Geng Berus Gigi..

25 November 2012

Hoho Hoi Nisha Kay Lah

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Mak aih, macam mana la aku boleh terlupa nak update cerita pasal ni. Dah la cerita pasal awek tak tercapai dek kalbu aku tuh. Puih ko Darkbatman! Dasar lelaki! 
Alaaa, titew tak ingat la shayang! Jangan buat muka 
cenggitu..

Back to the story, time tu aku pergi shopping dekat Mega Mall, Kuantan. Time-time duduk syok mencium bau lada kering, tetiba mata aku terpandang sorang awek cun. Perghhhh, atas bawah atas bawah aku tenung dia, sampai naik juling retina aku. Setelah mata aku kembali normal baru aku prasan. Nisa Kay lah! 

Memang beu beu beutipu la kalau tengok live. Kalau dipandankan dengan aku sumpah macam nangka ditetak-tetak. Aku perasan yang bukan aku sorang je yang tenung dia. Abang Bangla sorang tu pun duk termuncung-muncung bibir dia bagai minta dilibas saterika free dimuka. 


Time tu aku perasan yang dia duk round-round dengan sorang kawan dia, prompuan jantinanya aku rasa, entahlah, payah nak detect coz dia pakai seluar. 

Dalam hati time tu memang mood napsu ayam jantan, tapi risau jugak kalau disalah tegur nanti tak pepasal dikokak otak aku kat situ. Tak ke naya? Selepas berfikir panjang, aku ambik keputusan untuk pergi jumpa dia. 

Dia cakap yang dia selalu melawat blog ni tapi malu nak komen. Bukan setakat tu ja, dia cakap muka aku ada macam pan asia. Genetik tang mana la yang bawak wajah pan asia masuk dalam badan aku pun tak tahu. Lepas bercakap-cakap dalam lebih kurang 5 minit, dia pun blah.


Perghhh, sekali dia melintas depan aku bau dia memang menyeret sampai terkemut-kemut hidung aku menghidu. Aku teka komfem pakai perfume kereta ni.


Part ni yang tak best, cukup je dalam 20 langkah dia pergi, tetiba aku ternampak yang dia intai kiri kanan kiri kanan. Aku ingat dia nak buat iklan melintas jalan raya, rupa rupa 


Zaaaaaaaaap!


Jari telunjuk beliau tepat masuk ke lubang hidungnya. Pergggh, part tu boleh tahan lagi, yang tak boleh di cecah dek akal, bolehka dia merongoskan lagi lubang hidungnya pakai kedua-dua belah ibu jari tangan?

Tak cukup dengan tu tetiba dia bukak kasut. Aku ingat dia sesaja nak betulkan tali kasut or whatever, tapi tangapan aku meleret beb. Dia duduk kat atas lantai sambil menjuih-juihkan ibu jari kakinya ke arah hidungnya. Yang tak menahan, masuk setengah jari ibu kaki beliau! Aku dah mula seriau takut nanti tetiba tertinggal kuku kaki dalam lobang hidung.

GEDEBUSH! *banyak pulak sound effect entri kalini


Tetiba kepala aku rasa macam terhantuk something. Agak berpinau jugak la time tu. Rupa-rupanya aku terjatuh dari tingkat 2 katil double decker. Perggh, menahan aku time tu. Kalau dibuatnya aku ada buasir, kompom terkeluar semua isi-isi badan aku.

Lah, mimpi rupanya. Aku tak tahu nak ketegorikan mimpi tersebut sebagai mimpi indah or mimpi ngeri. Yang pasti kompom Nisa Kay tergila-gila nak hentam, belasah or langgar lari berganti-ganti aku lepas ni.

> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada otak? Korang fikirlah sendiri. Assalamualaikum <



notakakikechik :: Firstly, Nisa Kay..mohon ampuni saya ya, saya hanya ingin bergurau sama kakek. Mohon jangan samani saya ya.. T__T
Ok gua diam :x

15 November 2012

Tercarut Versi Mencarut

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~


Hyep pencarut sekalian!

Setiap orang mesti pernah mencarut kan? Tipulah kalau tak pernah. Juliana Evans pun pernah mencarut time dia tersadung kaki katil dulu. Aku mengaku aku pun selalu terlibat di dalam bidang pencarutan ni. Dalam sehari tu boleh dikira 3-5 kali memang dah jadi habit. Gamaknya kalau tak mencarut dalam sehari boleh sawan kut. Bak kata remaja zaman sekarang "Tipikal Malaysia".

Daripada pemerhatian aku, ada banyak sebab kenapa kita mencarut. Antaranya ialah

1. Tersadung kaki katil/kerusi

2. Orang langgar buntut kereta/motor
3. Melatah
4. Rombongan meminang ditolak
5. Terpandang muka Dr. Rozmey

Aku rasa Dr. Rozmey mempunyai sebab yang kukuh untuk menyaman blog ni. Mohon beliau tidak berbuat demikian. 

Setelah dibuat reasearch, aku dapat tengok yang orang melayu suka mencarut menggunakan perkataan daripada organ seks memasing. Aku tak paham kenapa. Mungkin kurang kasih sayang aku teka, tapi itulah bahasa carutan orang kita. Takdek seni and puitis langsung!


Situasi pertama:

"Minjai, awek tu tunjuk fak dekat lu lah!"

"Bur** lu! Memang nak mati betul!"

Bukan setakat organ-organ badan je yang dijadikan mangsa mencarut, malah binatang pun turut terlibat! Noharom betul kan?



Situasi kedua:

"Babi! Ko nampak tak apa yang aku nampak?"

"A.ahlaaa, aku nampak babi."

