Geng Berus Gigi..

29 Disember 2013

Tersedut Cuping Telinga Aku

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers~~
Tadi masa tengah ratah sambal bonzai masak lemak, tetiba teringat akan kisah yang mampu membuatkan sambal bonzai terkeluar daripada hidung. Kalau diimaginasikan memang tak masuk akal, tapi percayalah. Kisahnya bermula begini......

Pukul 2 pg :


Semua family aku dah tidur. Yang tak menahannya, siap mengingau cabut canggut orang sebelah lagi! Aku masih setia depan laptop berblogwalking. Well, tahun mula-mula blogging memang semangat dia lain macam. Time tu aku pakai earphone bagi mengelakkan pencemaran bunyi.


Aku bukak satu blog ni. Pergghhh dia punya lagu bukan main rancak. Aku tak tahulah lagu Korean or Chinese. Lirik dia lebih kurang macam ni



woshi mushi arigato,
hai nihi beng beng beng,
wo hai sini hei hei hei eh,
wushu kaki mu mu mu mu,
wacha kuku patah hadoih hadoih hadoih,
Lebih kurang macam tu lah korus dia, entah betul ke salah. Lepas tinggal jejak dalam blog tu, aku terus bukak blog lain. Kalini lagu English pulak yang dimainkan


Ow wok oo wok oo..
paper pummping sit up is together...
matching machine moon moon bombing bra ketat..
is a moon shine ooo...
flush the toilet too...together....
Lepas tinggal jejak, aku bukak blog lain. Tetiba naik bulu roma aku bila dengar lagu bollywood dimainkan

karigelem gelem gelem kari ayam....
mutusami itu sami...
muthu tsunami tarak lagi..
dei dei dei hei hei hei..
bom bom chak!
Lepas siap tinggal jejak, aku bukak blog yang terakhir. Ada lagu jugak, kalini lagu Melayu..


Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja
Pergh.. semangat betul lagu. Ni komfem student kaki kipas payah mati UiTM. Lepas siap semua, aku terus shutdown laptop. 

Point dia kat sini bukannya aku nak menceritakan experience aku berblogwalking. Tapi try bayangkan semua lagu yang aku dengar tu bercampur and dimainkan dalam volume paling high.



wushu kaki mu mu mu mu,
matching machine moon moon bombing bra ketat,
muthu tsunami tarak lagi,
wacha kuku patah hadoih hadoih hadoih,
Taat dan setiaku untuk negara,
Hanya certain-certain orang je yang akan blogwalking satu ke satu blog. Aku ni jenis yang kalau blogwalking, 10 blog aku bukak skaligus. Tak ke langha kalau 10-10 blog tu ada lagu? Dibuatnya time tu korang pakai earphone, komfem tersedut cuping telinga korang! 

Moralnya, aku rasa tak perlu kut taruk lagu bagai. Kalau blog yang ada lagu, kita orang nak baca entri korang pun rasa lelah. Mana satu nak faham bahasa "ittew muymic cyunx kmoo", mana satu nak hadam lagu korang letak. 


> Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada otak? Korang fikirlah sendiri. Assalamualaikum<


notakakikechik :: Berani betul aku memainkan bahasa camni. Minta kena hack ke camna?

ni dia bonzai bagi yang tak kenal

25 Disember 2013

Promote Mawardi Yunus

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Nama : Mawardi Yunus
Tinggi : 7kaki 5 inci
Cita-cita : Pentoncang ekor kuda berjaya
Moto : Bulu itu subur
Pergh macam nak jual kawan.

Tadi tengah syok-syok layan Deskippable Me, tetiba Mawardi Yunus buat status sentap. Sebagai langkah berjaga-jaga daripada di banned, aku mengambil langkah mudah dengan mempromot segmen beliau. 

Bukannya aku malas nak join tapi andaikata aku menang Koleksi Tudung Azura, aku nak buat apa dengan tudung tu? Nak lilit bagai serban and pakai pi solat Jumaat? Kufur nikmat namanya tu. Lainlah ceritanya kalau aku dapat Azura. Komfem Mrs Makwe call aku satgi.

