Geng Berus Gigi..

18 Mei 2013

Jalan-Jalan Cari Makan Ops Terjatuh Pulak

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Hye geng,
Bila duk sebut pasal makanan ni kan, aku komfem semua orang ada citarasa and makanan feberet yg tersendiri. Ada yg suka makan pedas, manis, masam, pait. Tapi bagi jenis yg suka hadap kaca, peti ais, tiub basikal, balak ni aku tak tahu nak cakap apa dah. Maybe mak dia duk mengidam nak makan jadah tu time mengandung dulu.

So, harini aku nak try share makanan kegemaran aku. Manala tahu kut-kut ada yg admire dekat aku kat lua sana .Bolehla ang try blaja masak slow-slow kan? Aku pun ada citarasa okeyh! Awat, ang ingat lelaki ayu macam aku ni jenis suka hadap selipar jepun sebagai dinner? Please la weh.


Ayam Masak Tomato
Perghh, yang ni best! Skali tengok kecur air liur. 
Kalau lauk ni duk terpampang bawah saji, komfem 3 pinggan nasik aku tibai. 
Oh, aku suka makan ayam masak tomato je, kalau ayam hidup aku tak tibai. 
Nanti tak pepasal aku kentut klua bunyik kok-kok-kok. Seram beb!

Kari Kepala Ikan
Okey, yg ni awesome! Lebih-lebih lagi mak aku yg masak. Dia punya kuah pekat beb, boleh melekatkn aku dekat meja makan.
 Selagi kari tu tak habis satu periuk, selagi tu aku tak bergerak. Kalau hari-hari mak aku masak kari kepala ikan gamaknya komfem tak boleh bezakan antara aku dengan gajah belalai dibawah. 
Err, okey, abaikan tang belalai tu.

Ayam Madu Bakar 
Dish ni aku suka ratah. Sanggup simpan lauk ni tepi pinggan and hadap nasik kosong coz nak ratah natang ni. 
Kalau dapat peha sketul memang tak cukup, kalau dapat sekor baru puas hati aku rasa. 
Jangan nak melopong sangat, aku tahu korang pun sama kan?

Sayur Masak Lemak
Yang ni memang layan, juadah wajib ada time berbuka puasa dulu. Yang ni pun memang mak aku buat yg terbaik! Dia punya lemak manis tu memang ummphh! bak kata Doktor Fadzillah Kamsah sambil menggaru-garu dahi yang tak gatal.

Telur Dadar
Yang ni aku suka coz jadah ni je yang aku minat masak time-time lapar n deseprate. 
Kalau dicicah dengan sos cili or kicap memang terbaik! 
Dimakan pulak masa dia panas-panas dikacipkan dengan kuah lemak tadi memang boleh angau! Sampaikan nak telan pun sayang, so kemam je lah and biarkan ia mereput di dalam lumutan enzim amilase. Euuw!

Kita semua memiliki citarasa yang berbeza tetapi chef yang terbaik semestinya ibu kita kan? So, amacam dengan citarasa korang pulak? Ada tak yg sama dengan citarasa aku? Ke korang spesis yg suka lahab batu jugak?

> Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada akal? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum<


Notakakikechik :: Lapar la pulak. Megi pun jadila

4 3 orang nak menyampuk:

Nies alhaQ berkata... [Reply]

Amboi, manyak nye makanan pepagi ni.
Dari hilang selera makan pagi ni, terus terliurr. Grrrr

Tinta Lana berkata... [Reply]

Salam.

Aku nampak gambor makanan je..apa yg ko tulis terus ilang,hehehe

Aaa, telur dadar opkos. Ayam madu bakar, menu wajib bulan puasa terutamanya.

Ak suka pajeri nenas yg mak ak masak anip. Tah, sedap kuah mak ak buat.

Mawardi Yunus berkata... [Reply]

lapoo. lapoo.. wuwuuuwuwww

Berry Lavynia berkata... [Reply]

smua yg ditunjuk, smua peberet aku...