Geng Berus Gigi..

12 Jun 2013

Pesanan Terakhir Arwah

Assalamualaikum

Hai semua.
Mungkin entri ini merupakan entri terbaru tapi siapa sangka yang ini merupakan entri terakhir di blog ini? Dan siapa sangka yang entri terakhir ini bukan ditulis oleh tuan empunya blog iaitu Mohd Ikmal Hanif atau lebih mesra dikenali sebagai Ik Hanif. 

Saya mengaku, penulisan saya tidak sebaik Ik tapi ini saja cara saya untuk menyampaikan berita ini. Sebak untuk saya katakan yang beliau sudah kembali ke rahmatullah. Mohon maaf kerana saya terlalu straight forward. Saya masih terkejut dengan pemergian arwah secara mengejut.

Sebelum pemergian arwah, arwah pernah berpesan supaya jika dia pergi janganlah diheboh sebarang kesedihan. Dia tidak ingin orang lain menitiskan air mata kerananya. Dia hanya ingin membawa ketawa kepada orang lain sama ada yg dikenali mahupun tidak. 

Tetapi saya bertegas untuk menulis entri ini untuk menyatakan bahawa Allahyarham Ikmal Hanif telah meninggalkan kita. Kini tiada lagi lawak sengal arwah yang mampu membuat kita tersenyum. Kami sekeluarga pasti akan amat merinduinya.
Akhir kalam, saya sebagai wakil keluarga ingin memohon maaf di atas segala salah silap yang telah dilakukan oleh arwah. Marilah kita doakan kesejahteraan beliau di sana dan supaya roh beliau dicucuri rahmat. 

Dengan berakhirnya penulisan saya ini, bermakna tamatlah hayat blog ini bersama-sama tuannya. Terima kasih di atas segala sokongan yang telah diberikan. 

Sekian,
Nisa Kay,
Assalamualaikum

......................................

Maybe camni la gamaknya rupa entri kalau aku takdek nanti..hmmm... 

> Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada otak? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Tuuu diaa...semua pakat angkat jari tengah dekat aku


Sumber idea

7 3 orang nak menyampuk:

Hootoh Blog Tudia berkata... [Reply]

إنا لله وإنا إليه راجعون
Semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman. Kita telah kehilangan seorang blogger yang banyak berpesan-pesan ke arah kebaikan. Semoga panduan dan ilmu dari beliau menjadi penyambung pahala di alam sana

أعظم الله أجرك وأحسن عزائك وغفر لميتك
"Semoga Allah memberikan pahala yang berganda-ganda kepada saudara dan menjadikan saudara dapat bersabar dengan sebaik-baiknya serta diampunkan orang yang telah mati"
الفاتح

Ira K berkata... [Reply]

Eh?? Is this a pranked? =_=

Cik Zaitul berkata... [Reply]

Alfatihah,
Nisaa ke...
Ciss, ko tipu yeee... nak je aku bg sup kaki kat hang..

Btw, mmg menabah lah aku bace dr atas,..

Sekian ,
Puiii dr aku.
Lol

Nurainothman berkata... [Reply]

Rs mcm nk bg penumbuk je dkt arwah tu. blh?

tenku butang berkata... [Reply]

hai.. salam kenal,
follower no.1402
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

Aida Ismail berkata... [Reply]

Gigih aku baca sampai habis. Hahahampeh~

Yana Sakura berkata... [Reply]

tudiaaa...terkena sekali..punya la tangkap feeling leleh..merembes air mata wa utk Ikmal Hanif..rupenyer prank..sabor je laa..Haha..kemain tu guna gmbr Nisa Kay..xmenahan..Hahaha =)