Geng Berus Gigi..

27 Mei 2013

Ku Tiup Tapi Tak Kembung


~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Hye geng,
Dulu masa sekolah rendah, aku ni jenis yang tak boleh duduk diam. Nak je cari kerja. Budak-budak lain biasanya masa balik akan tunggu mak bapak ambik dekat bustop sambil curi-curi makan jajan kawan, tapi aku tak. Aku biasanya akan pergi meneroka longkang-longkang ataupun kaki lima sekolah. Dengan buat kerja tu, pada kebiasaannya aku mampu menjana sebanyak 50 sen seminggu mengikut nasib daripada duit budak-budak yang tercicir. Hasil pendapatan tu bolehla aku buat beli aiskrim kacang or lolipop!
Berbalik tajuk harini. Time tu aku darjah 4. Zaman bulu baru nak menyemai atas badan. Dulu,, keimanan dalam jiwa aku masih tak kuat. So, dengan sekali hasutan je boleh membuatkan aku ponteng kelas Fardhu Ain.

Bagi menghabiskan masa 3 jam memonteng kelas Fardhu Ain, aku dengan sorang lagi kawan pi cari port yang sesuai untuk memonyet sambil makan jajan yang dibeli hasil teroka longkang tadi. Sampai dekat kawasan empangan berhampiran sekolah, kiteorang terus lahab benda yang ada sambil borak-borak. Nasib baik rumput and daun tak sedap, kalau tak komfem kiteorang lahab jugak!

Masa duk syok-syok, tetiba kawan aku ambik sesuatu dari tanah and terus pi basuh. La, belon rupanya. Lepas basuh dia kibas-kibaskan benda tu depan muka aku. Memang dalam hati terasa macam nak kibas je muka dia dengan kaki aku ni.

Tanpa tawaduk, dia trus meniup benda tu. Tiup punya tiup tak kembung-kembung. Last-last bukan angin dekat mulut yang klua, skali melalui buntut-buntut dia yang klua. Perghh! Dia punya bau sama bahaya dengan gas radioaktive! Kalau kentut tu ditaruk dalam plastik and diperam selama seminggu, kemudian dicium komfem boleh menyebabkan kecacatan kekal.
Lepas merah-merah pipi dia meniup, aku ambik turn. Time aku tiup, gelembung la sikit bahagian depan. Cukup 5 minit, aku fedup. Semua tenaga yang diperoleh daripada makan jajan tu dihabiskan semata-mata meniup belon je. Lepastu aku terus buang balik ke tanah. Habis kebas pipi aku. Dah macam kena suntik botox pun ada!
4 Tahun Kemudian.

Eh, belon ni macam aku pernah aku tengok, tapi kat mana ek? A`ah laaa, aku ada main tiup-tiup dengan kawan aku dulu time monteng! Erk! Ok, baru aku sedar yang aku tak sepatutnya meniup jadah ni. Aku tak ingat apa rasanya tapi tetiba aku rasa menyesal je sebab monteng. Mintak-mintak bulu atau sperma tak melekat dalam mulut aku. 

Jadah apa kondom tu buat dekat situ? Ayam pakai ke apa?
> Korang ada mata, korang tengok. Korang ada telinga, korang dengar, Korang ada akal? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum <

notakakikechik :: Dulu masa darjah 4 aku tak kenal lagi apa itu kondom. Sekali tengok, macam sumi pun ada! Tapi sekarang?

2 3 orang nak menyampuk:

SS berkata... [Reply]

Belon gred A tu..haha

Nor Aznida Abu berkata... [Reply]

haha,, dah basuh ke dulu sebelum tiup? ahaks