20 September 2013

Alfatihah Blogger Mohd Zain Ismail

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers~~
 "Sayo nok, tange duk muluk! Jange wi bunyi soro! 
(Saya nak tangan letak di mulut dan jangan bunyikan suara)

Itulah seungkap ayat yang sering beliau lafazkan ketika menjadi guru disiplin di SMK Hamzah 2. Dan pada ketika itu, semua pelajar nakal akan mula mengejek and menganjing beliau dengan gelaran "Kambing" or "Beekkkk". Salah seorang budak nakal tersebut ialah aku.

Sehari aku melangkah ke SMK Hamzah 2, aku telah disekeh oleh beliau sebab naik rehat lambat. Memang bengang betul. Semua nama binatang aku sebut time tu. Dalam hati nak je aku pintal-pintal janggut dia.

Tahun demi tahun, hubungan aku dengan beliau makin rapat. Beliau mula mengenali aku dan aku selalu menegur beliau. Ibaratkan beliau ialah sahabat dan penenang fikiran. Setiap kali terserempak pasti aku akan ucapkan

"Cikgu sihat?"
"Nak balik dah cikgu? Kirim salam dekat anak ok?"


19.9,13 (2 tengah hari)

Arwah berjalan menuju ke kereta. Pada kebiasaannya aku akan menegur beliau. Tapi haritu tiba-tiba aku jadi takut untuk menegur beliau. Entah kenapa, bila melihat muka beliau, perasaan kasihan mula menguasai. Hati rasa sayu. Muka beliau nampak lain. Aku hanya memerhatikan beliau melangkah pergi.

2.55 ptg

Beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika dalam perjalan menuju ke Hospital Machang, Kelantan. Perasaan sebak mula menguasai. Guru yang baru dilihat berjalan dalam sejam yang lepas telah tiada. Macam tak percaya. Speecless.

Lepasni aku akan merindui seseorang yang sentiasa tersenyum. Yang sentiasa memanggil aku dengan nama Hanif walaupun berkali kali aku betulkan. Seseorang yang mempunyai perwatakannya yang tersendiri. Seseorang yang pernah aku mengata dan belum sempat memohon keampunan..
Yang duduk dekat bawah tu aku, bukan Fahrin Ahmad 

Siapa sangka, tahun lepas beliau menulis tentang pemergian guru lain, tapi harini nama dia jadi tajuk di dalam penulisan aku. Mungkinkah nanti akan ada yang menulis tentang aku bila aku pergi? Sesungguhnya kematian itu rahsia Allah.


Alfatihah Mohd Zain Ismail
 Guru di SMK Hamzah 2.

Kalau lepas ni giliran kita, cukupkah amalan kita untuk menghadap Ilahi? Mati itu singkat.

Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada otak? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum.

notakakikechik :: Dulu arwah sering mintak tips blogging dengan aku. Semakin ramai kenalan yang pergi. Mohon ampun salah dan silap yang telah aku lakukan.

10 3 orang try hard:

Mawardi Yunus berkata... [Reply]

takziah buat ko dan keluarga arwah. Al-Fatihah buat arwah.

Hard Eta berkata... [Reply]


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
The most heartfelt sorry to hear about the death of "name of deceased".
To Allah we belong and to Him is our return. With my deepest sympathy, please accept my condolences
Al-Fatihah الفَاتِحَة

— Hard Eta

Nur Athirah berkata... [Reply]

Mudah-mudahan segala ilmu yang dicurahkan di sekolah atau pun di blog membawa kesejahteraan buat arwah di sana.

baby comel berkata... [Reply]

takziah atas pemergian arwah cikgu zain. semoga arwah tenang disana. Ilmu yang arwah cikgu ajar, mohon dikembangkan sebaiknya.. Al-fatihah,

Cik Kechik berkata... [Reply]

Al-fatihah..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Arwah Cikgu Zain ini, adakah dia pemilik blog banggolpetaicom.blogspot ..??
( Forum menanti dibawah langit & Syeikh2013 ). Mohon pencerahan. TQ....

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Arwah Cikgu Zain ini, adakah dia pemilik blog banggolpetaicom.blogspot ..??
( Forum menanti dibawah langit & Syeikh2013 ). Mohon pencerahan. TQ....

Ik Hanif berkata... [Reply]

Anonymous : rsnye bukan kut

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Assalamualaikum wbt., sekadar bertanya jika sekiranya saudara dapat beritahu nama facebook Allahyarham Cikgu Zain semasa hidup. Terima kasih, jazakillahikhairan dan al Fatihah.

Tanpa Nama berkata... [Reply]

@Ik Hanif

Salam tuan... Disini tuan catitkan tarikh pemergian Arwah Cikgu Zain pada 19/09/2013.... Sila tuan masuk blog Banggolpetaicom.blogspot, Menanti DiBawah Langitmu & Syeikh2013... Ketiga2 blog tersebut sudah tidak aktif lagi kerana dikatakan tuan blog telah meninggal dunia pada tarikh yg sama iaitu 19/09/2013.