Kalau kita perhati, tadak pulak aku rasa orang inggeris mencarut siap sebut organ and binatang ternakan masing-masing. Tapi try bayang kalau depa mencarut ikut kita. Agak-agak macam mana?


Situasi pertama :

"Minjai, that girl showed her middle finger to you."

"Vagina! So you want to die right?"

Situasi kedua :

"Pig, do you see what just i see?"

"Yup, i saw pig"

Lepasni aku nak try terapkan di dalam budaya melayu agar mencarut dengan menggunakan bahasa-bahasa yang lembut and harap akan mendapat bantuan daripada para cendekiawan di Malaysia.

So, mencarutlah dengan penuh puitis dan berseni agar dapat membanggakan para sasterawan negara.
> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada akal? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Aku rasa agak bangang sebenarnya entri ni.

14 November 2012

Wat Er Park!

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

:: Silent Of Wednesday ::
Pernah korang terbayang tak macam mana rupa apabila seorang hero and seorang gay di fusionkan?
(Seorang hero pujaan ramai)

+
(Seorang gay pujaan ramai)

=
(Peserta The Voice Season 3)


> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang baca, korang ada otak? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum <
notakakikechik :: Aku musykil, mungkinkah Justin Gay and Daniel Radcliffe berasmara then terkeluaq mamat tu? Errr..

11 November 2012

Sebelum Nak Terjun, Baca Ni

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Whatsup geng? 
Firstly untuk pengetahuan umum, entri ni aku tak tujukan kepada Pandalila mahupun mana-mana panda yang terdapat di seluruh dunia tetapi entri ni special aku create and tujukan kepada bakal-bakal penerjun bunuh diri yang bakal jahanam tak lama lagi. InsyaAllah.

The story begin with aku agak terkejut and trauma bila seorang kawan aku dengan muka penuh barakahnya menunjukkan satu video bunuh diri dekat aku. Perghhh, mamat tu terjun  dari tingkat 5 sebuah apartment beb. Aku rasa dia bercita-cita nak jadi tupai terbang kut. 

SHUUUUUUUUUUUUUUUUUUuuuuuuuuUUUUUUUUUM *tingkat 5 mestilah jauh nak sampai kebawah. Kalau mengucap pun, dan sparuh gamaknya.

Sampai-sampai je kat bawah kepala dah berkecai. Komfem-komfem arwah mamat tu.
Kalau memang dah malas nak hidup, pergilah berendam dalam minyak petrol then bako diri sendiri. Kalau ditakdirkan ko mati, jadik abu terus. Takdenye menyusahkan majlis perbandaran nak kutip otak ko satu-satu and nak cuci darah ko. Ko ingat dorang nak buat bagi makan ayam ke dengan otak ko tu? Datang hantu kopek baru tau!
Ok, ni ngeri.

Lastly kalau kut ye pun dah terlalu gian nak mati, apa salahnya kalau ko pergi je terjun laut kan senang. Tenggelam tak timbul-timbul. Kalau rezeki murah kena baham dek jerung. Kan ada manfaat tu.

Pesan aku, banyak cara nak bunuh diri ni. Korang just kena kreatif ja. Ni tak, bukak paper je cerita " Budak Mati Terjun Longkang " , tak menarik langsung. Orang lain nak baca pun rasa malas. Try ko bunuh diri style baru and menarik macam telan kulit durian ka, baru rare orang nak baca. 


Akhbar Sinari : Remaja mati bunuh diri. Mangsa dipercayai telah menelan 2 biji kulit durian and mengakibatkan kerosakan pada bahagian trakea mangsa lalu menyebabkan mangsa sesak nafas dan mati. Noharom yang dipercayai telah memberi cadangan bagi cara membunuh diri tersebut sedang dicari bagi disoal siasat.

AWAS!
Jangan tenung gambar di atas melebihi 5 jam melainkan anda sudah nekad untuk mati.

>Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada otak? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum.<

Notakakikechik :: Aku rasa kalau bayangkan Dr. Rozmey di fusionkan dengan hantu kopek boleh menyebabkan korang mati hanya dalam masa 1 jam kut. So jangan cuba!

1 November 2012

Selamat Tinggal Mrs. AA

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers Sekalian ~~


Korang, aku sedih, aku nak dia balik tapi dia tak balik-balik, aku dah try sehabis baik untuk mendapatkannya balik sehingga kentut aku pun dah tak berbau bacan macam selalu. Korang, aku ada reka sebuah puisi yang tidak mengikut skema BM untuk dia. Nak baca tak korang?
Dulu, 
Kau selalu ada disamping aku,
Tak kira walaupun betapa berliku-likunya kehidupanku,
Kau tetap drift forward bersamaku,

Dulu,

Kau dan aku selalu bermesra bersama,
ibaratkan burung dengan bulu dan
lelaki dengan bau badan,

Sekarang,

Kenapa kau pergi?
Tinggalkan aku terkapai-kapai?
Dimana janji-janji yang kau tabur dulu?

Awak.

Kita baru bersama selama 2 tahun awak,
Kenapa awak dah tinggalkan saya?
Kenapa awak dah tak sayangkan saya?

Awak,

Saya tak boleh terus berjalan tanpa awak,
Saya sayang awak sangat-sangat,
Sayang, 
Selamat tinggal.

Korang, sedih tak puisi aku? Aku dah reka habis baik korang. Errr, korang nak tengok tak gambar Mrs. AA aku? 

(Mrs. Awekku Adidas)
2010 - 2012
~~ Dalam Kenangan ~~

> Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada otak? Korang fikirlah sendiri. Assalamualaikum.


Notakakikechik :: Inilah dunia Forever Alone. Langha kan?