Geng Berus Gigi..

27 November 2014

Ye.. Aku Tipu Korang

~~ Assalamualaikum To Bloggers And Readers ~~
Selama ni, ramai yang aku tipu. Aku tipu kawan, aku tipu mak bapak, aku tipu pakcik kedai mamak depan stesen bas. It's all about lying! Walaupun sejak kecik mak aku selalu cakap sambil suap kuaci ke mulut ayah

"Nak, nanti kalau kuat menipu, nanti, nanti tuhan marah..nanti tuhan kerat lidah tau!"
Tetapi apakan daya, syaitan telah berjaya menguasai lidah aku sehingga aku belajar untuk menipu. Wah sebuah intro yang agak membosankan sehingga mampu membuatkan korang skip intro tersebut. 

Setiap kali aku berkenalan or berjumpa dengan someone, mesti dorang akan tanya

"Hye sexy, how old are you?"

Seriously, aku tak pernah bagi angka yang tepat untuk umur aku. Ada aku cakap yang aku 25 tahun, at another aku cakap yang aku 30, dekat orang lain aku cakap yang umur aku sama dengan umur Mahathir.
Boleh ke dorang tak percaya bila aku cakap yang aku pernah main teng-teng dengan Mahathir time dulu-dulu? Muka aku ni muka propaganda sangat ke camna?

Memanglah orang cakap yang umur bukan segalanya but orang tak akan menipu kalau tak ada sebab, kan? Kalau tak mesti Najib tak tersasul masa cakap dekat PAU 2014 tadi. Komfem kalau PM baca aku kena tendang. 

The truth is, I was 17 and baru je lepas SPM. Dah nak buat macam mana Allah kurniakan aku wajah persis orang tua hensem lagi berbadan ketak-ketak!
Macam meluat pulak bila tengok gambar sendiri. Tapi memang ramai yang tak percaya bila aku cakap tapi that is the truth. Sorry for everything. Mohon maaf ikhlas daripada insan yang lemah lagi berbulu ini...

Kalau ada yang tak berpuas hati or nak minta pampasan sebab aku dah menipu mohon taruk alamat dekat comment. InsyaAllah nanti aku pos Tora ke, Ding Dang ke, ok?

>Korang ada mata korang tengok, korang ada telinga korang dengar, korang ada akal? Korang fikirlah sendiri. Assalamualaikum<
notakakikechik :: Mohon belas kasihan jangan bagi  PM baca entri ni! Banyak sangat yang aku duk ngumpat pasal dorang.

1 3 orang nak menyampuk:

Encik Skema berkata... [Reply]

17? serius? ingatkan owner blog ni dah 20++ sebab gaya entry tak macam budak lepasan sekolah. haha . kay bye , :D