Geng Berus Gigi..

15 Jun 2012

Ini Tidak Adil, Ini Tidak Adil !

~~ Assalamualaikaum To Bloggers And Readers ~~
What`s up future gellfrend sekalian. How your life going?


Twisties, Super ring, Green peace, dll ataupun nama saitifiknya JAJANISTRIOBAPAKKAU ataupun cekedis yang kini kian populer di kalangan remaja-remaja pokai yang mengalami masalah kegawatan kekempisan dompet ataupun kecelaruan PTPTN.


 Bukan topik bapak aku mahupun bapak kau yang ingin aku bincangkan pada hari ini, tetapi topik yang kian menggesel and mengular sekarang iaitu kekurangan jajan di dalam sepaket.
Dulu masa aku muda-muda ditambah muka suci takdak jerawat batu aku ingat lagi betapa murahnya jajan ni. Sampaikan aku boleh buat origami pelbagai jenis minatang mahupun minachi dengan menggunakan plastik jajan. Aku Kayo dengan duit mak bapak time tu bukan macam sekarang, nak beli makanan pun puas berfikir 2-3 kali samada nak beli air kelapa mak dara ataupun nasi lemak ikan kering.


Yang aku peliknya antara dulu dan sekarang adalah isi jajan. Apsal dulu bukan main penuh sampaikan nak terbukak paket tetapi sekarang just diisi dengan angin disertai dengan secikit jajan? 


Adakah ini salah satu propaganda Israel untuk melihat anak-anak Malaysia mati kebuluran? Ataupun permainan Anwar? Mungkin Freemason punya kerja. Puih!


Maybe perkara ni remeh and tak perlu diperbesarkan tetapi aku selaku pengguna haruslah bersuara melaui keyboard X131. Ini sudah serius. Mungkin suatu hari nanti kita hanya mampu menelan angin jajan sahaja. 


Dengan ini aku menyuarakan hak supaya kita pakat ramai-ramai boikot jajan demi masa depan anak-anak kita. Bayangkan kalau seluruh rakyat Malaysia boikot jajan. Komfem ekonomi akan jatuh merudum, Chealsea akan terkeluar liga and berkemungkinan Manchester United akan menjual Wayne Rooney bagi mengatasi masalah ekonomi tersebut.


Try cakap siapa kat Malaysia ni yang tak pernah cekik jajan? PM Najib pun makan time kecik-kecik dulu, tapi time dia kempunan la.
Sebelum kejadian yang lebih parah dan barah berlaku, aku menyeru semua rakyat Malaysia agar mengadakan demostasi jalanan JAJAN 2.0 bagi memenuhkan semula paket jajan kita supaya anak didik kita dapat merasai nikmat jajan.


Tuntutan JAJAN 2.0

1. Menuntut agar isi jajan ditambah
2. Mengurangkan harga jajan kepada harga asal
3. Terus memperjuangkan hak penjajangan
4. Kurangkan kontroversi lebihkan jajan 


Hal ini akan aku try faxkan kepada YB Kampung Gual Pasir dan parlimen and akan mengugut jika beliau tidak bersetuju dengan tuntutan ini tok mudim kampung akan menyunat tanpa syarak dan had. Kita harus bangkit demi jajan! Hidup Jajan! Hidup!


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada akal? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Bangkitlah wahai rakyat Malaysia! Bersatu demi JAJAN 2.0

12 Jun 2012

Euro ? Aku Pilih Kelantan

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Wasak geng, amacam entri aku yang lepas?


Genap sejam aku buat entri lepas, seminggu aku tutup telinga pakai kain kafan coz kena perli dengan geng-geng yang tak paham maksud tersirat di dalam entri tersebut. Ada sorang mamat ni tak puas hati siap main ugut-ugut nak tanam biji peria dalam pusat aku. Actually, jika korang baca betul-betul and tak kalut nak perli aku korang akan dapat something from entri tu. Try korang baca balik.


Ok, sambung kepada Euro 2012 yang aku tak pernah ada nawaitu pun nak berjaga malam untuk nengok haramjadah ni. Sedangkan Qiamullai bukan main payah nak bangun ibarat berguni-gana beras kampit atas perut inikan pula nengok sebiji bola yang direbut oleh 24 orang. Tak paham betei aku.
Ramai yang tanya aku sokong apa tahun ni, pergh! Tak kenal aku betulla. Aku yang merupakan fans bola-boli ni yang memang expert pasal bola dorang boleh tanya lagi. Sejak zaman Afdlin Shauki main bola dulu lagi aku dah sure sokong Sepainyol. Eh, betul ke aku eja?


Sepanjang aku sokong Spain ni semua nama pemain dia aku hafal, siap dengan I/C dia sekali tau! Tak percaya? Kat bawah ni aku bagi list pemain Spain Euro 2012. Sumpah aku tak google mahupun tanya senak-sedara. Wei, jangan pandang rendah dekat aku lah! Expert bola ni.


