4 Ogos 2017

SERAM : 4/8/2017 (2:07am)

Assalammualaikum And Hye Geng



Pukul 2.07am. Jariku mengalir laju di atas keyboard untuk menulis entri ini. Acap kali menekan backspace kerana kekeringan idea. Sepatah perkataan ditulis, 5 patah yang dipadam. Maybe sebab lama sangat tidak menulis? 

TV sudahku mute, lampu sudahku tutup. Keseorangan meniarap di ruang tamu yang separa luas dan hanya ditemani oleh cahaya screen laptop dan tv. Dalam hati berniat agar idea kembali mencurah untuk menulis. Tapi apakan daya, mind block menguasai lapisan luar meningnes.

Aku merenung kosong ke arah screen laptop berjenama ASUS sehingga ia menjadi gelap ke mood sleep. Aku masih memerhati. Masih diam terpaku melihat bayang-bayang sendiri hasil pantulan screen. Ekor mata melilit mengintai ke sudut screen. Otak cuba mentafsir realiti ataupun fantasi.

Makin lama memerhati, makin kuat hatiku berdegup. Makin kaku badan untuk bangun berlari, makin kelat lidah untuk menjerit. Aku pejam mata. 10 minit, 20 minit, 30 minit! Cuba menidakkan realiti. Buka mata, cis! Benda tu ada lagi! Dalam hati terbelit kumandang segala ayat suci yang terlintas. 

Aku takut. Takut sebab ia memerhati dengan mata gelapnya. Ia seperti budak perempuan yang menghidap syndrome down. Mengukir senyuman dengan bibir hitamnya. Sambil perlahan-lahan melambai ke arahku. Bermuka pucat. Berbaju kurung bercorak bunga. Berdiri menyandar ke dinding di belakangku. Tiba-tiba.....


"Abang... tolong kita cari kawan. Nak main." 

Aku tak kuat. Aku pengsan sampai ke pagi.

Walaupun tidak kelihatan lagi, aku tahu ia ada sedang memerhati. Memerhati sambil melambai dan tersenyum di sebelah kamu. Tersenyum kerana kini dia sudah ada teman bermain.

Sekian. Jaga dia dengan baik kerana dia hanya ingin bermain.



meningnes - Lapisan pertama otak


*Cerita tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.



8 3 orang try hard:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Kalau aku dia datang memang meraung

Miena berkata... [Reply]

boyeklar ik

Tanpa Nama berkata... [Reply]

wauw meninggnes? hahahahaha belajar benda baru harini

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Babillah kau spoil aq nk wat meggi malam ni

Kak Su berkata... [Reply]

nice entri lah mal. teruskan menulis jangan malas malas

Tanpa Nama berkata... [Reply]

nice pengguanaan kosa kata

Nana berkata... [Reply]

idola dahulu dan kini gais

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Anjenk seram hanet