12 Jun 2013

Pesanan Terakhir Arwah

Assalamualaikum

Hai semua.
Mungkin entri ini merupakan entri terbaru tapi siapa sangka yang ini merupakan entri terakhir di blog ini? Dan siapa sangka yang entri terakhir ini bukan ditulis oleh tuan empunya blog iaitu Mohd Ikmal Hanif atau lebih mesra dikenali sebagai Ik Hanif. 

Saya mengaku, penulisan saya tidak sebaik Ik tapi ini saja cara saya untuk menyampaikan berita ini. Sebak untuk saya katakan yang beliau sudah kembali ke rahmatullah. Mohon maaf kerana saya terlalu straight forward. Saya masih terkejut dengan pemergian arwah secara mengejut.

Sebelum pemergian arwah, arwah pernah berpesan supaya jika dia pergi janganlah diheboh sebarang kesedihan. Dia tidak ingin orang lain menitiskan air mata kerananya. Dia hanya ingin membawa ketawa kepada orang lain sama ada yg dikenali mahupun tidak. 

Tetapi saya bertegas untuk menulis entri ini untuk menyatakan bahawa Allahyarham Ikmal Hanif telah meninggalkan kita. Kini tiada lagi lawak sengal arwah yang mampu membuat kita tersenyum. Kami sekeluarga pasti akan amat merinduinya.
Akhir kalam, saya sebagai wakil keluarga ingin memohon maaf di atas segala salah silap yang telah dilakukan oleh arwah. Marilah kita doakan kesejahteraan beliau di sana dan supaya roh beliau dicucuri rahmat. 

Dengan berakhirnya penulisan saya ini, bermakna tamatlah hayat blog ini bersama-sama tuannya. Terima kasih di atas segala sokongan yang telah diberikan. 

Sekian,
Nisa Kay,
Assalamualaikum

......................................

Maybe camni la gamaknya rupa entri kalau aku takdek nanti..hmmm... 

> Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada otak? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Tuuu diaa...semua pakat angkat jari tengah dekat aku


Sumber idea

6 Jun 2013

Tudungku Di Kepalamu

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Zaman sekarang kita dapat tengok macam-macam jenis jenama tudung yang dijual. Biasanya dorang jual dekat pasar, kedai-kedai perempuan. Jangan pulak korang pi kedai tayar untuk beli tudung! Itu bebal namanya.

Sekarang Ada tudung Fareedah, ada tudung ariani, ada tudung Tongkok, ada tudung saji, sampaikan serban pak imam pun dia boleh belit-belit sampai jadi tudung! Entah-entah tupperware pun orang buat tudung sekarang. Macam-macam! And disebabkan itu jugak kita dapat tengok macam-macam pesen orang pakai tudung.
Homakaih..brapa lama agak-agak perlu hadap cermin sampai jadi bunga tu? Tak loya ka tengok muka sendiri?
Errr.. ok. style ni sesuai time majlis berkhatan. Moga-moga budakx2 yg tengah berkhatan tak terkencing atas muka tok mudim.

Actually, aku bukannya kisah sangat pasal tudung-tudung ni. Ikut korang la nak belit tudung sampai tercekik leher pun tapi please la pakai dengan betul. Tutup aurat tu. Takdak orang yang nak tengok daki dekat leher korang tu. Lagi satu, tak guna pakai tudung kalau baju cam haram!
Pergghh!! Munggil! tetiba mak aku nak dia jadi menantu.

>Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada otak? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum<


notakakikechik :: Tak cute pun pakai tudung tapi baju ketat. Cilaka ada lah.

3 Jun 2013

Pilihan Calon Untuk Dibuat Isteri

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Setiap mak bapak mesti nak dapat menantu yang baik and boleh jaga anak dorang kan? Takdak mak bapak yang sudi kahwinkan anak teruna mereka dengan mamat nepal yang dahagakan belaian belalai dari seorang lelaki. 

Selepas gigih mencari calon-calon yang sesuai sambil bergilir-gilir tolong sental pusat kawan (gotong royong katanya) , akhirnya aku dapat beberapa perempuan Melayu terakhir yang memang sesuai untuk dijadikan menantu. 


So,  bagi yang tengah deseprated nak melepaskan nafsu serakah tu, bolehla carik kat sini. Daripada asyik membazir dekat dinding jamban, baik menyemai terus. Haih, jenis yang bernapsu ayam belanda ni aku teka mesti masa kecik dulu bapak dia tetuang pil viagra dalam susu dia. Kesian...


1. 


Nama : Ainurudada Bulubulu bt Gonjoil
Umur : 25
pekerjaan : Manganyam bulu biri-biri
Hobi : Mengemam pemadam
Kriteria : Mencari bakal suami yang mahir dalam mentoncang bulu dada


2.