GK  - Iker Casillas
DF  - Raúl Albiol
DF  - Gerard Piqué
MF  - Javi Martínez
DF  - Juanfran Torres
MF  - Andrés Iniesta
FW - Pedro Rodríguez
MF  - Xavi Hernández
FW - Linda Onn
MF  - Undertaker
FW - Hafiz Hashim
GK  - Afdlin Shauki
MF  - Hadah Ku Kay Shah
MF  - Tanpa Nama Sila Isi Sini Shial !
DF  - Aznil hj. Nawawi
MF  - Lee Chong Wei
DF  - Dollah Salleh
DF  - Jesicca Alba
FW -  Norsharul Idlan Tala Lah
MF  -  Ong Kim Swee
MF  - K
aramuthu Karamaitek A/L Khatan Di Lautan
MF  - Encik Mimpi
GK  - Ik Hanif - (C)
Perghh, kalau 10 orang mempunyai otak seego aku tokey balak boleh jual lori. Apa-apa pun aku tetap pilih Galapagos Island sebagai team pilihan untuk tahun ni. Apa pilihan korang? 


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada otak? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum <


notakakikechik :: Pemunat spain mohon jangan ugut aku memacam, kita sekapal walaupun berlainan kulit. Aku pilih spain coz ada Kaka, Cristiano Ronaldo, Etto, Jackie Chan. Korang?

7 Jun 2012

Hangpa Nak Gambar Lucah? Ambik Ni

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Hai geng-geng otak kuning yang tengah stim membasah sekalian,
Dah ready untuk membasah and mengstim? Kompem korang takkan rugi punya coz barang very-very baik punya. Ok geng otak kuning, sabun dah ada kat tangan? Tisu dah spare sekotak? Sila pastikan ibu bapak korang tak skodeng melalui belakang-belakang sofa mahupun bakul kain.

Nah hambik. Btw, sori kalau gambar loading lambat, barang stim komfem laa lama.




































































































Insaflaa wei, korang tau tak sekali korang tengok natang-natang ni, 4 bulan senak otak diikuti pembaziran sperma-sperma yang melekat dekat dinding-dinding jamban mahupun bilik korang. Dengan hanya melihat tajuk nafsu korang dah mencanak. Cuba untuk berubah.
> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada akal? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum <

notakakikechik :: Janganlah mengotak kuning sangat, gua search pic ni sambil pejam mata so jangan tuduh bukan-bukan ok! Btw, bukan line tenet korang lembab tapi aku sengaja edit separuh.

5 Jun 2012

Terlahirnya Engkau Dari Peranakan Sebuah Website

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Pada tanggal 4 June 2011, tepat pada jam 2.41 pagi, bulan gerhana separa bulat kalau tak silap time tu, lahirlah sebuah blog yang diberi nama kakitulis-ikhanif. 2009, aku langsung tak tahu menatang jadah apa itu blogging. Yang aku tahu time tu hanyalah Xhamster, Young Leave dan sewaktu dengannya. Almaklumlah baru akil baligh dan napsu tengah mencanak. 


Si Ain Dzaya merupakan blogger pertama di dalam famili aku. Time tu aku tak paham betul dengan habit dia yang selalu menghadap laptop sampai pukul 2-3 pagi main. Sampaikan suruh makan nasi pun mata dia duk juling-juling tengok laptop. Tapi lepas aku try tulis sebuah entri rasa syok gila. --> First Idea bila baca balik, adoyai mamat selenga mana menulis tu ek?


Setart je haritu aku terus main blog. Gigih tak gigih aku cakap sampai nak kencing pun tahan biar berkumpul banyak then baru pi tandas. Dengan menulis entri aku rasa satu kepuasan coz dapat meluahkan idea-idea yang haramjadu and entah hape-hape. 


Alhamdulillah sepanjang aku berblog ni takda lagi anon-anon yang membidas aku. Kalau kena tegur tu biasalah, everyone not perfect right? Bagi aku followers tak penting asalkan ada readers. Memang kadang-kadang terbit rasa jeles dengan rakan lain bila tengok followers beriban tapi followers tak menjamin kecermelangan sesebuah blogkan? Eleh, Ahmid bukan nama sebenar bini 4 mati muda jugak oi.
And buat korang, aku sangat-sangat menghargai coz sentiasa membaca biarpun kadang-kadang entri aku agak keterlaluan tapi korang ada akal, hati and mata untuk menilai. Tanpa korang mungkin berkubur kut blog ni. Moga arwah baik disana.


Dulu ada geng aku sindir 'blog? buang masa je beb. Takdek special pun.'  bagi aku tanpa blog sudah tentu aku tak kenal korang. Mungkin blog ni just blog kosong and mengarut banyak, tapi aku gembira bila dapat menulis and meluahkan sesuatu. Memang tak bermakna pun kan?