Kontes U- Blogger

Pelbagai hadiah menarik yang disediakan! Tapi takdak la sampai kereta Kancil sportrim emas 3K. Kalau korang berminat untuk join, bolehlah mendapatkan maklumat lanjut di 


Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan dan syarat yang dikenakan cukup senang. Cara mudah untuk dapat tudung, make up, bangunan, and awek dengan percuma. Tang awek tu aku tak jamin lebih-lebih.

Tak rugi pun kalau join, jomlah! 

>Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada otak? Korang fikirlah sendiri. Assalamualaikum<

Notakakikechik:: Ni cerita "Deskippable Me". Aku just lupa cam mana nak eja Deskippable. Argghh trasa bodoh sekejap.
Pic under 18
*Act, aku tak minat join contest, segmen, pi kedai dobi, beratur time pi KFC 

4 Disember 2013

Meremang Bulu Roma Aku!

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Suspicious - Curiga
Disebabkan aku tak jumpa gambar bulu roma, aku harap dengan gambar ini dapat menaikkan bulu roma anda. Auch! Abam berbuwluw! Sho Shekshi!

.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
CAK!!


>Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada otak? Korang fikirlah sendiri. Assalamualaikum<

notakakikechik :: Terlampau curiga boleh membawa masalah, tetapi kalau terlampau ngada-ngada dengan bini orang boleh membunuh. Ha! nampak tak perkaitan yang tiada di situ?

25 November 2013

Resepi : Nasi Berbujanganku Bersama Meggi Oreo

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Korang berstatus bujang? Mengidam nak makan sedap-sedap tapi noharam malasnya nak sarung seluar pi kedai?  Harini aku ada sediakan sebuah resepi spesel yang boleh korang try. Yang paling menarik, korang boleh memasak sambil berbogel lagi. Itu pun biarlah kena dengan tempatnya. Kalau sendirian dekat rumah tu bolehlah, jangan pulak engkorang nak memasak moreh dekat masjid pun sambil berbogel. Itu berpenyakit gila namanya!

Bahan-bahan



Beras  
Air singki / coca-cola
Ulam - ulaman
Oreo
Meggi  

Cara penyediaan

1. Basuh beras menggunakan air singki. Kalau time tu air kena potong sebab tak bayar bil, korang boleh guna coca-cola. Selain memberi rasa yang unik kepada nasi, ianya juga memberi warna kehitam-hitaman yang mampu menggugat selera bakal mak mertua.

Ni la nasi coca-cola!! Perghh..naik dosa menipu aku.
2. Rebus nasi di dalam rice cooker ataupun dapur arang. Pastikan api ataupun plug dihidupkan. Jangan ditunjuk sangat kebengapan tu. Nanti bulu hidung dah 3 meter tapi nasi tak masak-masak!

3. Sementara menunggu beras tu jadi nasi, korang boleh bersih-bersihkan ulam-ulaman yang disediakan tadi. Oh ya, lupa nak bagitahu, kalau tak jumpa ulam-ulaman korang boleh gantikan dengan daun pokok menkudu, daun terup, kalau takde jugak korang boleh taruk pokok bonzai. Ikut citarasa masing-masinglah ok?

4. Lepas nasi dah siap masak, korang boleh hidangkan bersama-sama dengan ulam-ulaman tadi. Sedap jika dicecah dengan budu mahupun milo cair. Eh, tertinggal! Oreo and meggi tu untuk dilahap ketika menunggu nasi masak.
Ni bini orang, jgn pndg lelebih. gua nk tunjuk oreo tu je.
Selamat mencuba!!

> Korang ada mata korang tengok, korang ada hati korang nilai, korang ada otak? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum<

Notakakikechik : Lama betul aku menghilang. Kebizian dengan realiti mengganggu kewarasan otakku..perghhh trasa macam A Samad Said pulak!

5 Oktober 2013

Kenapa Orang Pandang Aku Macam Tu?

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Kecewa, sedih, riak, sakit perut.. itulah yang aku rasakan sekarang. Setiap kali bersosial dengan manusia, semua akan salah faham. Dorang selalu pandang aku macam aku ni tua semacam. Rupa tak padan dengan usia. Kadang-kadang bangga, kadang-kadang rasa nak telan beteri laptop sampai sawan. 

