5 Oktober 2013

Kenapa Orang Pandang Aku Macam Tu?

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Kecewa, sedih, riak, sakit perut.. itulah yang aku rasakan sekarang. Setiap kali bersosial dengan manusia, semua akan salah faham. Dorang selalu pandang aku macam aku ni tua semacam. Rupa tak padan dengan usia. Kadang-kadang bangga, kadang-kadang rasa nak telan beteri laptop sampai sawan. 

Masa aku standard 5 dulu, budak-budak panggil aku Ramli Sarip versi monopos awal. Sebabnya, aku dah ada uban selai dua. Masa masuk form 1, semua pakat tanya


"Abang failed PMR ke dulu sebabtu nak repeat high school?"

Kepala budak tu selamat aku telangkupkan dalam laci meja.
Masa balik kampung, jiran-jiran pulak tanya,


"Baru balik? Orang rumah mana?"

Kepala otak aku ligat berfikir, kalau direjam penyapu dalam mulut mak cik ni nanti tak pepasal cucu dia bakar rumah aku. So baik aku diamkan aja. 
Ni kisah semalam masa ontheway nak gi solat Jumaat, itu cukup membuktikan bahawa aku lelaki sejati. Time tu aku berjalan pi masjid. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti tepi aku and seorang remaja berusia dalam lingkungan 20-an menegur


"Pakcik nak tumpang? Kesian pakcik tua-tua jalan jauh. Nanti kalau tersadung batu lepastu terjuih bibir atas jalan siapa yang susah?"

Tanpa segan silu aku tarik rambut mamat tu dengan harapan dapat membotakkan kepalanya lantas menyebarkan virus kutu babun gila. Damn! Muka aku ni tua sangat ke?!!

> Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada akal? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Komfem lagi setahun orang call aku, "Ini rumah orang tua-tua, nak buat tempahan awal?" Cilakak!

12 3 orang try hard:

baby comel berkata... [Reply]

serius?? terlebih matured ni. xpe, janji kita tau siapa kita, apa yg kita buat, apa yg kita fikir, apa yg ada dalam hati.. okey, hidup jgn stress sgt. tu yg bahaya

asha hana berkata... [Reply]

hahha rilex2. matured tu. unik what? yang penting kita adalah kita. orang lain tak dapat apa yang kita dapat. :)

Aya Zuki berkata... [Reply]

hahaha sabo jela :D

mazni berkata... [Reply]

takdelah tua sgt sye rasa. gambar kt sidebar tu nmpk mcm org muda apa. haha :)

Mime MF berkata... [Reply]

err tgk gambar kt sidebar tu cm okey je..xda la tua pun..xpa..matured..sabaq noh..mata depa kero kot..

NJihe.am berkata... [Reply]

Salam singgah, rileks brother rileks.. studioous.blogspot.com

aisyah fashadeland berkata... [Reply]

hye. done follow your blog. follow me back ? i need your comment: ke mana hala tuju selepas pmr


sha (chirp chirp) berkata... [Reply]

woaah, marah betul ni. tapi tgk gamba kat tepi nmpk muda jee :D

Cik Kechik berkata... [Reply]

ekeke...lek aa..orang lain xde,u should proud 4 it..

zuhdi sanusi berkata... [Reply]

haha., tarik nfas pnjng2 bro., xelok marah2 nnt lekas tua., syukur la ngn aper yg ader., aku pun lbih kurng gak., cuma opposite ngan ko jer., :D

Nuzime Si Pari Pari Putih berkata... [Reply]

aku singgah sini nak say HI jer boleh tak IK?? ekekekekek ^..^

Muna rahimah berkata... [Reply]

Hahahaha ik tak tua, cumanya muka tu terlebih matang :)