Geng Berus Gigi..

29 November 2014

Manisnya Surat Berantai

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~

Pada hari ini, seorang lelaki dipercayai telah dibunuh secara kejam dengan cara kepalanya dipenggal dengan menggunakan stapler. Lebih menyedihkan apabila kepala tersebut masih belum ditemui sehingga ke hari ini. Juga dipercayai bahawa kepala tersebut akan memburu manusia-manusia yang telah membaca mesej ini tetapi tidak sharekan kepada sahabat yang lain.

Hati-hati. Ia mungkin akan menghantui anda sehingga anda kongsikan mesej ini kepada 10 sahabat anda.
...............................


It's so annoying! Sejak zaman makan meggi dalam baldi sehingga ke zaman ambik hanger jadikan chopstick, aku tak pernah lepas daripada sumpahan surat berantai ni. Lepas sorang, sorang kawan aku forward surat berantai. Korang memang berpakat nak bala kan aku ke camna?

Dah berpuluh aku habis sebab nak forward mesej berantai ni dekat semua kawan sampai genap 10 orang. Tu nasib baik dia mintak 10, kalau dia mintak 10 000 tak ke merana masa depan aku? Lainlah kalau aku ni spesis ratah rumput buat ulam!
So, bagi mengelakkan adik-adik sekalian daripada terpedaya dengan surat berantai bagai ni, abang just nak pesan supaya jangan la duk percaya sangat dengan surat ni. It's just waste your time, your money and your pizza! Time buat entri ni aku lapar so jangan tanya kenapa tetiba ada perkataan pizza kat situ.

Jangan sesekali percaya walaupun dia cakap

"Seandainya tidak forward, seluruh pemimpin dunia akan menjadi lengkuas."

It's all a jokes right? Jangan sampai kita terlalu mempercayai sesuatu benda sehinggakan mampu mensyirikkan diri kita sendiri. 
tolong percayakan yang ni
So, pernah tak korang terpedaya dengan benda alah ni? Tak nak try share cerita ke?

>Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada akal? Korang fikirlah sendiri. Assalamualaikum<

notakakikechik :: Makan meggi cicah roti best ni..hurrmmm

11 3 orang nak menyampuk:

Phylo berkata... [Reply]

tak boleh blah ayat.. hahaha.. terus gelak baca xD.

Lea IsNawi berkata... [Reply]

Aku x penah forward. Bazir kredit dan megi je. Eh. Time taip komen ni aku tgh lapar, jadi Abaikan nape ade megi di situ.

Nor Marshaliza Shaidan berkata... [Reply]

Betul tu surat berantai dr dulu lagi...kita ada Allah. Semua berlaku atas kehendak NYA. Bukan sebab surat tu. Allah yang menentukan segalanya...kita hanya merancang. Akak singgah ye...

http://marsha-marshashahirnnia.blogspot.com

fatin wawa berkata... [Reply]

memang menyampah dgn benda ni.. tp mmg x pernah layanlah..

Eka Tikah berkata... [Reply]

Benci bila dapat surat berantai. dapat tak baca, terus delete. hehe

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata... [Reply]

Surat berantai nie kalau pikir betul2 tak dapat diterima akal tapi ada gak percaya. Zumal singgah balas dan follow sini ;)

namyyul nurulazila berkata... [Reply]

pertama kali jumpa surat berantai ni masa sekolah rendah kot, & ustazah cakap semua benda ini jika diikut syirik.Surat tu sumpah kalu tak edarkan kepada berapa ramai samada diri sendiri atau ahli keluarga terdekat akan mati dalam masa 10 hari. Ustazah suruh kami tunggu dalam masa 10 hari, lihat jika ada sesiapa akan mati. Memandangkan tak ada siapa yang mati dalam masa 10 hari tu, maka saya percaya ustazah berkata benar ..

follower #1534

Ibu Fahim berkata... [Reply]

Hujan-hujan begini...maggi sungguh membangkitkan selera...aduhai...:-)

Anis Farhana berkata... [Reply]

tak percaya saya dengan surat berantai macam tu. ntah apa apa ja hmm


nampak sedap megi tu haih

Niena Reen berkata... [Reply]

Sangat annoying aih message berantai ni. Dulu2 zaman kanak2 hingusan tu adalah terpedaya juga tapi nasiblah tak sebarkan sampai jumlah orang yang dia suruh tu. Kalau tak, rugi ja. Haha, sekarang ni kalau ada message berantai apapun memang dah tak layan.

Encik Skema berkata... [Reply]

selalu sangat kena , paling selalu kat facebook la,, Dulu pernah jugak la percaya benda alah ni ,, tapi tu lah zaman dah moden macam ni pun ada jugak orang yang percaya dengan surat berantai macam ini,, :D sadis.