Masa aku standard 5 dulu, budak-budak panggil aku Ramli Sarip versi monopos awal. Sebabnya, aku dah ada uban selai dua. Masa masuk form 1, semua pakat tanya


"Abang failed PMR ke dulu sebabtu nak repeat high school?"

Kepala budak tu selamat aku telangkupkan dalam laci meja.
Masa balik kampung, jiran-jiran pulak tanya,


"Baru balik? Orang rumah mana?"

Kepala otak aku ligat berfikir, kalau direjam penyapu dalam mulut mak cik ni nanti tak pepasal cucu dia bakar rumah aku. So baik aku diamkan aja. 
Ni kisah semalam masa ontheway nak gi solat Jumaat, itu cukup membuktikan bahawa aku lelaki sejati. Time tu aku berjalan pi masjid. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti tepi aku and seorang remaja berusia dalam lingkungan 20-an menegur


"Pakcik nak tumpang? Kesian pakcik tua-tua jalan jauh. Nanti kalau tersadung batu lepastu terjuih bibir atas jalan siapa yang susah?"

Tanpa segan silu aku tarik rambut mamat tu dengan harapan dapat membotakkan kepalanya lantas menyebarkan virus kutu babun gila. Damn! Muka aku ni tua sangat ke?!!

> Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada akal? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Komfem lagi setahun orang call aku, "Ini rumah orang tua-tua, nak buat tempahan awal?" Cilakak!

20 September 2013

Alfatihah Blogger Mohd Zain Ismail

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers~~
 "Sayo nok, tange duk muluk! Jange wi bunyi soro! 
(Saya nak tangan letak di mulut dan jangan bunyikan suara)

Itulah seungkap ayat yang sering beliau lafazkan ketika menjadi guru disiplin di SMK Hamzah 2. Dan pada ketika itu, semua pelajar nakal akan mula mengejek and menganjing beliau dengan gelaran "Kambing" or "Beekkkk". Salah seorang budak nakal tersebut ialah aku.

Sehari aku melangkah ke SMK Hamzah 2, aku telah disekeh oleh beliau sebab naik rehat lambat. Memang bengang betul. Semua nama binatang aku sebut time tu. Dalam hati nak je aku pintal-pintal janggut dia.

Tahun demi tahun, hubungan aku dengan beliau makin rapat. Beliau mula mengenali aku dan aku selalu menegur beliau. Ibaratkan beliau ialah sahabat dan penenang fikiran. Setiap kali terserempak pasti aku akan ucapkan

"Cikgu sihat?"
"Nak balik dah cikgu? Kirim salam dekat anak ok?"


19.9,13 (2 tengah hari)

Arwah berjalan menuju ke kereta. Pada kebiasaannya aku akan menegur beliau. Tapi haritu tiba-tiba aku jadi takut untuk menegur beliau. Entah kenapa, bila melihat muka beliau, perasaan kasihan mula menguasai. Hati rasa sayu. Muka beliau nampak lain. Aku hanya memerhatikan beliau melangkah pergi.

2.55 ptg

Beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika dalam perjalan menuju ke Hospital Machang, Kelantan. Perasaan sebak mula menguasai. Guru yang baru dilihat berjalan dalam sejam yang lepas telah tiada. Macam tak percaya. Speecless.

Lepasni aku akan merindui seseorang yang sentiasa tersenyum. Yang sentiasa memanggil aku dengan nama Hanif walaupun berkali kali aku betulkan. Seseorang yang mempunyai perwatakannya yang tersendiri. Seseorang yang pernah aku mengata dan belum sempat memohon keampunan..
Yang duduk dekat bawah tu aku, bukan Fahrin Ahmad 

Siapa sangka, tahun lepas beliau menulis tentang pemergian guru lain, tapi harini nama dia jadi tajuk di dalam penulisan aku. Mungkinkah nanti akan ada yang menulis tentang aku bila aku pergi? Sesungguhnya kematian itu rahsia Allah.


