku nak makan makanan tradisional yang semakin pupus and makin mahal sekarang..nanti bolehlah aku cekik rendang, ketupat, satay bagai..tak payah sibuk-sibuk nak beli..wah ! demand tinggi..puih-puih
About minuman pulak.


Aku tak main air Coke, Pepsi bagai ni..tengok sipi-sipi je..buat hafe minum.? buat reput gigi bolelaaa..so sebagai rakyat Malaysia yang selalu menyokong menteri-menteri aku haruslah memartabatkan minuman-minuman Malaysia..


Dengan adanya mesin ni, aku boleh laa membasahkan tekak dengan mintak air cendol and ABC..dengan adanya mesin ni jugak aku boleh mempratikkan air baru seperti air durian, air ayam serama mahupun air rumput hijau..ekau hingat lembu.?


Ermmm..apa lagi erk yang aku nak..


Oh tang buah pulak..kat sini kalau nak makan buah kena tunggu musim..jadi dengan mesin ni korang tak payah nak menjenuhkan diri tunggu pokok berbuah..just masukkan kod and serta merta buah tu terjun dari langit..


Dekat rumah aku ni, masing-masing hantu durian..kalau bapak aku beli sekebun pun belum tentu cukup..jadi try bayangkan korang dapat lahap buah durian hari-hari tanpa berebut dengan adik-beradik yang lain..
Ok, aku dah sent kod and dalam masa beberapa minit lagi suatu fenomena yang jarang berlaku akan terjadi iaitu hujan durian yang super dasyat ! 


In
3,2,1 


Debushh


"Machang: Penduduk sekitar kampung Belukar kini berada di dalam keadaan yang amat kucar-kacir. Kejadian ini berlaku kerana hujan durian yang turun bagaikan bom atom telah melanda kawasan ini. Laporan terkini, seramai 14 orang cedera dan 2 orang arwah disebabkan oleh kejadian itu. Kes ini masih disiasat oleh pihak polis dan pihak polis masih mencari seorang lelaki malaun yang tidak bertanggungjawab mengawal imaginasi beliau." -Hariang Metri


Apa imaginasi yang paling gila korang pernah fikir.? share laa sikit..


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada akal.? korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Diputarbelitkan dari entri Bro Fik


Jom like page aku sat -> https://www.facebook.com/Ikhanif

19 Mei 2012

Edisi TrololololololoLOL

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Hai kaki troll sekalian !!
Sometimes we need something to make we smile..
Mungkin gambar-gambar kat bawah ni ada yang 18SX..so, anggaplah ini semua sebagai girauan..^^





Yang ni tengok berkali-kali pun tak pernah bosang..bhahaha
And lastly..Happy teachers day to all teacher in the world termasok geng-geng yang pernah mengajar aku termasok yang ajar main gasing and main guli..
" Smile and always smile "

Aku sentiasa pegang ayat tu..walaupun kita berada di dalam keadaan sedih, stress, and marah..just senyum and abaikan perkara di sekeliling anda and just buat kerja korang..jangan sesekali biarkan seseorang kawal perasaan korang..


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada akal.? Korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: Senyum tak payah kalau korang dah pandai cara mengawalnya.. 


18 Mei 2012

Selamat Hari Ibu, Ibu

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Haip geng gedebab and gedebik sekalian..

Aku bila lama tak update blog mulalah sindrom "taktau nak buat intro celah mana" datang..haa! tang intro pun dah jenuh pikiaw sampaikan ambik masa 15 minit inikan pulak isi dia..dah la post lewat!



Melalui tajuk komfem korang dah dapat agak yang entry ni just special untuk insan yang bergelar guru and ibu je..so, bagi bapak-bapak and bukan guru sila sibukkan diri anda dengan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti menyental tenggiling mahupun menyental daki-daki yang terselit di dalam pusat mahupun di celah-celah ketiak dengan menggunakan sabut kelapa..


Ok, done mengarut continued to entry..


~~ Insan Bergelar Bonda ~~


Dulu, ibu cakap aku buas..time aku berumur setahun, ibu cakap aku pernah merangkak sampai atas jalan..tak dapat aku bayangkan macam mana aku boleh panjat pagar rumah time tu..


Masa umur aku 4 tahun, aku pernah excident dengan kereta,parut kesan tayar cap dunlop ada lagi kat bahagian peha aku sekarang sebagai tanda kenang-kenangan..selama aku tak boleh berjalan, ibulah yang menyuap makan, minum aku..time aku nak pi tandas dialah yang bersusah payah tolong pimpin aku sampailah kaki aku baik..
stail bergambo macam aku jugak taknak pandang kamera!
Kenangan yang paling aku tak boleh lupa time umur aku 5 tahun..aku terjatuh and kulit lutut aku terkoyak..time tu aku melalak menangis..ibu sedaya upaya try pujuk aku..tapi aku terus menangis..last sekali, beliau belanja aku air ribena kotak yang 2 hinggit time tu..terus aku diam..


Time kecik-kecik dulu, Ain Dzaya memang tak suka bawak aku pi taman coz takut aku kacau dia main polis anti want to jaga, polis mati pencuri jaga..tapi ibu paksa jugak dia bawak aku..and setiap hari Ain Dzaya selalu kena marah dengan ibu sebab buat aku nangis..ye aku tahu she so annoyingkan.? hahaha..


Kalau nak dikirankan banyak lagi memori-memori indah..tapi macam la korang nak baca.puih puih..and sekarang, ibu masih membimbing kami sekeluarga sementara ayah sibuk mencari nafkah..from the history, she is my rainbow..


Setiap insan yang bernama ibu ialah insan yang istimewa..korang tak pernah terfikir ke macam mana diorang boleh buat semua kerja di dalam satu masa.? itulah kuasa yang dimiliki oleh setiap insan yang bernama ibu..
So, hargai lah diorang macam korang hargai girlfriend korang..


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada akal.? korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <


Notakakikechik :: better late than never kan.?  ^^

12 Mei 2012

Brake Up History (Bukan Versi Euw Euw)

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Haip macholien and cuterilian sekalian..
Setiap yang bercinta 70% komfem akan putus..
And bila dah berputus tu kompem pelbagai perasaan muncul..

>> BRAKE UP HISTORY  <<
(BUKAN VERSI EUW-EUW)

Tanggapan and perasaan aku apabila berpisah dengan dia..
Seminggu kemudian..
2 minggu kemudian..
Bila aku dapat tahu yang dia ada boyfriend baru..
Bila aku perasan yang muka boyfriend dia lebih hodoh dari aku..euuw
Macam mana aku perhatikan mereka berdua..
Teringin bagitau diorang..
Tapi..apa yang betul-betul aku rasa


Forever alone will not always forever alone when another forever alone meet you..
Jom tolong like page aku ---> https://www.facebook.com/Ikhanif

> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada otak.? Korang pikiaw laa sendiri..Assalamualaikum <

Notakakikechik :: Brake up.? what brake up.? I`m forever alone