30 November 2014

Seksi? Abah Kau!

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Dengan penuh kerakusan nafsu yang mencanak, aku mempersembahkan peragaan artis di Anugerah Skrin 2014! 
Yang last sekali tu rasa macam nak libas setarika je atas kepala dia. Who with me?

So, pernah tak kita terfikir kenapa ramai sangat wanita Melayu Islam di negara kita sekarang ni yang kain baju di renovate jadi sarung nangka? Tudung dorang belit jadi sanggul kain kafan? Seluar dorang ketatkan jadi sarung meggi? Perut aku lapar sekarang ni so jangan tanya kenapa mesti meggi.

In TV, boleh dikatakan semua drama or movie wajib akan ada scene ranjang or peluk. Why? Sebab kalau tak ada scene camtu nanti lelaki tak nak pergi tengok. UAI tak masukkan scene cenggitu dalam program dia ramai pulak lelaki yang datang? Or yang datang tu semua gay? Errr habis aku kena block satgi.
Aku terfikir, tak boleh ke kalau direktor dekat Malaysia ni buat drama yang bila scene GRO je pakaikan dorang dengan baju kurung, jubah, or kalau nak tengok menggoda sikit sarungkan dorang dengan baju kelawar. Tak ke OK camtu? Aurat pun dapat ditutup kan?

Ni satu lagi, Aku tengok sekarang ni dah ramai sangat perempuan remaja yang kat lua sana pakai mengalahkan Maria Ozawa! Bagi mengelakkan salah faham aku jumpa nama Maria Ozawa dekat surat khabar, jangan buat propaganda yang bukan-bukan. Nanti aku gigit cuping telinga baru tau!

Korang pakai seksi-seksi nak tunjuk dekat siapa? Kalau kena rogol korang salahkan lelaki, tapi korang pakai baju macam nak offer diri untuk dirogol tu kenapa? Lainlah aku. Aku kalau pakai baju ketat and skirt berbelah sampai dada, komfem mak bapak aku pakat rejam aku guna microwave!
Bagi sesiapa yang panas hati mendengar, aku mohon maaf. Aku tahu aku sendiri pun tak sempurna tapi sebagai manusia kita haruslah saling menegur. Kalau aku sempurna dah lama aku upgrade diri jadi Nabi.

>Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada akal? Korang fikirlah sendiri. Assalamualaikum<


notakakikechik :: Ibarat keeper meninggalkan gol

28 Ogos 2014

Ibarat Lembu Tercekik Keyboard

~~ Assalamualaikum To Readers And Followers ~~
Aku terpaksa menyepi lama sampaikan nak menaip pun jari dah keras ibarat katak di dalam tempurung. Jangan ditanya kenapa peribahasa tidak sesuai dengan penerangan.

Tinggal lagi 5 bulan untuk aku menempuh kemenangan ibarat air yang tenang disangka tiada buaya.
InsyaAllah perjuangan blog ini akan kekal sampai ke hari pengadilan. Just aku harap semua akan kembali seperti sediakala di saat aku kembali ibarat melepaskan batuk di tangga.

Sahabat bloggers semakin menghilang, insyaAllah lepas  ni aku akan cari engkorang semua tak kira di pelusuk lubang hidung siapa pun korang menyorok! Akan aku tarik otot-otot trakea korang sampai terjeluak ikut pusat! Sampai hati tinggal aku terkapai- kapai ibarat patah tumbuh hilang berganti! puih!
Sekian,

>Korang ada telinga korang dengar, korang ada mata korang tengok, korang ada akal? Korang fikirlah sendiri. Assalamualaikum. <

Notakakikechik: Rindu nak memblog! Hope semua masih setia memanti sekembalian aku ke medan pemblogian..errr