Alfatihah Mohd Zain Ismail
 Guru di SMK Hamzah 2.

Kalau lepas ni giliran kita, cukupkah amalan kita untuk menghadap Ilahi? Mati itu singkat.

Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada otak? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum.

notakakikechik :: Dulu arwah sering mintak tips blogging dengan aku. Semakin ramai kenalan yang pergi. Mohon ampun salah dan silap yang telah aku lakukan.

6 September 2013

Tutorial Melukis Biri-Biri

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Hai geng,
Harini aku nk buang tebiat buat tutorial. Biri-biri ni spesis binatang bukannya kerepet, mohon faham! Aku akan ajar dengan slow and steady. Kalau lebih-lebih nanti kena tangkap pulak sebab mengajar tanpa tauliah!

Tutorial Melukis Bebiri

1. Sediakan kertas dan pensil. Sebaiknya kertas A4 tapi kalau nk guna kertas pasir pun boleh. Dinasihatkan supaya guna pensil kawan kerana ini dapat menguntungkan anda.

2. Lukiskan bentuk "U" yang besar untuk bahagian kepala. Pastikan ianya berbentuk "U" dan bukannya "Z" mahupun "W". Tak pernah seumur hidup aku nampak bebiri muka berbentuk "W".

3. Kemudian tambahkan "noktah" di bahagian mata. Ikutlah kreativiti korang nak create macam mana mata dia. Nak bagi ada lampu raya ke, nak buat bulu mata sampai ke dahi ke. Its up to you. Tapi ingatlah yang korang tengah lukis bebiri bukannya Didie Alias!

4. Selepas itu, tambahkan bentuk awan-awan dekat keliling bentuk "U" tadi. Sekarang dah ada bentuk biri-biri bukan? Entahla, aku punya dah macam rupa David Arumugam pun ada.

5. Kemudian, tambahkan 4 batang kaki kepada bebiri anda bagi menambahkan ke real an lukisan anda. Dinasihatkan hanya 4 batang kaki, nak buat banyak-banyak buat apa? Bebiri kacuk lipan ke camna?






6. Untuk menonjolkan lagi lukisan tersebut, anda boleh try shaded contra lukisan tersebut dengan menggunakan pensil. 

7. Gunakan crayon untuk menambahkan colour kepada lukisan anda.

8. Akhir sekali, gunakan watercolour untuk melukis background bebiri tersebut.


Harapnya dengan tutorial tersebut, aku berjaya mengajar seseorang melukis binatang. Sebarang cadangan boleh dicadangkan kepada aku melalui kotak komen.

>Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada otak? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum<

Notakakikechik :: Draw me like one of your french girls -Titanic-


3 September 2013

Hai Makhluk Sekalian Alam

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
#Pray for Islam Nation
Hai semua,
Aku update entri ni just sebab aku nak bagitahu yang aku masih lagi bernafas di muka bumi ini. Aku tahu dari hari ke hari readers makin ramai yang berpaling tadah ke tempat lain. Itulah melayu, cakap sehidup semati, tapi hakikatnnya? Puih! 

Nafsu untuk berblog memang masih mencanak tapi hakikatnya masa tidak mengizinkan. Ditambahkan pulak sekarang aku tengah asyik dengan kerja baru aku. Alhamdulillah gaji tak seberapa tapi mampulah untuk menampung perbelanjaan aku dengan anak-anak kucing peliharaan aku makan.

Dikesempatan ini aku nk mengucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
- Mohon maaf jika ada terguriskan perasaan sesiapa terutama kepada Doktor Rozmey. Banyak dosa aku dengan beliau.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 56
- Alhamdulillah Malaysia "semakin aman" dengan peluru dan kejadian tikam menikam. Rakyat yang macam ni la kita perlukan untuk memajukan negara kita ke arah pendajalan. Terima kasih. 

InsyaAllah aku akan update lagi di dalam masa yang terdekat. Aku harap masih ada yang sudi membaca blog ni. 
Untuk menempah sila hubungi 014-5841319313

>Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada akal? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum<

Notakakikecik : Gua ingat nk upgrade blog ni jadi stesen minyak. Komfem untung banyak!