Nama : Nor Zaimahahahahaoktaklucu
Umur : 39 tahun
Pekerjaan : Refleksologi di Shell Ampang
Hobi : Tidur dalam aquarium

3. 
Nama : Mas Ayu bt. Subandondon
Umur : 46 tahun
Pekerjaan : Menjaga parking lot
Hobi : Menyental badan roomate ketika mandi
Kriteria : Terima seadanya asalkan cepat sebab tarikh monopos dah dekat

4.
Nama : Aimi Syafiqahak bt Suhaimi Meor
Umur : 20 tahun
Pekerjaan : Pelajar (buat parttime jual tayar)
Hobi : Mengintai jiran bergaduh
Kriteria : Suka lelaki macam Dr. Rozmey

5. 
Nama : Shen Shalok bt Hadchum
Umur : 23 tahun
Pekerjaan : Model Kain Kafan
Hobi : Mengigit kuku kaki
Kriteria : Tahan maki

6. 
Nama : Iffah Apipahit
Umur : 22 tahun
Pekerjaan : Toreh getah orang
Hobi : minum getah
Kriteria : Badan mestilah berbau getah

7. 
Nama : Shila Kak bt Donia
Umur : 21 tahun
Pekerjaan : Tokei Saloon
Hobi : Mengulum gincu
Kriteria : Mahu yang bernafsu serakah

8.
Nama : Cik Lyeen Dan
Umur : 22 tahun
Pekerjaan : Askar pencen
Hobi : Bergambar di cermin tandas
Kriteria : Suka lelaki juling



So, pilihan korang?

> Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada akal? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum <
notakakikechik :: Ini hanya gurauan. Jangan engkorang nak ugut cabut bulu hidung aku pulak nanti!

1 Jun 2013

Kalaula Aku Hantu

~~  Assalamualaikum To Bloggers And Reades ~~

Kalaula aku seketul hantu, aku nak sangat jadi hantu


Hantu Pocong
Hantu ni jenis yang berbungkus-bungkus dengan kain kapan and suka main loncat-loncat. Agaknya masa mati dulu terbelit tali skiping aku teka. Kalau aku jadi pocong, aku bukak je kain tu and rembat kain pelikat jiran lepastu jalan macam biasa. Letih la terkinja-kinja ni. Macam beruk kena tungau! Komfem pakatan pocong akan blacklistkan nama aku lepasni.


Hantu Pontianak
Hantu ni feveret orang Melayu. Kalau Emma Maembong berlakon jadi pontianak, komfem aku orang pertama yang sanggup berbunuhan semata-mata nak masuk panggung. Ini tak, pilih Diddy Alias sebagai pontianak. Takdenye nak laku movie tu.

Kalau aku jadi pontianak, first thing yang aku nak buat ialah cekik-cekik kawan yang jenis makan hutang then tak bayar. Lepastu aku nak togelkan dorang and taruk seluar dalam dorang dekat kandang rimau. 

Habit pontianak ni biasanya atas pokok. Disebabkan aku ni tak pandai panjat pokok and mudah gayat (ye, gelakkanla aku) so aku akan bergayut atas meja or atas ampaian baju je. Komfem pontianak lain akan pulaukan aku and remove aku dari friendlist dorang. Haih, jadi manusia kena pulau, jadi hantu kena pulau.


Hantu Raya
(sape tak nmpk nak monopos)

Ni hantu paling syok antara hantu-hantu. Kalau aku jadi hantu ni aku nak cilok semua duit raya budak-budak, nak sorok selipar time orang tengah sembahyang raya, makan ketupat and kesat-kesat kat katil then taknak mengaku, nak lempar mercun dalam jamban time orang tengah memerut.


Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi dalam alam hantu. Kalau aku jadi hantu ni, aku akan usya semua awek-awek cun. Kan zaman sekarang semua awek suka yang panjang-panjang ye dok? Kalau tinggi badan pun dah makan 6 meter, agak-agak adik dia berapa meter? 


Orang Minyak
Dalam banyak-banyak hantu, jadi orang minyak lagi best. Tiap malam duk buat parttime kerjakan anak dara orang je. Tak payah dressup, sikat rambut ketepi bagai. Pakai boxer, sapu minyak satu badan dah settle. Aritu Emma Maembong.. malam ni Nora Danish... takpun Tiz Zaqyah.. takpun Maya Karim, takpun Diddy Alias..errr. Aku lagi rela jadi gay daripada hadap Diddy Alias. Pheeww..

Dalam semua hantu ni, ada satu hantu yang aku taknak jadi


*
*

*

*

*
*
*
*
*

*

*


*

*
*

*

*

*
*

*

*

*
*
*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Hantu Kopek
Kalau ditekup dekat muka selama 5 minit, boleh koma.


Korang pulak nak hantu apa?

> Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada akal? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum. 


notakakikechik :: Gua xleh bayangkan kalau Diddy Alias jadi hantu kopek