Geng Berus Gigi..

20 September 2013

Alfatihah Blogger Mohd Zain Ismail

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers~~
 "Sayo nok, tange duk muluk! Jange wi bunyi soro! 
(Saya nak tangan letak di mulut dan jangan bunyikan suara)

Itulah seungkap ayat yang sering beliau lafazkan ketika menjadi guru disiplin di SMK Hamzah 2. Dan pada ketika itu, semua pelajar nakal akan mula mengejek and menganjing beliau dengan gelaran "Kambing" or "Beekkkk". Salah seorang budak nakal tersebut ialah aku.

Sehari aku melangkah ke SMK Hamzah 2, aku telah disekeh oleh beliau sebab naik rehat lambat. Memang bengang betul. Semua nama binatang aku sebut time tu. Dalam hati nak je aku pintal-pintal janggut dia.

Tahun demi tahun, hubungan aku dengan beliau makin rapat. Beliau mula mengenali aku dan aku selalu menegur beliau. Ibaratkan beliau ialah sahabat dan penenang fikiran. Setiap kali terserempak pasti aku akan ucapkan

"Cikgu sihat?"
"Nak balik dah cikgu? Kirim salam dekat anak ok?"


19.9,13 (2 tengah hari)

Arwah berjalan menuju ke kereta. Pada kebiasaannya aku akan menegur beliau. Tapi haritu tiba-tiba aku jadi takut untuk menegur beliau. Entah kenapa, bila melihat muka beliau, perasaan kasihan mula menguasai. Hati rasa sayu. Muka beliau nampak lain. Aku hanya memerhatikan beliau melangkah pergi.

2.55 ptg

Beliau telah kembali ke Rahmatullah ketika dalam perjalan menuju ke Hospital Machang, Kelantan. Perasaan sebak mula menguasai. Guru yang baru dilihat berjalan dalam sejam yang lepas telah tiada. Macam tak percaya. Speecless.

Lepasni aku akan merindui seseorang yang sentiasa tersenyum. Yang sentiasa memanggil aku dengan nama Hanif walaupun berkali kali aku betulkan. Seseorang yang mempunyai perwatakannya yang tersendiri. Seseorang yang pernah aku mengata dan belum sempat memohon keampunan..
Yang duduk dekat bawah tu aku, bukan Fahrin Ahmad 

Siapa sangka, tahun lepas beliau menulis tentang pemergian guru lain, tapi harini nama dia jadi tajuk di dalam penulisan aku. Mungkinkah nanti akan ada yang menulis tentang aku bila aku pergi? Sesungguhnya kematian itu rahsia Allah.


Alfatihah Mohd Zain Ismail
 Guru di SMK Hamzah 2.

Kalau lepas ni giliran kita, cukupkah amalan kita untuk menghadap Ilahi? Mati itu singkat.

Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada otak? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum.

notakakikechik :: Dulu arwah sering mintak tips blogging dengan aku. Semakin ramai kenalan yang pergi. Mohon ampun salah dan silap yang telah aku lakukan.

6 September 2013

Tutorial Melukis Biri-Biri

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Hai geng,
Harini aku nk buang tebiat buat tutorial. Biri-biri ni spesis binatang bukannya kerepet, mohon faham! Aku akan ajar dengan slow and steady. Kalau lebih-lebih nanti kena tangkap pulak sebab mengajar tanpa tauliah!

Tutorial Melukis Bebiri

1. Sediakan kertas dan pensil. Sebaiknya kertas A4 tapi kalau nk guna kertas pasir pun boleh. Dinasihatkan supaya guna pensil kawan kerana ini dapat menguntungkan anda.

2. Lukiskan bentuk "U" yang besar untuk bahagian kepala. Pastikan ianya berbentuk "U" dan bukannya "Z" mahupun "W". Tak pernah seumur hidup aku nampak bebiri muka berbentuk "W".

3. Kemudian tambahkan "noktah" di bahagian mata. Ikutlah kreativiti korang nak create macam mana mata dia. Nak bagi ada lampu raya ke, nak buat bulu mata sampai ke dahi ke. Its up to you. Tapi ingatlah yang korang tengah lukis bebiri bukannya Didie Alias!

4. Selepas itu, tambahkan bentuk awan-awan dekat keliling bentuk "U" tadi. Sekarang dah ada bentuk biri-biri bukan? Entahla, aku punya dah macam rupa David Arumugam pun ada.

5. Kemudian, tambahkan 4 batang kaki kepada bebiri anda bagi menambahkan ke real an lukisan anda. Dinasihatkan hanya 4 batang kaki, nak buat banyak-banyak buat apa? Bebiri kacuk lipan ke camna?






6. Untuk menonjolkan lagi lukisan tersebut, anda boleh try shaded contra lukisan tersebut dengan menggunakan pensil. 

7. Gunakan crayon untuk menambahkan colour kepada lukisan anda.

8. Akhir sekali, gunakan watercolour untuk melukis background bebiri tersebut.


Harapnya dengan tutorial tersebut, aku berjaya mengajar seseorang melukis binatang. Sebarang cadangan boleh dicadangkan kepada aku melalui kotak komen.

>Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada otak? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum<

Notakakikechik :: Draw me like one of your french girls -Titanic-


3 September 2013

Hai Makhluk Sekalian Alam

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
#Pray for Islam Nation
Hai semua,
Aku update entri ni just sebab aku nak bagitahu yang aku masih lagi bernafas di muka bumi ini. Aku tahu dari hari ke hari readers makin ramai yang berpaling tadah ke tempat lain. Itulah melayu, cakap sehidup semati, tapi hakikatnnya? Puih! 

Nafsu untuk berblog memang masih mencanak tapi hakikatnya masa tidak mengizinkan. Ditambahkan pulak sekarang aku tengah asyik dengan kerja baru aku. Alhamdulillah gaji tak seberapa tapi mampulah untuk menampung perbelanjaan aku dengan anak-anak kucing peliharaan aku makan.

Dikesempatan ini aku nk mengucapkan 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
- Mohon maaf jika ada terguriskan perasaan sesiapa terutama kepada Doktor Rozmey. Banyak dosa aku dengan beliau.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke- 56
- Alhamdulillah Malaysia "semakin aman" dengan peluru dan kejadian tikam menikam. Rakyat yang macam ni la kita perlukan untuk memajukan negara kita ke arah pendajalan. Terima kasih. 

InsyaAllah aku akan update lagi di dalam masa yang terdekat. Aku harap masih ada yang sudi membaca blog ni. 
Untuk menempah sila hubungi 014-5841319313

>Korang ada hati korang nilai, korang ada mata korang tengok, korang ada akal? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum<

Notakakikecik : Gua ingat nk upgrade blog ni jadi stesen minyak. Komfem untung banyak!