Geng Berus Gigi..

18 Februari 2013

Cinta PubliSHITi !


~~Assalamualaikum To Bloggers And Readers~~


Hey guys!!
Gong Xi Fa Choi !! Hope tak lewat sangat aku mengucapnya. So, whatsup? Still happy dengan hidup korang? Taknak try mengimarahkan Times Square dengan aktiviti terjun secara berjemaah? Its Cool beb! 

Sudah menjadi trend budak-budak zaman sekarang yang bila putus cinta or terasa alone je mesti nak carik bangunan yang tinggi-tinggi. Kalau difikirkan balik memang bangang pun tapi itu hak dorang right? Hak terjun bangunan hak kami katanya. Tak ke bangang?

Topik yang aku nak share harini pun dah kira trend zaman sekarang jugak. Cinta Publishiti ni memang tengah mengulor di kalangan remaja-remaja yang duk angau tak tentu pasal dekat si polan bin/binti anu. Kentut sendiri bau sendirik bak kata M Naisiaq.

Just nak cakap, bercinta tu tak salah disisi undang-undang Negara Morocco but ia menjadi kesalahan bagi aku kalau korang duk bercinta tapi sibuk nak heboh dekat Facebook, Twitter, Blog, Friendster, or anything else. Its anoyying!!

Korang tak rasa annoying ke bila terbaca status facebook orang yang tengah angau like:


"Shayew Shukew n Shinter tan AwUcks. shayew NuCKs AwUcks jaDy yg Halal Wat Shayew! Muuuaaccchh"

Ceh! Tulisan tak akil baligh, ada hati nak bercinta! Tak cukup dengan tulisan yang separa hidup tu, dia tambah pulak flying kiss dekat belakang. Trasa macam aku telah berzina dengan tulisan pun hada. Kalau tu makwe aku komfem-komfem aku togelkan kepala dia.

Errrr... Hai awak!!! Kalau awak tengah baca entri ni saya gurau jeee..sweet tucks syayew guraw nan awucks?? Muuuaaahh!! shayang awucks shanat-shanat!! Nanty tiitew meces ek cayunk!

Yang tak menahan, bukan stakat dalam FB dia carut, dalam blog pun ada!! Entri tak sampai 3 perenggan tetapi telah dirojakkan dengan ayat yang tak seberapa nak hidup and ditambah dengan berzina tulisan macam tadi: 


"Muuuaaaccchhh!!!"


Memang takleh blah. Setiap kali selesai aku baca entri yang cenggini komfem aku rasa macam hidup aku tak guna dah. Kalau kawan aku ada dekat sebelah komfem aku suruh dia hentak kepala aku pakai beg teletubies. Tiuuttt nyewww!!
The moral is, tak salah kalau korang nak kapel but perlu ke korang publisitikan ia? Tahulah korang nak bagitau satu dunia yang si dia ni korang punya but try bayangkan kalau korang clash? 

Time tu orang-orang yang baca setiap post "publishiti" korang n dorang mesti akan gelak and cakap:



"Bhahaha. dah putus? dulu bukan main heboh macam nak kawin bagai tapi baru 1 minggu kapel dah putus?? Sialnye lu..baik kapel dengan badak la oih!"


So, 


Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada otak? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum guys!!



Notakakikechik :: Aku geram nak menyeterika muka orang-orang yang amalkan publishiti ni.