Geng Berus Gigi..

25 November 2013

Resepi : Nasi Berbujanganku Bersama Meggi Oreo

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Korang berstatus bujang? Mengidam nak makan sedap-sedap tapi noharam malasnya nak sarung seluar pi kedai?  Harini aku ada sediakan sebuah resepi spesel yang boleh korang try. Yang paling menarik, korang boleh memasak sambil berbogel lagi. Itu pun biarlah kena dengan tempatnya. Kalau sendirian dekat rumah tu bolehlah, jangan pulak engkorang nak memasak moreh dekat masjid pun sambil berbogel. Itu berpenyakit gila namanya!

Bahan-bahan



Beras  
Air singki / coca-cola
Ulam - ulaman
Oreo
Meggi  

Cara penyediaan

1. Basuh beras menggunakan air singki. Kalau time tu air kena potong sebab tak bayar bil, korang boleh guna coca-cola. Selain memberi rasa yang unik kepada nasi, ianya juga memberi warna kehitam-hitaman yang mampu menggugat selera bakal mak mertua.

Ni la nasi coca-cola!! Perghh..naik dosa menipu aku.
2. Rebus nasi di dalam rice cooker ataupun dapur arang. Pastikan api ataupun plug dihidupkan. Jangan ditunjuk sangat kebengapan tu. Nanti bulu hidung dah 3 meter tapi nasi tak masak-masak!

3. Sementara menunggu beras tu jadi nasi, korang boleh bersih-bersihkan ulam-ulaman yang disediakan tadi. Oh ya, lupa nak bagitahu, kalau tak jumpa ulam-ulaman korang boleh gantikan dengan daun pokok menkudu, daun terup, kalau takde jugak korang boleh taruk pokok bonzai. Ikut citarasa masing-masinglah ok?

4. Lepas nasi dah siap masak, korang boleh hidangkan bersama-sama dengan ulam-ulaman tadi. Sedap jika dicecah dengan budu mahupun milo cair. Eh, tertinggal! Oreo and meggi tu untuk dilahap ketika menunggu nasi masak.
Ni bini orang, jgn pndg lelebih. gua nk tunjuk oreo tu je.
Selamat mencuba!!

> Korang ada mata korang tengok, korang ada hati korang nilai, korang ada otak? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum<

Notakakikechik : Lama betul aku menghilang. Kebizian dengan realiti mengganggu kewarasan otakku..perghhh trasa macam A Samad Said pulak!

5 3 orang nak menyampuk:

Lyeen De Syifa berkata... [Reply]

Aku tak rasa benda pelik ni sedap.
Ntah apa..tak emmasal aku kena cirit birit setahun...~~

artiirhamna berkata... [Reply]

ape rase coca cola dengan beras,, sedap keh??
Ragu nak coba resepi ni -_-

salam kenal awak :D

Faizahh Ishak berkata... [Reply]

haaaa macam dah basah kepala ni kene kencing..hahaha

Azwar Syuhada berkata... [Reply]

pelik?? ala2 nasi kerabu pun ada.. sedap ke?? kuikuihh..

sha my heart berkata... [Reply]

Adeh, aku baru jer ingat nak masak macam ni. tapi nak salin resipi.. rerupanya kena kencing. Adeh.. hahaha~