26 Julai 2013

Miskin? Kesiannya..Eh Mak Panggil

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Dalam bulan Ramadhan ni, peminta sedekah makin menjadi-jadi. Yang aku heran, ada yang sebelum posa jadi Angkasawan tapi bila tiba ja bulan Ramadahan tetiba jadi peminta sedekah. Orang yang macam ni layak diikat dekat tiang jamban and direjam menggunakan mozek.

Situasi 1 :
Gambar di atas ialah sambungan bg entri ni
Kalau dah kudung, bertelinga capang, bermata juling bak kata orang sempurna penderitaan memang layak kita menghulurkan sedekah untuk depa. Bukan apa, kalau dah dalam keadaan macam tu apa yang dia boleh buat? Nak toreh getah? Takkan nak toreh getah pakai gigi kut. 

Situasi 2:
Kadang-kadang kita menuduh fakir miskin yang terdesak untuk mencari sebutir nasi itu gila tanpa kita sedari yang dia sebenarnya dalam keadaan kelaparan. Harapkan belas kasihan manusia, derma pun singgit. Sekarang jamban pun 50 posen tau! Baik cari dalam tong sampah. Manala tahu kut-kut ada beefsteak ke, cheesy wedges ke, murtabak ke. Lagipun tak menyusahkan orang lain.

Situasi 3:

Aku tahu ramai yang kesian dekat orang miskin tu. Ramai yang akan cakap

"Kalau saya ada kat situ, saya janji dekat awak, ni tangan kanan saya ni, saya janji yang saya akan tolong dia. Hah! Ni tangan kiri saya, saya janji yang saya akan bagi sedekah dekat dia selama-lamanya!
Tapi hakikatnya?? Blegrh!!! 

Situasi 4
Time berbuka, komfem ada yang mogok tak nak makan kurma kalau juadah tak penuh satu meja. Tanpa kita sedari, depa yang miskin maybe tak makan pun. Insafla wei!!

.....................

Barang siapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun (HR Tirmidzi) 


> Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada akal? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum <


notakakikechik :: Hensem tak mengenal usia. 

19 Julai 2013

Jangan Disakat Orang Nak Berak!

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Salam makan sorok-sorok semua.
Pernah tak korang mendajalkan kawan-kawan korang yang tengah mentenuk menahan najis dari terkeluar? Sesungguhnya itu ialah perbuatan yang keji. Lagi-lagi dalam bulan puasa ni, makin tercabar kesabaran si peneran. 
So, jangan sesekali korang menguji kesabaran seseorang yang tengah tahan berak kalau tak nak mati dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Di bulan Ramadhan pun kesabaran ada tahapnya.


> Korang ada mata korang tengok, korang ada hati korang nilai, korang ada akal? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum <

notakakikechik :: Makin hari makin liat nak bangun sahur. Petanda apakah ini? Maybe nk dpt jodoh kut..

10 Julai 2013

Bulan Jangan Korek Hidung Di Siang Hari

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Cepat betul masa bergerak, seingat aku baru semalam aku curi-curi makan paha ayam belakang peti ais tap tap dah nak puasa balik.
Bila mentioned pasal puasa ja, mesti kita akan teringat pasal zaman-zaman kecik kita dulu kan? Ni aku nak cerita pasal aku masa dulu-dulu. Pada zaman tuuuuu

Siapa yang ada mercun paling banyak dikira sebagai ketua

Orang lain duk terawikh tapi aku duk tunggu moreh siap

Time sahurlah time yang paling menyeksakan


Dekat sekolah sibuk tanya kawan berbuka/sahur apa

Kalau aku tulis semua komfem tak berqiamullai korang malam ni. Eceh, bangun sahur pun payah ada hati nak qiamullai. Tidur mengalahkan beruang berhibernasi.

Aku just nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslim di dunia and jangan memandai-mandai nak period. Yang lelaki jadah apa period? Nak klua ikut mana darahnya? Celah ketiak?

So,
Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada otak? Korang fikir la sendiri. Assalamualaikum <


notakakikechik :: misi mencari Lailatul Qadar. Jgn kentut dlm air!


6 Julai 2013

Si Kucing Mencekik Rumput

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Di suatu pagi yang berjerebu, aku keluar mengambil angin di kawasan perumahan untuk menghirup udara jerebu yg bapak menyeksakan saluran aesofagus sambil menggutil sisa-sisa taik mata yang masih melekat mekar di tepi mata.

Tetiba perhatian aku tertumpu dekat seekor kucing gebu yang tengah syok berguling-guling atas rumput sambil membuat aksi telentangkan dadanya. Kau ingat aku bernafsu dengan spesis kucing macam engkau ke hape? Kucing murahan!
Tapi apa yang mengganggu pemikiran aku ialah apabila aku terlihat dia duk mengunyah rumput. Sandiwara apakah ini? Takkan disebabkan JDT kalah bola semalam kucing-kucing di dunia dah mogok nak jadi herbivor? Kahkahkah cilaka betei aku ni.

Nak tanya dekat kucing, nanti orang fikir aku duk try mengawan dengan kucing pulak! So terpaksalah aku research dekat internet.

Jadi, daripada apa yang aku faham, kucing-kucing ni suka menjilat bulu di badan untuk menjaga kebersihan badan dia. Lantaran itu, akan ada banyaklah bulu-bulu yang melekat dekat lidah-lidah depa.

Bagi mengelakkan depa tertelan bulu-bulu tersebut, depa akan mengunyah rumput untuk merangsang mereka bagi memuntahkan benda yang tak dapat dihadam dalam sistem pencernaan mereka.
Jadi, bagi spesis manusia yang suka jilat bulu di badan diri sendiri mahupun bulu housemate, mohon angpa makan rumput okey?

Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada mata? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Teringat dekat arwah kucing aku yg kakinya tempang. Dia tak cerewet langsung dalam bab makanan; Kuih bahulu, tepung pelita dengan durian pun dia cekik.