Aku taknak jadi Yuyu Zulaikha, Lyssa Faizureen, Nisa Kay or mana-mana blogger yang selalu aku tengok ada dekat bloglist korang. Gilo hapo? Dorangkan perempuan! Aku taknak tambah silikon, yang ada pun tak sanggup nak tengok. Aku just nak menulis and terus menulis sesuatu untuk dibaca oleh korang biarpun pada suatu hari nanti aku tiada lagi untuk menulis, tapi memori aku sentiasa ada di sini, di kakitulis-ikhanif.


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang lihat, korang ada akal? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum <


notakakikechik :: Aku menulis bukan kerana nama, aku menulis kerana aku suka. Selamat mempesat kakitulis.

3 Jun 2012

Hangpa Rasa?

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Hangpa rasa apa perbezaan kucing ni dengan sebahagian manusia?


Seriusly, aku tak dapat cari perbezaan dia. Zaman sekarang sebahagian manusia macam kucing je aku tengok.  Pakai baju macam telanjang, perangai makin hari makin menjadahkan diri ke arah kerosakan. Perempuan virgin, lelaki teruna? Payah kut nak carik sekarang. Akal? Macam takdek je. Sama dengan kucingkan? 

> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang perhati, korang ada akal? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum <

notakakikechik :: Tak merasa pelamin la ko Ik. Btw, stim pulak aku tengok kucing-kucing ni mengawan. YA ALLAH, TEGUHKANLAH IMAN HAMBAMU INI! 

1 Jun 2012

Promote Segmen, GA And Blog Geng Sebelanga Jom Join Haramjadah Panjang Gila Tajuk Entri Puih Puih


~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Tuuu dia tajuk entri cantiiiiik punya mintak penerajang. Kalau aku tak payah tulis intro tap-tap terus masuk isi kompem korang tahu tujuan entri ni kan? First aku nak promote contest geng semangkuk ayun yang sentiasa menghayunkan aku. Eleh, kakikipas lettew


Agak-agak aku kena saman tak nganjing nama dia sampai begitu sekali? Papepun beliau baru anjurkan sebuah segmeng and GA. Segmeng dia boleh tahan makan laa. Sampaikan hadiah kereta sebijik ok korang kena tipu. Kenapa aku tak join? Oh, yang tu sila rujuk SINI 


Cik Mun buat segmeng kenali diri Cik Mun ke hafe entah aku tak ingat tapi memang menarik segmeng dia. Melalui segmen ni korang boleh tanya 5 soalan tentang diri beliau sebagai contoh :-


1. Cik Mun ni gegirl ke boboy.?
2. Berapa kali Cik Mun bersihkan pusat dalam setahun.?
3. Agak-agak hensem tak Cik Mun kalau bermisai.?
4. Berapa kali Cik Mun kena sunat.?
5. Cik Mun dengan Latip Ibrahim ada iras laa..sepupu erk.?


Tu just sebagai CONTOH, btw kalau nak tanya macam-macam lets join segmen beliau. Psstt, tuan empunya masih single berdaki lagi tau! Cepat-cepat klik di header beliau. Beliau ada anjurkan GA haramjadah ape entah. So, pi jelah.


Second gua nak promote geng kencing setandas gua.


Macam yang korang boleh tengok dekat atas kotak followers blog aku ni ada feed link blog, right? Meh sini rapat-rapat yang dah rapat jom gesel-geselkan aku nak kenalkan serba-sedikit mengenai admin blog tersebut.


Nama diberi Micheal Kariputih Syahir. Bekerja sebagai sukarela taman negara bagi rimau makan kut. Moto beliau "Om Shanti Om". Masih bergerak solo dan dijamin masih belum dinodai. Err, aku tak pasti lah yang part belum dinodai tu coz mungkin dia pernah kena dengan tok mudim yang khatankan dia dulu kut sebabtu sampai sekarang dia fobia dengan pisau.


Btw, dia seorang yang sengal-sengal ubi. Blog dia pun best tak banyak merapu tapi membohong banyak kut. Errr, eh gua dah promote blog dia pun dah dikira baik, sekali-sekala nak ngutuk apa salah eh.?


Bagi aku dia ni boleh sekepala dengan aku diibarat kata nuttela dengan roti boleh bersatu padu. Tak mudah nak taching-hancing bagai and yang paling penting dia ni boleh dibawak pergi ke kenduri-kendara, majlis-majlis cukur janggut mahupun majlis berkhatan. Bapak kau!


Tu je kut yang aku boleh merapu pasal diorang..alaa..karang banyak-banyak ada pulak timbul pulak kes "Anu Blogger Di Potong Oleh Mat Gian". Aku taknak.


so atas korang nak pi ke taknak dekat blog diorang. Tapi pi je laa. So


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang perhati, korang ada akal.? korang fikir laa sendiri..Assalamualaikum <


notakakikechik :: Blog diorang ohsem..kut