Geng Berus Gigi..

6 Julai 2013

Si Kucing Mencekik Rumput

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Di suatu pagi yang berjerebu, aku keluar mengambil angin di kawasan perumahan untuk menghirup udara jerebu yg bapak menyeksakan saluran aesofagus sambil menggutil sisa-sisa taik mata yang masih melekat mekar di tepi mata.

Tetiba perhatian aku tertumpu dekat seekor kucing gebu yang tengah syok berguling-guling atas rumput sambil membuat aksi telentangkan dadanya. Kau ingat aku bernafsu dengan spesis kucing macam engkau ke hape? Kucing murahan!
Tapi apa yang mengganggu pemikiran aku ialah apabila aku terlihat dia duk mengunyah rumput. Sandiwara apakah ini? Takkan disebabkan JDT kalah bola semalam kucing-kucing di dunia dah mogok nak jadi herbivor? Kahkahkah cilaka betei aku ni.

Nak tanya dekat kucing, nanti orang fikir aku duk try mengawan dengan kucing pulak! So terpaksalah aku research dekat internet.

Jadi, daripada apa yang aku faham, kucing-kucing ni suka menjilat bulu di badan untuk menjaga kebersihan badan dia. Lantaran itu, akan ada banyaklah bulu-bulu yang melekat dekat lidah-lidah depa.

Bagi mengelakkan depa tertelan bulu-bulu tersebut, depa akan mengunyah rumput untuk merangsang mereka bagi memuntahkan benda yang tak dapat dihadam dalam sistem pencernaan mereka.
Jadi, bagi spesis manusia yang suka jilat bulu di badan diri sendiri mahupun bulu housemate, mohon angpa makan rumput okey?

Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada mata? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Teringat dekat arwah kucing aku yg kakinya tempang. Dia tak cerewet langsung dalam bab makanan; Kuih bahulu, tepung pelita dengan durian pun dia cekik.

7 3 orang nak menyampuk:

Orange Vivaz berkata... [Reply]

wow satu fakta yg menarik (:

paripariputih berkata... [Reply]

ha ha ha ha first time ok boleh terima fakta ko ni ik... tpi mmg betul la... itu cara dia jari2 dia mana runcing nak kuarkan bulu yg tersangkut lam kerongkong dia tu... b.t.w satu lagi klw kucing asik makan rumput jer tu.. buh ikan dia x mo, buh whiskers dia tak mo, itu tanda dia sakit.. lepas ni Ik jan la pulak ko cuba2 kunyah rumput tu.. nak rasa sedap ke tak... tak pun ko dan tertelan bulu roma kat badan ko.. ko nak kuar ikut cara kucen tu kan.. ekekekekk kbai :P

Athirah Farah berkata... [Reply]

perghh .. ingat kan ik ni nak ikot style kucing mam rumput.! baru nak emel kat tb3 tok buat liputan..kuikuikui :P

fadh leyanie berkata... [Reply]

dodol arwah kucing hang makan dak? ahaha :D

sha (chirp chirp) berkata... [Reply]

huhu. ade satu pokok ni tak ingt nma dia, kucing akn tarik pokok tu kua, gigit2 akar & guling2 atas akr yg berair tu. akr tu bole jadi ubat. tapi yg psl rumput tu, baru tau. huhu

Mime MF berkata... [Reply]

hahaha dh besa dh tgk kucim meragut rumput...tp bab muntah balik tu yg berang..sbb kena cuci...hukhuk~

||aLeaSaRa|| berkata... [Reply]

hohoho selama ni ingatkan rumput tu makanan kucing,rupanya ada sebab kucing makan,patutlah lepas tu muntah.nice info he3...