Geng Berus Gigi..

26 Julai 2013

Miskin? Kesiannya..Eh Mak Panggil

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Dalam bulan Ramadhan ni, peminta sedekah makin menjadi-jadi. Yang aku heran, ada yang sebelum posa jadi Angkasawan tapi bila tiba ja bulan Ramadahan tetiba jadi peminta sedekah. Orang yang macam ni layak diikat dekat tiang jamban and direjam menggunakan mozek.

Situasi 1 :
Gambar di atas ialah sambungan bg entri ni
Kalau dah kudung, bertelinga capang, bermata juling bak kata orang sempurna penderitaan memang layak kita menghulurkan sedekah untuk depa. Bukan apa, kalau dah dalam keadaan macam tu apa yang dia boleh buat? Nak toreh getah? Takkan nak toreh getah pakai gigi kut. 

Situasi 2:
Kadang-kadang kita menuduh fakir miskin yang terdesak untuk mencari sebutir nasi itu gila tanpa kita sedari yang dia sebenarnya dalam keadaan kelaparan. Harapkan belas kasihan manusia, derma pun singgit. Sekarang jamban pun 50 posen tau! Baik cari dalam tong sampah. Manala tahu kut-kut ada beefsteak ke, cheesy wedges ke, murtabak ke. Lagipun tak menyusahkan orang lain.

Situasi 3:

Aku tahu ramai yang kesian dekat orang miskin tu. Ramai yang akan cakap

"Kalau saya ada kat situ, saya janji dekat awak, ni tangan kanan saya ni, saya janji yang saya akan tolong dia. Hah! Ni tangan kiri saya, saya janji yang saya akan bagi sedekah dekat dia selama-lamanya!
Tapi hakikatnya?? Blegrh!!! 

Situasi 4
Time berbuka, komfem ada yang mogok tak nak makan kurma kalau juadah tak penuh satu meja. Tanpa kita sedari, depa yang miskin maybe tak makan pun. Insafla wei!!

.....................

Barang siapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi) 


> Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada akal? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum <


notakakikechik :: Hensem tak mengenal usia. 

4 3 orang nak menyampuk:

Diya Hanun berkata... [Reply]

ahahaa..ade pulak puteri awani kat situ,..

paripariputih berkata... [Reply]

First time aku mengalirkan air mata baca n3 ko ni ik, selalunya aku mengalirkan aiyo liur jer weh... good one, betul aku setuju dgn kau... kita mewah2 complain itu x best, ini tak best, derang tu sisa2 makanan (even dlm tong sampah lah) yg jadi makanan utk alas perut... insaf weh... T__T

sudipVSsenduk berkata... [Reply]

selalu ingatkan anak2, tangan yg memberi lebih baik dr yg menerima & jangan lokek utk bersedekah.

Cik Kechik berkata... [Reply]

hahah adoii nasik kangkang pun ade ea..