Geng Berus Gigi..

5 Oktober 2013

Kenapa Orang Pandang Aku Macam Tu?

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Kecewa, sedih, riak, sakit perut.. itulah yang aku rasakan sekarang. Setiap kali bersosial dengan manusia, semua akan salah faham. Dorang selalu pandang aku macam aku ni tua semacam. Rupa tak padan dengan usia. Kadang-kadang bangga, kadang-kadang rasa nak telan beteri laptop sampai sawan. 

Masa aku standard 5 dulu, budak-budak panggil aku Ramli Sarip versi monopos awal. Sebabnya, aku dah ada uban selai dua. Masa masuk form 1, semua pakat tanya


"Abang failed PMR ke dulu sebabtu nak repeat high school?"

Kepala budak tu selamat aku telangkupkan dalam laci meja.
Masa balik kampung, jiran-jiran pulak tanya,


"Baru balik? Orang rumah mana?"

Kepala otak aku ligat berfikir, kalau direjam penyapu dalam mulut mak cik ni nanti tak pepasal cucu dia bakar rumah aku. So baik aku diamkan aja. 
Ni kisah semalam masa ontheway nak gi solat Jumaat, itu cukup membuktikan bahawa aku lelaki sejati. Time tu aku berjalan pi masjid. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti tepi aku and seorang remaja berusia dalam lingkungan 20-an menegur


"Pakcik nak tumpang? Kesian pakcik tua-tua jalan jauh. Nanti kalau tersadung batu lepastu terjuih bibir atas jalan siapa yang susah?"

Tanpa segan silu aku tarik rambut mamat tu dengan harapan dapat membotakkan kepalanya lantas menyebarkan virus kutu babun gila. Damn! Muka aku ni tua sangat ke?!!

> Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada akal? Korang fikirla sendiri. Assalamualaikum <


Notakakikechik :: Komfem lagi setahun orang call aku, "Ini rumah orang tua-tua, nak buat tempahan awal?" Cilakak!